Selamat Tahun Baru 2026: Melangkah Dengan Iman, Bukan Ketakutan


First of all, thank you God! 
Syukur boleh melangkah ke tahun baru 2026 dalam keadaan yang baik dan sihat. Tahun lepas saya melangkah ke tahun baru dalam keadaan yang tidak sihat. Saya sakit sepanjang hari-hari hujung tahun. Pengalaman yang betul-betul membuatkan saya menghargai apa itu kesihatan.Di penhujung tahun 2025, saya kerap rasa nervous memikirkan siapa akan sakit tahun ini? sebab itulah yang terjadi setiap akhir tahun, ada saja yang tewas tetapi tahun ini, saya sentiasa berdoa supaya kami sekeluarga sihat-sihat dan dalam keadaan yang baik saja. Syukur kami dapat mengakhiri tahun 2025 dalam pimpinan Tuhan!

Tahun baru sering dikaitkan dengan azam, target dan senarai impian.Tetapi selepas melalui tahun yang sangat mencabar, saya sedar satu perkara penting iaitu hidup ini bukan tentang berapa banyak yang kita capai, tetapi siapa kita  sepanjang perjalanan itu.

Tahun 2025 mengajar saya tentang kehilangan, kejatuhan, dan ketidakpastian. Namun dari situ juga, saya belajar untuk bangkit perlahan-lahan, dengan hati yang lebih jujur terhadap diri sendiri.

Masuk ke tahun 2026, harapan saya bukan lagi tentang mengejar kesempurnaan, tetapi tentang hidup dengan lebih sedar, lebih tenang, dan lebih bermakna.


1. Harapan untuk Kesihatan: Menjaga Diri Tanpa Rasa Bersalah

Di tahun 2026, saya berusaha untuk dapat menjaga kesihatan saya dengan lebih baik bukan kerana ingin kelihatan kurus atau apa tetapi kerana saya mahu hidup lebih lama dan be present untuk keluarga saya.Saya mau hidup lebih lama supaya anak saya Karl tidak merasakan kesedihan kehilangan di masa mudanya dan saya juga tidak mau suami saya sendirian dimasa tuanya. Saya sedar kesihatan ni sangat penting dan saya sedar saya juga berkali-kali gagal tetapi kali ini saya akan cuba lagi dan lebih serious mengenai kesihatan saya. Saya sudah rasakan macam mana rasa tidak sihat dan masuk hospital. Semuanya terhenti dan takda makna tanpa kesihatan yang baik.

Untuk tahun baru ini, saya ingin terus mencuba untuk makan dengan lebih sedar, maksudnya apa yang saya makan mempengerahui kesihatan saya, saya kena bergerak walaupun perlahan dan saya mau terus mencuba menjaga tubuh sendiri.

Sebagai seorang working mom, saya perlu menjaga diri bukanlah untuk orang lain tetapi untuk diri sendiri dan ini satu keperluan.Takda dah saya mau kurus tetapi saya mau fit!


2. Harapan untuk Kewangan: Hidup Dengan Tenang, Bukan Kaya Semata-mata

Dulu saya fikir kestabilan kewangan bermaksud pendapatan besar. Kini saya sedar, ia lebih kepada ketenangan(peace of mind), dimana saya tidak risau sepanjang bulan, tanpa menunggu setiap hujung bulan, tidak takut untuk membuka akaun bank, tidak risau memikirkan apa yang anak perlukan dan boleh bersedia dalam keadaan emergency serta boleh memberi bantuan kepada keluarga serta kawan2 yang memerlukan.

Harapan saya di 2026 dalam kewangan saya adalah,

  • membayar komitmen dengan konsisten

  • lebih berdisiplin dalam berbelanja

  • dan membuat keputusan kewangan dengan bijak, walaupun kecil

Saya mahu hidup dengan tenang tanpa risau memikirkan keadaan kewangan. Saya tahu ini adalah proses yang panjang tetapi saya boleh melakukannya demi kesejahteraan keluarga kecil saya. Saya mahu anak saya merasakan hidup yang sentiasa cukup dan dalam masa sama, dia juga belajar menghargai setiap sen yang kami ada.


3. Harapan untuk Keluarga: Hadir Sepenuh Hati

Saya berharap di tahun 2026, saya akan meraikan hari jadi setiap orang tersayang dengan penuh makna, mencipta memori bersama suami dan anak dan lebih banyak hadir secara emosi bukan hanya fizikal kepada keluarga. 

Kerana saya belajar satu perkara penting iaitu masa tidak boleh disimpan, tetapi kenangan boleh dicipta.


4. Harapan untuk Kerjaya & Panggilan Hidup: Bekerja Dengan Tujuan

Saya tidak lagi mengejar gelaran atau pengiktirafan semata-mata. Harapan saya untuk kerjaya saya di tahun 2026 adalah untuk bekerja dengan penuh integriti, menyumbang dengan impak dan mengunakan pengalaman hidup saya untuk membantu orang lain terutamanya wanita dan ibu bekerja.

Jika apa yang saya kongsikan mampu membuat seseorang rasa “aku tak keseorangan”, itu sudah cukup bermakna bagi saya.


5. Harapan untuk Diri Sendiri: Hidup Lebih Jujur & Berani

Akhir sekali, harapan paling besar saya di 2026 adalah berani hidup sebagai diri sendiri, tanpa membandingkan perjalanan hidup dengan orang lain.

Berani berkata tidak.
Berani berehat tanpa rasa bersalah.
Berani percaya bahawa Tuhan masih bekerja, walaupun hidup tidak seperti yang dirancang.


Tahun Baru, Hati yang Baru

2026 bukan tentang menjadi versi terbaik mengikut definisi dunia tetapi menjadi versi yang lebih jujur, lebih tenang, dan lebih bersyukur.

Jika anda juga melangkah ke tahun baru ini dengan hati yang masih luka, percayalah anda tidak ketinggalan, anda sedang bertumbuh.

Mari kita melangkah ke 2026 bukan dengan ketakutan, tetapi dengan harapan.


“Sebab Aku ini mengetahui rancangan-rancangan apa yang ada pada-Ku mengenai kamu, demikianlah firman Tuhan, yaitu rancangan damai sejahtera dan bukan rancangan kecelakaan, untuk memberikan kepadamu hari depan yang penuh harapan.”
— Yeremia 29:11


Tahun baru, langkah baru....

Jika post ini memberi kekuatan, tinggalkan komen “walk with faith” di post Instagram terbaru saya di @borneoworkingmom 💗

See you there! 😊

0 comments