Cara Apply EIS PERKESO (Elaun Insurans Pekerjaan) – Panduan Lengkap Berdasarkan Pengalaman Saya

Hi semua,

Setelah kehilangan pekerjaan hari tu disebabkan kontrak tidak disambung, saya agak buntu sebab yelah memang effect saya punya kewangan dan syukur ada kawan dan juga kawan suami share mengenai EIS Perkeso ini.Saya pernah dengar mengenai ini tetapi tidak tahu pula saya boleh apply. Jadi, saya cuba apply. Syukur saya punya dah lulus dan dapat bayaran, lega sikit dengan bantuan ini.


Dalam post kali ini saya nak kongsikan pengalaman saya sendiri bagaimana cara apply EIS PERKESO (Elaun Insurans Pekerjaan). Saya tahu ramai yang blur dan mungkin tak tahu nak mula dari mana bila kehilangan kerja, jadi harap perkongsian ini boleh jadi panduan berguna.


Apa itu EIS PERKESO?

EIS atau Employment Insurance System adalah bantuan yang diberikan oleh PERKESO untuk pekerja yang hilang pekerjaan. Tujuan skim ini adalah untuk membantu dari segi kewangan sementara kita mencari kerja baharu.


Siapa yang layak?

  • Pekerja sektor swasta yang mencarum dengan PERKESO

  • Kehilangan kerja bukan disebabkan salah sendiri (contoh: retrenchment, syarikat tutup, tamat kontrak)

  • Ada caruman sekurang-kurangnya 12 bulan dalam tempoh 24 bulan terakhir

  • Boleh rujuk poster dibawah. Tetapi saya nasihatkan, cuba saja apply.



Dokumen yang diperlukan

Sebelum apply, pastikan semua dokumen ini ready:

  • Salinan IC

  • Slip gaji 6 bulan terakhir

  • Surat berhenti kerja / termination letter

  • Penyata akaun bank (untuk pembayaran)
  • Prepare offer letter just in case kena minta 


Cara Apply (Step by Step)

  1. Pergi ke portal myEIS PERKESO 


2. Register akaun (kalau belum ada) & login

3. Isi borang permohonan online. Permohonan > Pemohonan Baru > Setuju ( Follow saja di screen)

4. Upload semua dokumen sokongan yang diperlukan.

5. Semak sekali lagi dan hantar permohonan

Selepas hantar, anda akan dihubungi oleh staff PERKESO untuk mengesahkan beberapa atau apa-apa dia nak sahkan. Pesanan saya, jadilah responsive apabila staff Perkeso hubungi anda, ini akan memudahkan urusan.

Jika tiada apa2, kamu akan dapat notifikasi email sama ada lulus. Dalam masa sama, boleh juga check di portal yang kamu masuk tadi.


Tempoh Proses & Pembayaran

Secara rasmi, PERKESO kata pembayaran akan dibuat dalam 7 hari bekerja selepas permohonan diluluskan. Tapi, realitinya mungkin lambat sedikit atau cepat bergantung.

Macam pengalaman saya sendiri, permohonan saya lulus pada 14 Aug 2025 dan saya dapat bayaran pada 20 Aug 2025(4 hari bekerja) tetapi masih dalam masa 7 hari bekerja. Ada kawan saya dia apply 13 Aug 2025 dan dia dapat bayaran pada 14 Aug 2025, cepat juga lah.

Apapun, selagi within 7 hari bekerja, okay saja.Bayaran akan masuk juga, don't worry!


Tips Penting

  • Pastikan semua dokumen lengkap & jelas sebelum upload

  • Gunakan akaun bank yang aktif

  • Sabar menunggu (sebab mungkin ada delay)

  • Boleh call PERKESO kalau dah lebih 7 hari bekerja tetapi belum dapat bayaran.

  • Please be responsive jika ada staff Perkeso hubungi anda.

  • Jangan lupa start aktif mencari pekerjaan sama ada di MyFutureJob atau platform lain.


Akhir Kata

Itulah sedikit sebanyak pengalaman saya apply EIS PERKESO. Walaupun prosesnya ambil masa, tapi bantuan ini memang sangat membantu dalam tempoh kita mencari kerja baharu.

Kalau anda sedang dalam situasi sama, jangan risau, kut langkah ini, saya doakan semua akan dipermudahkan. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

0 comments