Working Mom Tips : Cara Tenangkan Diri Bila Rasa 'Overwhelmed' Sebagai Ibu Bekerja

Sebagai seorang ibu bekerja, saya akui dan saya pasti ada hari saya rasa terlalu penat, terlalu banyak perkara yang nak difikirkan, dan saya rasa macam nak pause semua sekejap.Tetapi, siapalah saya untuk pause, saya tak tau pun pause button dimana...

Rasa ni bukan sebab saya lemah. Tapi sebab saya dah buat terlalu banyak dalam satu masa.
💼 Kerja pejabat
🏠 Urus rumah
👩‍👦 Anak
🧠 Fikiran sendiri yang berselirat

Semua serentak.

Dan itulah makna 'overwhelmed' dimana semua benda terasa terlalu berat dalam masa sama.


Tapi Saya Belajar... Kita Boleh Tenangkan Diri.

Bukan dengan lari, tapi dengan tarik nafas dan ubah langkah.

Berikut beberapa cara saya sendiri amalkan bila saya rasa terlalu terbeban:


1. Ambil Masa ‘Pause’ walaupun 5 Minit

Kadang kita ingat kita tak ada masa, tapi sebenarnya pause sekejap pun dah cukup.
✅ Duduk diam
✅ Tarik nafas dalam-dalam
✅ Pejam mata & istighfar / doa ringkas
✅ Minum air kosong perlahan-lahan

Minda & badan kita pun perlu rehat dari terus ‘lari’.


2. Tulis Apa Yang Serabut Dalam Fikiran(Brain dumping)

Kadang bukan kerja yang banyak, tapi fikiran kita yang berserabut. Saya selalu ambil buku nota kecil dan tulis semua yang saya fikirkan. Lepas tu tengok balik mana satu penting, mana satu boleh tangguh.

Menulis bantu saya lepaskan apa yang berat dalam kepala. Method ini dikenali brain dumping. Tak tahu apa nak tulis, just tulis saja. Saya kalau buat brain dumping, saya suka guna pen dan kertas/buku so just tulis apa yang ada dalam kepala saya.

Jika kamu prefer guna ipad, boleh juga, mana-mana yang work for you.

Nak tahu mengenai brain dump dan macam mana ini boleh membantu anda, boleh check post dibawah:


3. Kurangkan Bunyi & Tekanan Sekeliling

Kalau boleh, jauhkan diri dari telefon sekejap.
Off notifikasi sekejap. Jangan buka WhatsApp atau media sosial semasa bekerja untuk kurangkan keserabutan di dalam kepala. Fokus kepada pekerjaan sambil dengar bunyi alam, atau muzik tenang di Spotify atau Youtube Music.

Kita tak sedar kadang-kadang ‘tekanan’ tu datang dari notifikasi yang tak berhenti dan kita sendiri yang tidak fokus kepada pekerjaan sebab leka tengok sana-sini.


4. Beritahu Orang Sekeliling Kita Perlukan Masa

Kita selalu cuba tahan dan diam. Tapi tak salah untuk cakap:

“Boleh tak bagi saya masa 10 minit nak bertenang?”
“Saya penat sangat hari ni, tolong jaga anak sekejap.”

Kita tak perlu buat semua sendiri. Belajar minta tolong. Itu bukan kelemahan.


5. Fokus Pada Nafas & Doa Ringkas

Saya selalu amalkan:

✨ Tarik nafas dalam 4 saat 

✨ Tahan 4 saat 

✨ Lepas perlahan 4 saat 

✨ Berdoa ringkas supaya Tuhan beri ketenangan (calm yourself)

Bagi yang Muslim boleh berzikir.

Sangat ringkas tapi sangat membantu tenangkan emosi saya.


Kita Ibu, Tapi Kita Pun Manusia

Kalau awak pun pernah rasa ‘overwhelmed’ ketahuilah awak tak keseorangan.Ini bukan abnormal, ini adalah normal.Awak cukup kuat. Awak dah buat yang terbaik.

Tapi awak juga layak untuk rehat, tenang dan tarik nafas.
Bukan untuk berhenti, tapi untuk teruskan dengan lebih kuat esok hari 💛

0 comments