Kenangan Krismas Yang Tidak Terlupakan


Hello semua!
Apa khabar? Saya harap semua dalam keadaan baik dan sihat sahaja. ☺️

Bagi saya, beberapa minggu kebelakangan ini agak hectic bagi saya. Di tempat kerja, banyak milestone yang perlu dikejar. Ada hari memang rasa penat sangat, penat fizikal, penat emosi. Tapi saya bersyukur, Tuhan beri kekuatan untuk saya terus melangkah dan melakukan yang terbaik setiap hari.

Kali ini, saya ingin berkongsi satu topik yang sangat dekat di hati saya iaitu kenangan Krismas yang tidak terlupakan.

Saya lihat ramai kawan-kawan, keluarga dan sahabat handai yang bekerja di Semenanjung Malaysia sudah mula balik kampung. Aduh… arghhhh, rasa tak sabar betul nak cuti hujung tahun. Nak balikkk juga ☺️☺️

Sementara menunggu hari cuti itu tiba, saya memilih untuk menulis tentang Krismas khususnya kenangan Krismas yang membentuk siapa saya hari ini.

Saya paling tidak boleh lupakan kenangan Krismas semasa zaman kanak-kanak. Saya membesar di sebuah kampung pedalaman di Sarawak, di mana dunia kami kecil sahaja, sederhana tetapi penuh makna.

Bagi saya, tanda-tanda Krismas sudah hampir bukanlah hiasan atau lagu, tetapi bau-bauan biskut dan kek yang dibuat untuk persiapan ngabang. Harum semerbak satu kampung, bau mentega, gula, kek yang baru keluar dari oven. Bau yang betul-betul “Krismas”.

Sekarang, budaya itu semakin jarang. Kebanyakan orang beli sahaja biskut dan kek. Zaman berubah, wanita juga kebanyakannya sudah menjadi wanita bekerjaya. Tidak semua mampu komited di rumah dan buat biskut dan kek sendiri seperti dahulu. Sedikit demi sedikit, budaya membuat biskut sendiri itu hilang ditelan zaman.

Satu lagi kenangan Krismas yang sangat saya simpan di hati ialah menunggu kepulangan bapa membawa belanja Krismas. Kenangan ini selalu membuatkan saya merindui arwah ayah.

Kini bila saya dewasa dan perlu membeli belanja Krismas sendiri, barulah saya benar-benar faham betapa susahnya persiapan itu. Sanggup bekerja jauh dari kampung, berjimat sepanjang tahun, semata-mata untuk memastikan Krismas dapat diraikan dengan sempurna. Biasanya yang diutamakan ialah makanan dan minuman. Kalau dapat baju atau dress baru? Wah, punyalah happy ☺️☺️

Honestly… I’m crying as I type this ðŸ˜­ðŸ˜­

Kenangan lain yang tak pernah saya lupakan ialah pergi ngabang bersama kawan-kawan sambil membawa plastik. Ya, plastik! 🤣🤣
Plastik itu untuk simpan biskut paling sedap dari rumah orang. Lepas pusing kampung, kami akan duduk beramai-ramai di tepi sungai, makan hasil “tapau” sambil ketawa dan bercerita.

Itu Krismas kami.
Ringkas. Sederhana. Tetapi penuh kasih, kebersamaan dan kenangan yang kekal sampai hari ini.

0 comments