Rutin Simple Working Mom Untuk Hidup Lebih Teratur


Pernah tak bangun pagi dah rasa penat padahal hari belum bermula lagi?

Dalam kepala dah penuh dengan kerja yang belum siap, rumah tak kemas, anak perlukan perhatian dan diri sendiri yang rasa serabut tanpa tahu kenapa...

Saya percaya sebagai working mom mesti pernah rasa macam ni kan? Saya pun pernah mengalami benda ni.

Bukan sebab saya tak pandai urus masa.
Bukan sebab saya malas.
Tetapi sebab saya cuba urus terlalu banyak perkara dalam satu masa tanpa sistem yang sesuai dengan hidup saya sebagai working mom.

Bila orang cakap, “kena ada rutin” terus rasa tertekan. Sebab rutin yang orang kongsi selalunya terlalu sempurna, terlalu panjang dan jauh dari realiti hidup saya. Sebenarnya, saya tak perlukan rutin yang cantik tetapi saya perlukan rutin yang boleh hidup walaupun hari saya tak teratur.

Dan dari situ, saya mula bina rutin simple bukan untuk jadi ibu yang sempurna tetapi supaya hidup saya kurang serabut di dalam kepala.


Kenapa Working Mom Perlukan Rutin (Yang Simple at least)?

Ramai ibu fikir mereka gagal kerana

“Saya tak konsisten.”

Sebenarnya, masalahnya bukan tak konsisten. Tetapi, masalahnya ialah rutin yang terlalu berat untuk dipikul. Kita sebagai working mom mengurus banyak benda seperti kerja, anak, rumah, emosi, kewangan dan hubungan. Tanpa rutin asas, semua perkara ini akan sentiasa berlumba dalam kepala kita. Jadi, dengan adanya rutin walaupun simple bukan untuk mengawal hidup tetapi untuk kurangkan keputusan kecil yang memenatkan setiap hari.


Prinsip Utama: Rutin Yang Menjaga Tenaga, Bukan Masa

Sebelum kita masuk ke rutin harian, ini prinsip penting:

👉 Jangan tanya “berapa jam saya ada?”
👉 Tanya “tenaga saya paling stabil bila?”

Sebagai working mom, saya tahu, tenaga pagi mungkin terhad, tenaga tengah hari naik dan tenaga malam cepat turun. Rutin yang baik ikut tenaga, bukan ikut trend.


1. Rutin Pagi

Mulakan Hari Dengan Teratur, Bukan Terburu-buru

Rutin pagi tidak perlu panjang. Cukup 10–15 minit yang membantu kita rasa “aku pegang hari ini”.

Contoh rutin pagi simple:

  • Bangun & tarik nafas perlahan (1–2 minit)

  • Minum air kosong

  • Baca firman Tuhan dan berdoa *Wajib dibuat setiap pagi ya.
  • Lihat satu perkara penting untuk hari itu
  • Stretch ringan

  • Kemas katil 

Note: Tak perlu bangun terlalu awal, buat terlalu banyak benda dan rasa bersalah jika terlepas. Take it easy.

Matlamat rutin pagi adalah bukan produktif tetapi tenang.


2. Rutin Kerja

Fokus Pada 3 Perkara Penting 

Masalah utama working mom di tempat kerja ialah terlalu banyak task, terlalu banyak expectation dan terlalu banyak gangguan. Daripada buat senarai panjang, jom kita cuba ini,

Sistem “Top 3 Tasks”

Setiap hari, tanya:

“Apakah 3 perkara paling penting yang perlu siap hari ini?”

Bukan 10.
Bukan 15.
Tiga sahaja.

Jika tiga itu siap, hari itu sudah berjaya. Ini membantu kurangkan rasa gagal, kurangkan overthinking dan tingkatkan fokus.

Nota penting: Buat yang penting dahulu, bukan yang paling senang.


3. Rutin Rumah: 

Cukup Terurus, Bukan Sempurna

Ramai working mom letih bukan kerana kerja tetapi kerana cuba jadikan rumah sentiasa sempurnaHakikatnya, rumah yang hidup memang ada mainan berselerak, baju belum lipat/jemur dan pinggan yang belum dibasuh.

Rutin rumah ringkas seperti dibawah,

  • Kemas satu ruang sahaja sehari

  • Jangan kemas semua sekaligus

  • Tetapkan “cukup” versi sendiri

Contoh:

  • Isnin: dapur

  • Selasa: ruang tamu

  • Rabu: bilik tidur

Rumah yang terurus sedikit lebih baik daripada rumah yang kemas sehari tapi kita burnout seminggu.


4. Rutin Petang/Malam

"Tutup" Hari Dengan Lembut

Banyak working mom "tutup" hari dengan rasa bersalah, rasa tak cukup buat apa-apa, sambung kerja sampai letih sedangkan malam sepatutnya adalah masa untuk berehat sebaiknya sebelum sambung the next day.

Rutin malam ringkas:

  • Kemas ringan (5–10 minit)

  • Siapkan keperluan esok

  • Matikan “work mode” perlahan-lahan

Disarankan buat,

  • tulis 1 perkara yang anda syukuri

  • tarik nafas dalam sebelum tidur

Matlamat rutin malam adalah bukan buat lebih banyak. Tetapi rehat dengan tenang.


5. Rutin Mingguan 

Reset Kecil, Bukan Overhaul

Rutin mingguan tidak perlu mengambil satu hari penuh. Cukup 30–60 minit untuk semak minggu lepas, lihat jadual minggu depan dan kenalpasti apa yang perlu dikurangkan.

Soalan ringkas untuk rutin mingguan:

  • Apa yang paling meletihkan minggu ini?

  • Apa yang boleh dipermudahkan?

  • Apa satu perkara yang saya mahu jaga minggu depan?

Ini bantu kita hidup lebih sedar, bukan reaktif.


Bila Rutin Tak Menjadi, Apa Perlu Buat?

Ini realiti ya! Ada hari rutin langsung tak jalan. Dan itu normal.

Jangan terus putus asa dan tak nak cuba buat rutin hanya kerana satu hari gagal, satu minggu bersepah atau satu fasa hidup berubah. Rutin bukan kontrak tetapi ia alat yang boleh diubah ikut keadaan. Kadang-kadang rutin paling baik ialah

“Hari ini saya buat yang termampu sahaja.”


Rutin Yang Menjaga Diri

Sebagai working mom, kita tidak perlukan rutin yang sempurna. Kita perlukan rutin yang fleksibal, realistik, menyokong hidup kita. Rutin simple bukan tanda kita malas tetapi ia tanda kita bijak menjaga diri. Hidup yang lebih teratur bukan bermaksud hidup yang penuh jadual tetapi hidup yang kurang kacau dalam kepala.

Jika rutin ringkas ini rasa masuk akal untuk hidup anda sekarang, simpan post ini. Cuba usaha pelan-pelan saja, boleh ambil satu bahagian sahaja dan cuba ya. Tidak perlu buat semuanya serentak. Perubahan kecil juga dikira.

0 comments