Misi Pawagam Pertama Si Kecil: Kenapa Saya Menangis Menonton Papazola?

I am the very excited to share about this...

Dah lama sebenarnya anak kami minta nak pergi tengok wayang. Tapi sejujurnya? Kami ibu bapa dia, yang belum sedia! Haha. 

Macam-macam soalan bermain di fikiran: 

Boleh ke dia duduk diam lebih sejam? 

Dia akan behave ke kat dalam tu nanti? 

Sejak ada anak ditambah pula dengan era pasca-COVID, aktiviti ke panggung wayang memang kami 'pencen' sekejap. Memang ada Netflix, tapi vibes skrin besar dan bunyi surround tu tetap berbeza, dan saya nak anak saya rasa pengalaman tu.

Zaman sekarang, semuanya mudah. Tak perlu lagi beratur panjang macam dulu. Saya hanya muat turun aplikasi, pilih tayangan, pilih tempat duduk, dan bayar. Selesai! Sampai panggung, hanya tunjuk kod QR dan ambil popcorn yang dibeli sekali tadi. Seamless experience yang sangat memudahkan ibu bapa yang sentiasa sibuk.

Filem Pilihan & 'Plot Twist' Emosi

Agak-agak kami tengok cerita apa? Mestilah Papazola: The Movie! Walaupun dalam hati teringin nak tengok Avatar, tapi bila fikirkan durasi 3 jam... okay lupakan. Kita cari yang kid-friendly dan dalam masa yang sama, nak sokong industri filem tempatan.

Tapi ada sesuatu yang saya tak sangka... Saya menangis di awal cerita. Kenapa? Sebab saya nampak 'KAMI' dalam keluarga Papazola.

Tahun lepas adalah tahun yang mencabar buat kewangan kami. Kami sedang dalam proses 'recover'. Bila anak ajak pergi bercuti, hati mak mana tak sedih terpaksa cakap 'tunggu dulu' sebab kekangan bajet. Melihat kesukaran hidup keluarga Papazola di skrin membuatkan saya rasa sangat dekat. It hit me right in the feels

Walaupun bajet kami terhad, hari itu saya sedar sesuatu, Saya tak perlu tunggu jadi kaya raya untuk raikan hidup dengan anak dan suami. Bahagia itu boleh dicari dalam tiket wayang dan sebekas popcorn. Sepanjang movie, anak saya gelak besar, matanya bersinar, dan dia sangat behave. Hati saya rasa penuh sangat. Saya nak ajar dia yang hidup ini memang keras, tapi itu bukan alasan untuk kita terus stres dan lupa untuk tersenyum.






Tips 'Survival' Bawa Anak Ke Cinema (Edisi Mak-Mak)

Berdasarkan pengalaman saya, ini apa yang anda perlu tahu:

  1. Elakkan Waktu Tidur (Nap Time): Pastikan anak dah cukup tidur atau pilih waktu dia tengah fresh. Anak yang mengantuk dan seterusnya tantrum alert!

  2. Pilih Filem Yang Betul: Mulakan dengan animasi atau filem pendek supaya mereka tak bosan.

  3. Sediakan 'Back-up' Snek: Walaupun ada popcorn, bawa snek kegemaran mereka (yang tak berbunyi bising) sebagai 'senjata' kalau mereka mula gelisah.

  4. Terangkan Peraturan Awal-awal: Sebelum masuk, cakap dengan anak, "Dalam ni kita kena senyap, kalau nak cakap kena bisik tau.











Saya harap anak saya akan ingat momen kecil ini sampai dia besar. Walaupun hidup sekarang tengah mencabar, momen bersama keluarga adalah harta yang paling bernilai. Korang pula, ingat lagi tak movie pertama yang korang tengok dengan anak? Boleh komen dibawah.

0 comments