Sejujurnya, apabila kami mengambil keputusan untuk berpindah balik ke Semenanjung, saya dan suami ada juga memikirkan macam mana keadaan anak kami nanti.
Kami balik ke Borneo tahun lepas sebab salah satu rancangan kami adalah membesarkan anak kami di Borneo sebab kami nak dia pun rasa membesar di Borneo seperti kami. Tetapi, kami ada rezeki utk membesarkan anak kami di Borneo selama setahun saja. Sepanjang satu tahun ini, saya observed keadaan anak kami semasa di Borneo, dia okay saja dan saya bersyukur sebab dia dah rapat dgn keluarga sebelah daddy & mummy.
Tapi, kami hanya mampu merancang tetapi rancangan Tuhan yang terlaksana, Tuhan membawa kami balik ke Semenanjung lagi.
Apabila kami balik lagi, kami kembali ke setting sebelum ini ☺️
Rindu Yang Tak Pernah Hilang
Rindu pada kampung tu memang tak pernah hilang.Saya sebagai orang Borneo memang suka mengenai alam, tak jumpa pokok pokok hijau atau sungai-sungai, mesti dah rasa lain2 ahhaha. Syukurlah kami boleh cari pokok-pokok hijau dan sungai di Semenanjung ni. Bolehlah kami memperkenalkan kehidupan kami sebelum dtg ke semenanjung kpd anak kami.
Cabaran Makan, sentiasa nak Makanan Kampung
Bab makan memang satu hal 😅
Nak cari kuih kicap, mee ikan dan macam2 makanan Borneo, bukan senang. Kadang terpaksa tahan rindu rasa kampung. Atau cari makanan Borneo di Pasar Borneo dan ada jiga saya belajar juga masak versi “semenanjung style”. Tak sama, tapi cukup buat saya lega bila nampak anak makan berselera.
Nilainya di sinikita boleh bawa budaya dan rasa kampung ke mana pun kita pergi, asalkan kita sendiri tak lupa.
Bahasa & Identiti Anak
Anak saya ni, bila bercakap, kadang pelat Semenanjung, kadang ada bunyi Borneo. Lucu, tapi dalam hati saya tetap nak dia tahu asal-usulnya.
Saya selalu selitkan bahasa Sabah/Sarawak sikit-sikit dalam percakapan walaupun dia jawab dengan loghat KL 😆.
Saya percaya, identiti tu bukan pada tempat kita duduk, tapi pada nilai dan cerita yang kita wariskan.
⸻
Iman & Komuniti
Satu lagi hal yang saya rasa kuat sebagai ibu Kristian di Semenanjung ialah soal iman.
Kebanyakan komuniti di sini beragama Islam, dan saya sangat hormati itu. Tapi dalam masa sama, saya juga berusaha supaya anak saya tahu dan faham iman yang kami pegang.
Kadang susah cari gereja berdekatan, kadang rasa sedikit terasing bila sambutan Krismas atau Easter tak semeriah di kampung.
Tapi semua tu mengajar saya untuk lebih menghargai kepercayaan sendiri dan hidup dengan hormat terhadap kepercayaan orang lain.
Kami belajar bahawa iman bukan sekadar rutin hari Ahad, tapi kekuatan yang bantu kami terus bertahan dan bersyukur walau jauh dari tanah sendiri.
Bila Semua Kena Berdikari
Dulu masa di Borneo, kalau penat, ada mak, adik beradik, atau sepupu boleh tolong tengok anak. Tapi di Semenanjung, semua saya dan suami urus sendiri. Kadang sampai tengah malam baru boleh baring. Kadang rasa kuat, kadang nangis senyap-senyap dalam bilik.
Tapi itulah realiti hidup perantau.
Dan di situ juga saya belajarjadi ibu bukan tentang sempurna, tapi tentang bertahan dan terus mencuba setiap hari.
Nilai Yang Saya Belajar
Kalau ada pembaca ibu-ibu Borneo lain yang juga merantau, saya nak kongsi tiga nilai yang banyak bantu saya kekal kuat:
Kesimpulannya, membesarkan anak sebagai orang Borneo di Semenanjung memang penuh cabaran, tapi ia juga bukti kekuatan kasih ibu dan keteguhan iman.
Kami bawa bersama budaya, nilai, dan semangat tanah kelahiran dan ajar anak kami untuk bangga dengan asal-usulnya.
Walau jauh, hati ini tetap Borneo.

0 comments