Sebenarnya, saya dah tak nak cakap pasal kenangan kehidupan kami di Sabah hari tu sebab selalu rasa bercampur antara happy dan sedih. Saya rasa happy dengan kenangan setahun itu, tapi dalam masa yang sama rasa sedih juga, lebih-lebih bila fikirkan berjauhan lagi dari keluarga besar.
Apapun, saya sangat bersyukur kepada Tuhan sebab telah memberi peluang kepada kami sekeluarga untuk merasa macam mana kehidupan di Sabah. Walaupun hanya setahun, banyak kenangan manis tercipta. Memang susah nak melupakan semua itu.
Disebabkan itulah, tercetus idea saya untuk kongsikan satu post di Threads saya hari tu:
“If you asked me whether I regret tak balik semula ke KL after spending a year in Sabah, I can say, no. That one-year break from KL really helped me understand what I truly want in life.”
Lepas tu, ada seorang pembaca komen:
“Boleh bagi rumusan ke, puan apa yang puan dapat setelah setahun tinggal di Sabah?”
Betul juga apa dia cakap tu.
Saya rasa saya perlu buat satu rumusan apa yang saya pelajari sepanjang setahun tinggal di Sabah supaya pembaca saya di luar sana pun boleh belajar sesuatu daripada pengalaman ni. Lepas ni, saya betul-betul nak close chapter dah. Move on!
Saya akan kongsikan dalam dua bahagian: Professional Life dan Personal Life.
Professional Life
1. Tahu macam mana bekerja dengan orang Borneo
Setelah saya bekerja di Sabah, baru saya tahu macam mana rasanya bekerja dengan orang Borneo. Sepanjang pengalaman kerja saya sebelum ni, saya banyak bekerja dengan orang Semenanjung dan juga luar negara seperti Jepun, Australia, Vietnam, dan Myanmar. Tapi kali ni, saya dapat pengalaman bekerja dengan orang kita sendiri, kita-kita juga bah ini!
Sejujurnya, saya sangat kagum dengan semangat kerja orang Sabah. Rajin, komited, dan sangat rendah hati. Dan yang paling best, akhirnya boleh bercakap dengan slang yang sama! Walaupun slang Sabah saya taklah pekat sangat sebab saya asal Sarawak, tapi tetap rasa dekat.
2. Dapat bina networking dengan kawan-kawan Borneo
Sebagai seorang yang bekerja, networking ni sangat penting! Saya percaya networking boleh membawa kita jauh dalam kerjaya. Masa di Sabah, saya cuba juga luaskan network saya walaupun saya ni bukan jenis yang terlalu mesra (kadang-kadang awkward juga 😅). Tapi sekurang-kurangnya, saya sempat kenal beberapa orang kawan baik di sana walaupun cuma setahun.
3. Ada willpower untuk perbaiki diri
Sepanjang saya bekerja di Sabah, saya perasan ada satu perkara yang boleh diperbaiki iaitu komunikasi dalam Bahasa Inggeris dan keyakinan diri bila mengetuai sesuatu. Saya tahu ramai orang Borneo yang pandai dan berani, tapi ini berdasarkan pemerhatian saya di tempat kerja saya sendiri ya, saya perasan ramai yang segan nak guna Bahasa Inggeris, tapi bagi saya, ini sangat penting dalam kerjaya. Jangan segan, boleh punya! 💪
Selepas pengalaman ni, saya bertekad nak tingkatkan diri saya dalam aspek leadership dan komunikasi. Sekarang saya bekerja semula dengan orang Semenanjung, dan saya nak buat yang terbaik. Suatu hari nanti, saya juga nak beri impact positif kepada kawan-kawan Borneo yang lain.
Personal Life
1. Impian saya untuk bekerja dekat dengan keluarga tercapai
Salah satu impian saya sebagai anak rantau adalah balik ke hometown dan bekerja dekat dengan keluarga. Bertahun-tahun saya berdoa supaya Tuhan beri peluang, dan akhirnya termakbul tahun lepas. Cuma… saya lupa nak minta lama sikit bukan setahun je! 😆
Tapi saya tetap bersyukur sebab impian tu tercapai juga walaupun sekejap.
2. Road Trip dari Sabah ke Sarawak melalui Pan Borneo
Yang ni memang antara momen paling best! Tahun lepas, giliran kami meraikan Krismas dengan keluarga saya di Sarawak. Dan sebab kami tinggal di Sabah, kami ambil peluang buat road trip guna laluan Pan Borneo. Memang seronok gil, pengalaman yang saya takkan lupa!
3. Lebih mengenali keluarga mertua
Tinggal di Sabah juga buat saya lebih rapat dengan keluarga mertua. Saya bersyukur sangat sebab mereka banyak membantu kami dalam pelbagai hal. Dari pengalaman ni, saya belajar bahawa Tuhan selalu kirimkan orang baik di sekeliling kita.
4. Tahu kehidupan sebenar masyarakat di Sabah
Saya suka pergi tamu bila ada masa, sebab kat situ saya dapat tengok sendiri kehidupan masyarakat Sabah dengan lebih dekat. Saya sangat enjoy suasana tu.
Cuma satu yang saya tak enjoy sangat iaitu jalan raya di sana! Kami tinggal di KK, tapi banyak jalan tak rata, tak ada lampu jalan, dan P-turn tu… aduh, paling saya tak suka! 😅
Sebenarnya banyak lagi perkara yang saya dapat daripada setahun hidup di Sabah, tapi ni antara yang paling utama. Saya sangat bersyukur dengan setahun itu, sebab bukan semua orang diberi peluang untuk “balik setahun” dan kemudian kembali semula ke KL seperti biasa.
Bila saya fikir semula, pengalaman ni betul-betul mematangkan saya dari pelbagai aspek. Saya tak pernah menyesal balik ke Sabah setahun, dan saya juga tak menyesal balik semula ke KL walaupun prosesnya sangat mencabar.
Saya tahu semua ini adalah rancangan Tuhan, dan saya bersyukur Dia beri peluang untuk saya laluinya. 💛
Ada siapa-siapa pernah alami pengalaman yang sama?
Jom kongsikan di ruang komen atau tulis “kita sama sis!” dekat Instagram saya! ✨
0 comments