Hi my fellow working moms,
Sebenarnya saya agak segan juga nak kongsi tentang pendapatan atau hal duit ni. Topik ni memang agak sensitif untuk dibincangkan secara umum. Tapi, selagi perkongsian ini boleh membantu orang lain, saya okay untuk berkongsi.
Saya rasa kebanyakan orang sekarang memang tengah cari cara untuk tambah pendapatan sebab ada saja “kebocoran” setiap bulan, betul tak? 😅 Walaupun dah bajet elok-elok, tetap ada saja perkara tak dijangka. Gaji kerja hakiki sepatutnya cukup, tapi macam saya cakap tadi, ada saja kebocoran, jadi memang perlu nak cari duit lebih. Tapi mesti tak nak kerja berat-berat kan, kenapa tidak cari duit dengan cara ni. Zaman sekarang memang banyak peluang atau cara cari duit, yang penting, kena rajin dan mahu belajar.
Dari situlah saya mula cari cara untuk dapat pendapatan sampingan yang ringan, dan akhirnya saya jumpa sesuatu yang paling sesuai dengan gaya hidup saya iaitu TikTok Affiliate.
Jangan lupa follow TikTok saya dan support ya
@estellepayaroni & @borneoworkingmom
@estellepayaroni
Apa Itu TikTok Affiliate?
Kalau dulu kita biasa tengok orang buat review barang di YouTube, sekarang ramai buat di TikTok. Bezanya, melalui TikTok Affiliate, kita boleh dapat komisen bila orang beli produk melalui link yang kita kongsi. Tak perlu simpan stok, tak perlu pos barang, dan paling best, boleh buat dari rumah saja atau dimana-mana saja.
Saya mula dengan cara paling simple, kongsi barang yang memang saya guna sendiri dan ada dirumah. Contohnya, model airplane anak, beg kerja yang bagus, dan macam-macam yang saya sedia ada.
Tips:
Tak perlu camera dan editing fancy, cukuplah MULA!
Jika followers kamu masih under 1000 followers, usahakanlah cari 1000 followers dulu sambil-sambil share affiliate link.
Kenapa Saya Suka TikTok Affiliate
Tak perlukan modal besar. Cuma perlu akaun TikTok Shop.
Boleh buat ikut masa sendiri. Tengah rehat pun boleh rakam review pendek.
Tak perlu paksa diri jadi influencer. Jadi diri sendiri saja, kongsi apa yang kita betul-betul guna.
Sambil Tambah Income, Belajar Urus Duit
Bila saya mula nampak hasil walaupun kecil, saya mula belajar lebih tentang pengurusan kewangan. Saya buat tabung kecil hasil komisen, bukan untuk shopping, tapi untuk emergency fund. Dari situ saya sedar, kita tak perlu jadi pakar kewangan untuk mula urus duit, cukup dengan langkah kecil tapi konsisten.
Saya belajar disiplinkan diri:
Simpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan (termasuk komisen kecil tu).
Catat perbelanjaan setiap bulan.
Elakkan beli barang sebab “viral”, tapi beli sebab betul-betul perlu.
Ambil Langkah Kecil, Tapi Terus Bergerak
Sebagai working mom, kita dah ada dua kerja, satu di pejabat, satu di rumah. Kadang memang penat, tapi percayalah, kita boleh cari jalan yang lebih ringan untuk tambah rezeki. Tak perlu kejar kesempurnaan, cukup kalau kita ambil langkah kecil yang beri impak besar untuk keluarga.
Kalau kau pun tengah fikir nak mula sesuatu, cuba dulu TikTok Affiliate. Tak rugi pun belajar benda baru, sangat senang tau. Siapa tahu ini langkah pertama kau ke arah kebebasan kewangan.
Saya pernah berkongsi, bagaimana cara-cara menjadi TikTok Affiliate, boleh baca blog post saya dibawah,

0 comments