Pengalaman Saya Mencuba Jadi Affiliate di TikTok & Cara Untuk Mula


Hello semua!

Hari ini saya nak kongsi serba sedikit tentang pengalaman saya menjadi affiliate di TikTok Shop. Semenjak saya jadi accidental full time housewife, saya berusaha untuk mencari rezeki(duit sendiri) sambil menjaga serta homeschool anak dirumah.Nak ada duit sendiri untuk membeli apa-apa yang nak tanpa membebankan suami.

Dari pengalaman ini, saya belajar serba sedikit, jadi saya nak kongsikan panduan ringkas bagaimana kamu pun boleh mula jadi affiliate juga. Kalau kamu memang aktif di TikTok dan suka share review produk, ini mungkin peluang terbaik untuk jana pendapatan sampingan. Jadikan hobi scrolling TikTok dapat menjana duit so tidak sia-sia scroll. Yang bekerja pun boleh buat untuk tambah pendapatan, nnt tak sedar, duit komisen dah masuk! Siapa tak mau extra kan? 

Panduan yang saya share ni berdasarkan pengalaman sendiri serta ilmu yang saya belajar dari buku kuning yang saya beli untuk menimba ilmu. Saya jadi affiliate di TikTok ni tanpa saya buat LIVE dan tak tunjuk muka sangat/selalu. So, sesuai sangatlah untuk kita yang malu tapi mahu.


Apa Itu Affiliate di TikTok?

Affiliate di TikTok bermaksud kamu promosikan produk orang lain melalui TikTok Shop, dan setiap kali seseorang beli melalui link beg kuning kamu, kamu akan dapat komisen. Komisen ni berbeza-beza ikut produk dan seller. Jangan risau, tidak perlu pegang dan pos barang pun, hanya buat video untuk promosikan produk orang lain.


Pengalaman Saya Jadi Affiliate

Saya mula jadi affiliate sebab,

1. Saya nak cari duit untuk menampung keperluan dan beli jajan untuk anak semasa saya tiada pendapatan disebabkan belum kembali bekerja lagi

2. Saya memang suka buat review produk, jadi why not use this to earn money 

3. Kebetulan saya aktif di TikTok, ramai org guna app ni so meriah lah

Dengan menjadi affiliate, saya mencapai ketiga-tiga tujuan .Tak sangka, ada juga yang beli melalui link tu!

Antara benda yang saya belajar sepanjang jadi affiliate:

  • Konsisten post content bantu tarik lebih banyak views.

  • Pilih produk yang sesuai dengan niche korang (contoh: kecantikan, parenting, makanan, dll).

  • Guna “TikTok Shop affiliate tools” untuk pantau prestasi dan komisen.

Saya tak sangka, dari suka-suka review produk, boleh juga jana sedikit pendapatan. Saya tidak edit video, just letak lagu, split macam tu saja. Tetapi, kalau kamu berminat, boleh belajar macamna edit video lagi besar potensi video kamu #fyp. Untuk saya, saya selesa edit sikit-sikit saja tetapi saya selalu pastikan video saya bermanfaat kepada orang lain dan ada kaitan dgn niche saya. 

Selepas 4 bulan aktif di TikTok dan cuba affilliate, saya bangga dengan diri sendiri sebab konsistent dan bulan ke bulan, saya dapat komisen. Tak besar sangat setakat ini tapi cukup buat saya semangat terus berkongsi. Saya kongsikan pendapatan saya sepanjang 4 bulan buat affiliate ni(Apr - July).


Cara Jadi Affiliate di TikTok

Nak jadi affiliate di TikTok sebenarnya mudah je.Kalau betul-betul start dari 0, memang kena cari followers 1k dulu sebelum start buat beg kuning.Jika belum ada 1k followers, bolehlah berjinak2 cari followers dengan rajin tengok videos, likes, comments dan shares.

Cara-cara jadi affiliate:

1. Buka app TikTok atau download app TikTok

2. Sign Up (Ikut panduan di screen)

3. Dah siap sign up, pergi ke "Setting" (tekan 3 line di atas sebelah kanan) seperti dibawah. Ni akaun TikTok saya, kalau sudi follow lah, nnt saya follow balik.

4. Click "TikTok Studio"


5. Pilih "TikTok Shop for Creator"

6. Click "Apply"

Akaun TikTok anda akan terus dapat approval untuk buat affilliate di TikTok jika penuhi syarat.


Jika dah ada 1000 followers, bolehlah start buat beg kuning(promote product). Ini cara-caranya:

1. Cari produk untuk dipromosikan.

Guna fungsi “Product Marketplace”.























2. Letakkan produck dalam video TikTok
- Bila buat video, anda boleh add link product dekat video anda.
- Bila ada orang klik dan beli, anda akan dapat komisen.





































3. Pantau prestasi dan komisen
- Semua info boleh dilihat dalam dashboard TikTok Shop anda seperti dibawah:



Tips Tambahan Untuk Berjaya Sebagai Affiliate
  • Gunakan video yang jujur dan real, bukan terlalu “hard sell”.

  • Cuba test produk sendiri dulu untuk review yang lebih meyakinkan.

  • Konsisten upload content dan guna hashtag yang betul.


Penutup

Jadi affiliate TikTok bukanlah skim cepat kaya, tapi kalau konsisten dan pandai pilih produk, memang boleh jadi sumber pendapatan sampingan. Yang penting, rajin buat content dan tahu apa yang followers korang suka.

Korang pun boleh mula hari ini! Kalau ada soalan tentang affiliate di TikTok, boleh tinggalkan di ruangan komen. Saya akan cuba bantu mana yang mampu 😊

0 comments