Hello September 2025!
Saya rasa September kali ini terasa berbeza.
Selalu orang kata setiap bulan ada cerita sendiri, tapi September kali ini benar-benar jadi bulan perubahan besar untuk saya, penuh dengan syukur, gementar, dan juga harapan baru.
Tamatnya 6 Bulan Career Break
Career break saya sebenarnya bermula bukan kerana saya rancang, tetapi sebab kontrak kerja saya di Kota Kinabalu tidak disambung. Pada awalnya, saya rasa agak down juga. Jika kamu pembaca setia blog saya, mesti kamu dah tau cerita. Kalau kamu first time jumpa blog saya, don't worry, kamu boleh baca story dekat bawah:
Life Story: Closed my #workinginborneo chapter
Sempat saya rasa macam hilang arah sekejap. Tapi bila saya fikir balik, inilah peluang yang Tuhan beri untuk saya berehat, urus keluarga, dan lebih dekat dengan anak.
Saya gunakan masa ini untuk fokus pada well-being and homeschool anak selama 6 bulan, lebihkan masa dengan keluarga, dan jaga diri sendiri especially merawat rasa kecewa saya dan kesedihan pemergian bapa saya. Selepas hampir 6 bulan berehat, akhirnya saya akan kembali semula ke alam pekerjaan. Praise the Lord! Perjalanan yang sangat panjang. Jujurnya, rasa bercampur-baur – ada excited, ada nervous. Tapi saya percaya, pengalaman sepanjang career break inilah yang buat saya lebih bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya.
Dari Homeschool ke Sekolah Sebenar
Salah satu momen besar bulan ini ialah bila kami mula hantar anak ke sekolah selepas 6 bulan homeschool di rumah. Sebagai ibu, saya rasa lega sebab dia dapat belajar dengan lebih teratur, tapi dalam masa yang sama ada rasa risau – bolehkah dia adapt? Akan ke dia enjoy kawan-kawan baru? Semua persoalan itu bermain dalam kepala, tapi saya belajar untuk lepaskan sedikit demi sedikit dan percaya pada proses.
One of my big achievement spjg homeschool anak adalah my son able to write properly dan also not to forget, he is diaper free and many more stuff he can do by himself like go pee by himself, go poo poo by himself(sometimes ask my help to clean up), can eat and much more. I am so proud of myself because I am the one that teach him on basic things in this life and I am the one that witnessed every basic things worked.
I cried on his first day back to school but my husband potong the emotional moment by asked me to bring him to clinic, cishhh! Baru nak meraung2 hahaha
6 Tahun Bersama
Di bulan ini juga, jika diperkenan Tuhan, kami akan meraikan hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-6 pada 19 September, tarikh yang sangat istimewa untuk kami berdua. Kalau ditanya apa yang saya belajar dalam 6 tahun ini, jawapannya ialah: perkahwinan bukan sekadar cinta, tapi tentang teamwork, sabar, dan saling menguatkan. Di tahun ini, suami saya menyaksikan era "kejatuhan" saya dan era dimana saya berharap banyak dengan dia. Banyak jatuh bangun sepanjang 6 tahun bersama, tapi setiap tahun buat saya semakin yakin yang kami mampu hadapi apa saja selagi kami bersama.
Hidup Dalam Perubahan
Kalau saya tengok balik, semua perubahan besar ini datang serentak – tamat career break, anak mula sekolah, anniversary. Hidup ini memang tak pernah statik, sentiasa bergerak dan beralih fasa. Kadang-kadang rasa overwhelming, tapi saya belajar yang setiap perubahan sebenarnya peluang untuk bertumbuh.Jadi, jangan rasa sedih apabila anda rasa anda berada di bawah, betullah yang orang cakap, hidup ini seperti roda yang berputar setiap hari. Apabila berada dibawah, jangan kecewa berpanjangan dan apabila berada di atas, jangan sombong, tetap rendah hati dan menghormati orang lain.
Akhir Kata
Harapan saya untuk September ini sederhana – semoga saya kuat untuk kembali bekerja, semoga anak gembira di sekolah, dan semoga rumah tangga kami terus kukuh. Saya percaya, perubahan bukan pengakhiran, tapi pintu masuk ke chapter baru yang lebih indah.
0 comments