Working Mom Tips: Office Wife/Husband – Tips Elak Melampau Batas

Selamat Bercuti Merdeka kepada semua!

Seronok kita bila cuti kan? yelah dapat meluangkan masa extra bersama keluarga. Syukur dengan nikmat cuti ini. Saya tahu anda semua yang bekerja sedang menikmati cuti tapi saya nak juga share mengenai topik yang maybe terasa agak "berat" tetapi saya rasa penting untuk saya tuliskan mengenai ini.

Fenomena “office wife/husband” ni sekarang memang ramai orang bincang selepas tular beberapa videos yang baru-baru ini. Ada yang anggap benda ni sekadar gurauan, tapi hakikatnya kalau tak jaga batas, ia boleh mengundang masalah dalam rumah tangga.

Berdasarkan pengalaman sendiri, sepanjang saya sudah berkahwin saya bersyukur saya bekerja dengan semua yang professional dan kebanyakkan kawan-kawan sekerja yang saya kongsi suka dan duka adalah perempuan juga sebab saya agak kurang selesa berkawan rapat dengan lelaki sebab saya ni jenis straight forward saja dan saya risau saya terlupa batas jadi untuk elakkan apa-apa yang tidak elok, saya lebih prefer berkawan rapat dengan rakan sekerja perempuan saja. Bukan saya menolak utk berkawan dengan kawan sekerja lelaki cuma kalau ada kawan perempuan saya pilih ini dulu.


Sebagai working mom, kita bukan saja sibuk dengan kerja, malah nak seimbangkan masa dengan keluarga. Jadi bila ada rakan sekerja yang selalu ada untuk kita, teman lunch, borak, malah faham struggle kerja, kita mungkin jadi lebih selesa dengan dia. Dari situlah istilah “office wife/husband” wujud. Masalahnya, kalau hubungan rapat tu dibiarkan tanpa batas, ia boleh jadi lebih daripada sekadar kawan. Emotional affair boleh berlaku tanpa sedar, dan itu boleh merosakkan kepercayaan pasangan.


Tips Elak Melampau Batas

  1. Simpan hal rumah tangga untuk pasangan sebenar
    Kita boleh cerita hal kerja dengan kawan, tapi jangan terlalu buka kisah peribadi atau masalah rumahtangga. Itu sepatutnya ruang antara suami isteri.Jangan sesekali memberi ruang untuk meluah dengan alasan kawan. Tak boleh ye!

  2. Jangan terlalu exclusive
    Elakkan selalu makan atau keluar berdua saja. Cuba libatkan kawan sekerja lain supaya hubungan tu nampak lebih sihat.

  3. Hadkan komunikasi luar waktu kerja
    WhatsApp pasal kerja ok, tapi kalau dah sampai sembang tengah malam pasal hal personal, itu tanda kita dah masuk zon bahaya.

  4. Hormati pasangan
    Kalau pasangan tegur kita nampak terlalu rapat dengan orang lain di pejabat, jangan dismiss. Ambil serius, sebab itu tanda dia sayang dan peduli.

  5. Fokus pada tujuan sebenar di pejabat
    Kita datang kerja untuk cari rezeki, bukan cari pengganti. Ingat tujuan tu setiap kali rasa hubungan dengan rakan sekerja makin rapat.

  6. Doa & jaga hati
    Sebagai orang beriman, doa penting. Mintalah kekuatan untuk jaga hati sendiri. Kadang-kadang syaitan ambil peluang dari perkara kecil yang kita anggap biasa.


Akhir Kata

Rakan sekerja rapat itu normal, tapi jangan sampai istilah “office wife/husband” jadi alasan untuk kita langgar batas. 

Sebagai working mom, kita nak jadi contoh baik untuk anak-anak dan nak kekalkan rumah tangga yang bahagia. 

Ingat, kesetiaan dan kejujuran adalah asas yang paling mahal dalam sebuah perkahwinan.

0 comments