Borneo Food MUST TRY : Sup Mee Ikan

It's Thursday so it's another day I akan share mengenai makanan atau resepi makanan Borneo. Setiap hari Khamis, saya akan kongsikan mengenai makanan atau resepi makanan yang special atau mesti cuba dari Borneo. Jadi, jangan lupa datang ke dalam my blog setiap Khamis ya.

Untuk minggu ini, saya akan share makanan yang tidak mungkin saya akan share resepinya sebab saya dah pernah cuba buat tetapi tidak berjaya dapat rasa seperti yang telah saya makan sebelum ini.

Jika kamu ke Sabah especially ke Kota Kinabalu(KK), mesti kamu akan nampak satu signboard kedai di sepanjang jalan dari airport ke tempat kamu pergi,Sup Mee Ikan Sabah. Apabila first saya datang ke KK, saya rasa curious kenapa banyak sangat banner or tanda kedai Sup Mee Ikan ya? Saya rasa nak tahu. Tapi saya tidak pasti mana nak cuba dan akhirnya saya dapat mencuba selepas suami bawa saya makan di tempat boss dia perkenalkan hidangan ini kepada dia. Sejak dari hari itu, saya tidak pernah lupa betapa sedapnya sup ini – saya benar-benar jatuh cinta dengan Sup Mee Ikan ini.


Apa Itu Sup Mee Ikan?

Sup Mee Ikan ialah mee sup yang dihidangkan dengan potongan ikan segar. Kuahnya dimasak menggunakan seperti kuah tomyam merah atau putih tapi pekat dan rasanya lain daripada tomyam yang saya pernah makan sebelum ini.First time tengok, mesti ingat Sup tomyam biasa saja tetapi bila dah start makan, you can't stop! hahahaa



Kenapa Anda Perlu Cuba?

  • Rasa Asli Borneo – ikan segar yang baru ditangkap memberikan rasa manis semula jadi.

  • Hidangan Ringkas Tapi Memuaskan – sesuai dimakan pada bila-bila masa.

  • Ada Banyak Versi – setiap kedai ada cara masakan tersendiri, menjadikan setiap mangkuk pengalaman baru.


Tips Bila Cuba

  • Pilih sama ada kuah tom yam merah atau kuah tom yam putih, ikut selera sendiri.Saya rasa kuah tomyam merah paling sedap lah.

  • Sedap juga dipadankan dengan minuman kopi ais atau teh tarik.


Dimana nak cuba?

Kalau anda nak cuba yang paling sedap, saya sangat sarankan Tian Yuan Coffee Shop di Kota Kinabalu. Semangkuk Sup Mee Ikan di sini memang puas hati, isi ikannya segar, kuahnya penuh rasa, dan portionnya sangat berbaloi. Harga dalam RM30 semangkuk, macam mahal kan tetapi besar o dan memang berbaloi untuk pengalaman dan keenakan yang anda dapat. Ada beberapa tempat boleh cuba tetapi setakat ini, saya paling suka di kedai ini.


Akhir Kata
Bagi saya, Sup Mee Ikan bukan sekadar makanan tetapi juga memori, ia mengingatkan saya tentang permulaan hidup dan our slow living di KK. 

Jadi, kalau anda berkunjung ke Borneo(Sabah), jangan lupa singgah ke Tian Yuan Coffee Shop dan nikmati semangkuk Sup Mee Ikan yang segar dan menyelerakan. 

Siapa tahu, anda juga akan jatuh cinta seperti saya!

Kalau pergi, jangan lupa tag saya di Instagram @borneoworkingmom dan share macam mana k. 

0 comments