Family Outing : Guide to Wetland Studio Putrajaya


Kalau anda sedang mencari aktiviti mesra keluarga di Putrajaya, terutamanya untuk anak-anak yang suka dinosour, ikan serta serangga Malaysia, Wetland Studio Putrajaya memang tempat yang patut anda cuba bawa anak anda.

Saya sudah bawa anak saya ke sini dua kali, dan kedua-duanya pengalaman yang menyeronokkan. 

Jadi, saya ingin kongsi sedikit panduan dan maklumat awal untuk ibu bapa yang mungkin merancang ke sini.


Apa Itu Wetland Studio Putrajaya?

Wetland Studio ialah sebuah galeri interaktif dan pendidikan yang terletak di dalam Taman Wetlands Putrajaya. Ia memperkenalkan kepentingan kawasan tanah lembap melalui pameran, akuarium, teater 3D, dan paparan interaktif. 

Tempat ini sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa, gabungan yang baik antara pembelajaran dan rekreasi.


Apa Yang Menarik di Dalam?

Antara tarikan utama yang boleh dinikmati oleh seisi keluarga ialah:

  • Level 1 - The great migration

  • Level G - Dino world

  • Level LG - Deep sea

Kalau anda sudah pernah datang, jangan risau, datang sekali lagi tetap berbaloi. Kanak-kanak biasanya akan perasan perkara baru setiap kali datang, dan semakin membesar, mereka akan lebih memahami.

Kali kedua kami datang, anak kami takut jer semua aduhaiii especially serangga-serangga yang ada di Malaysia. Anakku kurang suka tengok serangga ni rupanya haha


Kenapa Kanak-kanak Suka Tempat Ini

  • Aktiviti lebih visual dan interaktif, bukan sekadar membaca.

  • Dapat lihat haiwan yg selalu tengok di screen spt dino dengan lebih dekat.

  • Galakkan mereka untuk bertanya dan belajar sambil meneroka.

  • Suasana yang tenang dan selamat untuk keluarga meluangkan masa bersama.





















Tips Untuk Ibu Bapa (Maklumat Awal)

  • Pakai kasut dan pakaian yang selesa kerana ada berjalan kaki.

  • Bawa botol air untuk elak anak cepat haus.

  • Jangan lupa kamera – banyak spot menarik untuk bergambar.

  • Luangkan sekurang-kurangnya 1–2 jam untuk habiskan semua aktiviti.

  • Pertimbangkan untuk datang lebih daripada sekali – anak-anak akan belajar perkara baru setiap kali.


Maklumat Pelawat

  • 📍 Lokasi: Wetland Studio Putrajaya, di dalam Taman Wetlands Putrajaya

  • 🕘 Waktu Operasi

    Monday - Friday : 9.00 pagi – 7.00 petang *Last entry 5pm

    Weekends, Public Holidays & School Holiday : 9.00pagi - 7.00 Petang *Last Entry 6pm

  • 🎟 Harga Tiket

    RM30 (dewasa), RM18 (kanak-kanak) – boleh tengok details di official website  Wetland Studios 

    Boleh beli ticket online di website Buy Tickets atau boleh beli di kaunter secara walk-in

  • 🚗 Tempat Letak Kereta: Disediakan berhampiran pintu masuk atau ada parking banyak di bawah Pintu masuk Taman Wetland Putrajaya


Kesimpulan

Untuk ibu bapa yang mencari aktiviti hujung minggu di Putrajaya, Wetland Studio adalah tempat yang menyeronokkan dan bermanfaat. Harga tiket berpatutan, tempatnya selamat, dan yang paling penting anak-anak dapat belajar sambil berseronok.


Saya sendiri sudah bawa anak ke sini dua kali, dan pengalaman kedua tetap terasa baru kerana cara dia menikmati pameran semakin berbeza. Jadi, kalau anda belum pernah ke sini, bolehlah masukkan Wetland Studio Putrajaya dalam senarai tempat wajib lawat bersama keluarga.


If you bring your kids there after reading my blog post, don't forget to tag @borneoworkingmom on Instagram or TikTok, I love to see it.

0 comments