Apa Itu Buli?
Buli bukan sekadar pukul atau mengejek. Ia termasuk:
Menghina secara lisan
Mengasingkan rakan (social exclusion)
Mengugut
Buli siber (cyberbullying)
Mempermainkan atau memperlekehkan orang lain secara berulang-ulang
Kenapa Kita Perlu Katakan “TIDAK” kepada Buli?
Lindungi emosi dan masa depan anak-anak.
Mangsa buli boleh hilang semangat ke sekolah, menurun prestasi akademik dan alami tekanan jiwa.Buli melahirkan budaya negatif.
Bila dibiarkan, buli akan dianggap ‘normal’. Sedangkan ini adalah tingkah laku yang perlu dibendung sejak awal.Anak-anak adalah cerminan masyarakat masa depan.
Kalau kita mahu masyarakat yang saling menghormati dan empati, ia bermula dari anak-anak yang kita didik hari ini.
Peranan Ibu Bapa dalam Mencegah Buli Bermula dari Rumah:
Didik anak tentang empati dan hormat.
Tunjukkan contoh melalui perbuatan, bagaimana kita bercakap dengan orang lain, cara kita menghormati perbezaan.Pantau tingkah laku anak.
Ambil tahu siapa kawan mereka, bagaimana interaksi mereka, dan apa yang mereka tonton/dengar di media sosial.Jadi tempat anak bercerita.
Pastikan anak rasa selamat untuk berkongsi masalah. Jangan cepat marah, tapi dengar dengan hati terbuka.Tegas terhadap tingkah laku membuli.
Jika anak membuli, jangan lindungi. Tegur dengan kasih sayang dan bimbing mereka untuk faham kenapa perbuatan itu salah.Beri perhatian kepada emosi anak.
Anak yang tidak dilayan emosinya di rumah cenderung untuk melampiaskan perasaan pada orang lain termasuk melalui buli.
Setiap anak layak belajar dan membesar dalam suasana yang selamat, bebas dari ketakutan dan tekanan akibat buli. Ibu bapa adalah barisan pertahanan pertama dalam mencegah budaya buli dari terus berakar. Mari kita sama-sama bentuk generasi yang lebih penyayang, hormat, dan bertanggungjawab.
Jangan tunggu lagi tragedi berlaku baru kita mula ambil peduli. #JusticeForZara adalah satu seruan untuk kita semua masyarakat, guru, dan ibu bapa supaya bertindak sekarang.
#SayNoToBullying #AnakBijakTanpaBuli #DidikDenganKasih #JusticeForZara
0 comments