Masa kecil, aiskrim Malaysia adalah antara kegembiraan paling sederhana dalam hidupku.
Setiap kali ada orang jual aiskrim Malaysia ni, terutamanya perisa kacang hijau, mesti saya beli dan menikmatinya dengan penuh kebahagian...Rasanya tidak pernah gagal membuat saya tersenyum.
Bila dewasa, saya tidak pernah terfikir bahawa satu hari nanti, pencuci mulut yang sederhana ini akan menjadi penyelamat hidup saya.
Kehilangan Pekerjaan
Beberapa bulan lalu, saya kehilangan pekerjaan. Boleh baca mengenai pengalaman hidup ini di bawah,
LIFE STORY: CLOSED MY #WORKINGINBORNEO CHAPTER
Ia bukan perkara kecil bagi saya. Saya secara jujur saya masih berusaha untuk move on from this "nightmare" yang saya sendiri cipta in my life sebab saya selalu percaya, sebagai orang dewasa yang bertanggungjawab, saya rasa dengan adanya pekerjaan, saya boleh contribute dalam kewangan keluarga kami dan ibu di kampung. Tetapi, selepas saya kehilangan pekerjaan, saya betul-betul rasa sangat kecewa, saya struggle untuk maafkan diri sebab kesilapan yang telah saya buat dalam hidup saya. Sampai saya lupa bahawa saya kehilangan pekerjaan bukan kehilangan rezeki. Rezeki ada dimana-mana dan kadang-kadang kita hanya perlu berani mencuba.Walaupun sekarang the profit tidaklah setanding dengan gaji saya sebelum ini tetapi dengan adanya profit dari jual aiskrim dapatlah mencukupi apa yang perlu dibayar dan ini juga mengajar saya menghargai setiap sen yang saya ada.
Sejujurnya masih rasa risau dan cemas sebab saya masih manusia biasa yang masih ada kedagingannya tapi saya percaya, Tuhan pasti ada rencanaNya dan percaya Tuhan akan sentiasa sediakan jalan. I just need to be still and know that He is God.
Cubaan Pertama
Dengan hati berdebar, saya mula membuat aiskrim Malaysia sendiri. Saya tengok resepi aiskrim Malaysia di dalam TikTok, saya tak ingat apa dah account orang yang share resepi tu. Sejujurnya, saya tidak pernah buat sebelum ini. Saya hanya mencuba tanpa tahu adakah ia akan menjadi.
First saya cuba, saya tidak jual, saya bawa sebagai dessert untuk potluck di gereja. Selepas makan, ada yang bertanya-tanya siapa buat aiskrim ni dan saya risau sebab saya takut ada apa-apa ka tetapi kawan-kawan digereja tanya, ada jual ka? Dari situ, saya nampak ada permintaan(demand) dan saya terus saya bagitau, saya ada jual minggu depan.
Dan dari cubaan ini, sesuatu yang indah berlaku.
Sambutan yang Mengharukan
Hari demi hari, makin ramai orang mula membeli.
Feedback daripada pelanggan membuat hati saya sangat tersentuh:
“Sedap! Lembut! Rasa dia betul-betul nostalgia!”
Ada pelanggan yang repeat order setiap minggu.
Ada juga yang siap buat pre-order lebih awal.
Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana mengerakkan hati para pelanggan untuk repeat order dan betapa Tuhan bekerja melalui cara yang kita tidak sangka.
Lebih Daripada Sekadar Pencuci Mulut
Hari ini, setiap kali saya mengikat plastik aiskrim, saya tahu ia bukan sekadar makanan.
Ia adalah simbol harapan, bukti bahawa walau kita jatuh, kita boleh bangkit semula dengan sesuatu yang mungkin kita fikir kecil.
Buat semua pelanggan yang menyokong, terima kasih. Anda bukan sahaja membeli aiskrim, tetapi anda juga memberi saya peluang untuk terus melangkah dan membina kembali kehidupan saya.
💛 Puji Tuhan untuk setiap langkah kecil yang membawa saya ke sini.
🍦 Aiskrim Malaysia ini akan sentiasa jadi manis bukan hanya pada rasanya, tapi juga pada kisahnya.
Tempah Aiskrim Malaysia Anda Hari Ini!
Jika anda tinggal berdekatan di kawasan Kajang, Cheras dan Putrajaya dan anda mahu rasa sendiri kelembutan dan manisnya aiskrim nostalgia ini, boleh terus DM di Instagram [@borneoworkingmom.shop] or WhatsApp (+60126564742)
Sama ada untuk minum petang, majlis hari jadi, atau sekadar mengimbau memori zaman kanak-kanak, saya lakukan yang terbaik supaya setiap gigitan akan membawa senyuman 💛
Untuk Semua Ibu Yang Sedang Berjuang 💌
Buat semua ibu di luar sana yang sedang mencari rezeki untuk anak-anak, ingatlah, tidak ada usaha yang terlalu kecil jika ia dilakukan dengan kasih sayang dan keikhlasan.
Kadang-kadang, rezeki datang dari arah yang kita tidak pernah bayangkan.
Jangan takut untuk mencuba, walau bermula dari rumah, dari dapur kecil, atau dari sesuatu yang nampak remeh.
Setiap senyuman anak, setiap pinggan makan di meja, adalah hasil dari kerja keras seorang ibu yang tidak pernah berputus asa.
Kita mungkin letih, tapi kita tidak akan pernah berhenti. 💪🏻💖
0 comments