Sebagai seorang ibu bekerja, waktu pagi memang boleh jadi kelam-kabut. Anak menangis, sarapan belum siap, baju belum gosok semuanya terjadi dalam masa yang singkat. Tapi sebenarnya, dengan sedikit perancangan, kita boleh ubah pagi kita jadi lebih tenang dan teratur.
Berikut 5 tips yang saya sendiri amalkan untuk pastikan saya tidak terlewat ke tempat kerja:
1. Sediakan Segala-Galanya Waktu Malam
Kunci utama pagi yang lancar ialah persediaan malam sebelumnya.
✅ Gosok baju kerja sendiri, suami dan pakaian anak.
✅ Siapkan beg tangan, beg kerja, dan beg anak dan letakkan di meja entrance
✅ Letakkan kunci kereta/motor di tempat yang tetap.
Bila semuanya dah ready, pagi lebih tenang dan tak kelam-kabut cari barang.
2. Bangun Lebih Awal (Walaupun 15 Minit Je)
Kadang kita terlalu ‘attached’ dengan katil. Tapi bangun 15–30 minit lebih awal boleh beri ruang untuk kita tarik nafas, buat sarapan ringan atau solat dengan lebih tenang. Kalau anak masih tidur, gunakan masa ini untuk diri sendiri dulu.
3. Guna Jadual Pagi Ringkas
Tuliskan rutin pagi:
📌 Bangun: 5.45 pagi
📌 Siap diri: 6.00 pagi
📌 Siapkan anak: 6.30 pagi
📌 Sarapan & keluar rumah: 7.00 pagi
Dengan rutin tetap, kita latih badan dan minda untuk bergerak lebih sistematik setiap hari.

4. Kurangkan Skrol Telefon di Pagi Hari
Jangan terus buka media sosial atau WhatsApp bila bangun tidur. Ia akan buat kita leka dan buang masa.
Fokus dulu pada diri sendiri, keluarga dan tanggungjawab pagi.
5. Libatkan Pasangan atau Anak dalam Persiapan
Kalau anak dah besar sikit, ajar dia pakai baju sendiri, kemas beg sendiri. Minta pasangan tolong buat susu, panaskan enjin kereta, atau siapkan sarapan. Bahagi tugas supaya tidak semua di bahu kita seorang.
Penutup
Pagi yang terurus bukan sahaja buat kita sampai awal ke tempat kerja, tapi juga beri mood positif untuk mulakan hari. Cuba perlahan-lahan praktikkan tips ni, dan cari mana yang paling sesuai dengan rutin harian awak.
Kalau awak ada tips tambahan, kongsikan di ruangan komen ya!
0 comments