I don't know about you but whenever something makes me happy, I like to keep it as a little reminder and look back at it whenever I feel down with life. One of those things is my Fossil watch! 😂
Saya beli jam tangan ni pada tahun 2017, and there’s actually a funny story behind this watch. Nak baca tak? Hahaha.
This is my dream watch. Saya memang sangat suka manual watches and kurang minat digital watches. Saya beli watch ni pada tahun 2017 sebagai hadiah birthday untuk diri sendiri. Yes, I bought it myself!
Saya memang jenis yang suka membeli reward atau hadiah untuk diri sendiri. Tak perlu tunggu orang lain bagi hadiah kalau saya nak sesuatu dan mampu, saya akan usahakan sendiri. Seingat saya, saya dah lama aim jam tangan ni dan kumpul duit sedikit demi sedikit untuk dapatkannya.
Kalau tak silap, harga jam ni masa saya beli dulu lebih kurang RM500+, dan saya beli cash! Hahaha. Dulu kan, masa bujang, suka betul beli barang cash. Ye lahhh, masa tu komitmen pun berapa ketul saja.
Tapi kalau sekarang saya beli barang RM500+ cash, alamatnya bulan tu tak makanlah! Hahaha. Belum habis satu komitmen, sudah ada outstanding yang lain. 🤣
Betul-betul berbeza lifestyle dulu dan sekarang. Dulu boleh kumpul duit untuk beli dream watch. Sekarang, tengok harga pun terus terfikir, “Hmm… boleh bayar bil apa dengan duit ni?” 😂
Tapi sebab itulah saya masih sayang sangat jam ni. It reminds me of the younger me, the girl who worked, saved, and bought something she really wanted as a gift to herself. ❤️
Tadi saya dah bagitahu yang ada funny story behind this watch kan?
I don't know whether you would actually call it funny, but back then, I thought it was quite an annoying situation. Tapi bila fikir balik sekarang, saya rasa ada hikmah di sebaliknya. Hahaha.
Ceritanya macam ni…
Dulu, saya ikut trip Youth gereja kami ke sebuah perkampungan Orang Asli di Perak. Dalam kesibukan trip tu, saya tertinggal jam tangan kesayangan saya ni! 😭
The problem was, saya pula dah nak terbang overseas tak lama selepas tu. So, my boyfriend at that time which is my husband sekarang. Dia sanggup patah balik ke sana untuk cari dan ambil semula jam tangan saya! Haaa… barulah nampak bukti seorang lelaki sanggup buat apa saja untuk wanita yang dia sayang.❤️
And I guess, from that moment, saya dah tahu… he is the one! Hahaha.
Kalau fikir balik, mungkin bukan jam tu saja yang saya sayang sangat masa tu. I think my true self memang betul-betul keluar dalam situasi ni. Saya boleh jadi sangat particular bila sesuatu yang saya sayang hilang. Hahahaha. But he was patient enough to layan me and my drama. Buahahahaha! 😂
Looking back, benda yang dulu saya rasa annoying tu sekarang jadi salah satu cerita paling sweet untuk saya kenang. Sebab jam tangan ni bukan sekadar dream watch yang saya beli untuk diri sendiri, it also carries a little love story between me and my husband.
And that’s probably why, sampai sekarang, saya masih sayang sangat jam ni.
Saya siap ukir nama saya, atau lebih tepat lagi, brand name saya, KERIITLETO pada jam tangan ni.
Yes, KERIITLETO! Saya masih simpan nama brand ni sampai sekarang. Entah bila dan dalam bentuk apa, saya sendiri belum tahu, tapi saya memang ada rasa yang suatu hari nanti saya akan buat sesuatu dengan nama ni. Maybe it will become a brand, maybe something completely different. But for now, I’m just keeping the name safe and waiting for the right time. ❤️
Sebab tu jam ni ada sentimental value yang sangat besar untuk saya. It reminds me of so many things the younger me who worked hard and saved money to buy her dream watch, the girl who loved treating herself, the funny story of my husband going back to look for my lost watch, and even the little dream I had when I decided to engrave KERIITLETO on it.
So whenever I feel down with life, looking at this watch somehow reminds me of who I was and maybe, who I still am underneath all the responsibilities and commitments today.
And who knows… maybe one day, KERIITLETO will finally have its moment.
Jam tangan ni masih tersimpan rapi dalam simpanan saya sampai sekarang. ❤️
Oh ya, lupa nak bagitahu… jam tangan ni dah rosak! Tapi sampai sekarang saya masih belum pergi baiki. Hahahaha. Entah kenapa, walaupun dah tak boleh digunakan, saya masih tak sampai hati nak buang atau letak begitu saja.
Nasib baik saya memang suka photoshoot barang-barang kesayangan saya. Hehee.So at least, saya masih boleh keluarkan jam ni, ambil gambar cantik-cantik dan tengok balik bila-bila saya rasa nak throwback kenangan lama.
Sometimes, benda yang kita simpan bukan sebab ia masih berguna, tapi sebab ia menyimpan cerita yang kita tak mahu lupa. ❤️
Dan jam tangan ni memang salah satu daripadanya
So, apa conclusion daripada cerita jam tangan ni? 😂
Kadang-kadang kita simpan sesuatu bukan sebab barang tu masih berguna, tapi sebab ia menyimpan sebahagian daripada diri kita dan kenangan yang pernah kita lalui.
Jam tangan ni mungkin dah rosak, dah lama tak dipakai, dan masih belum dibaiki sampai sekarang. Hahaha. Tapi setiap kali saya tengok gambar atau pegang jam ni, saya teringat pada versi diri saya yang dulu, seorang perempuan yang ada impian, sanggup kumpul duit untuk beli sesuatu yang dia suka, dan tak kisah menghadiahkan sesuatu kepada diri sendiri.
Saya juga teringat pada seorang boyfriend yang sanggup patah balik ke Perak semata-mata nak cari jam tangan saya yang tertinggal.❤️ And yes, lelaki tu akhirnya jadi husband saya.
Dan paling penting, saya teringat pada nama KERIITLETO yang saya ukir pada jam ni. Sampai sekarang nama tu masih saya simpan, bersama satu harapan kecil bahawa suatu hari nanti saya akan buat sesuatu dengannya.
Maybe one day.
For now, biarlah jam ni terus tersimpan dalam simpanan saya, rosak pun rosaklah. Hahaha. At least, it has already done its job.
It reminds me of who I was, the things I dreamed of, the person I loved, and the woman I’m still becoming.
Some things are worth keeping, not because they still work, but because they still mean something.








0 comments