Arghhh... I Missed London!


Beberapa hari lepas, anak saya tiba-tiba bertanya,

“Mummy, pernah pergi London?”

Saya terus tersenyum. Agaknya sebab dia sekarang memang suka sangat tengok Peppa Pig. Banyak tempat dalam cerita itu berlatarbelakangkan England, jadi mungkin sebab itulah dia terfikir nak bertanya.

Soalan yang ringkas itu terus membawa saya kembali ke tahun 2016.

Oh my God... dah 10 tahun rupanya.

Zaman muda belia. Zaman kerja sampai boleh terbang ke London untuk urusan kerja. Kalau difikirkan balik sekarang, rasa macam mimpi pula.

Sejujurnya, saya sangat-sangat teruja bila dimaklumkan yang saya akan ke London untuk work visit. Saya tidak pergi seorang kerana ditemani rakan sekerja dari Jepun. Jadi, sekurang-kurangnya ada teman untuk berjalan-jalan apabila tiba hujung minggu.


Masih saya ingat perasaan kali pertama menjejakkan kaki di sana. Saya pergi time summer so tak pakai baju tebal-tebal. Cukup pakai baju yang biasa dipakai di Malaysia.

Selama ini hanya melihat London di televisyen dan buku. Tetapi apabila berdiri sendiri di jalan-jalan kota itu, melihat bangunan-bangunan lama, menaiki tube(train), menikmati udara yang sejuk-sejuk manja dan suasana yang begitu berbeza… perasaannya memang sukar digambarkan.


Saya rindu vibes London.

Bukan semata-mata tempatnya, tetapi rasa yang saya alami ketika berada di sana. Rasanya seperti mimpi. Sebab orang tua saya dulu-dulu selalu cakap, kejarlah impian sampai ke London. Saya pun tak tau macam mana diorg tau pasal London...haha tetapi bila saya dapat peluang ke menjejak kaki ke London, happynya bukan kepalang hahahaa. Impian menjadi kenyataan. Walaupun saya pergi hanya 2 minggu saja tetapi saya bersyukur saya diberi peluang untuk melihat dan berjalan di kota London. Pengalaman yang saya akan ingat sampai bila-bila.

Kalau nak baca dan tengok gambar lama saya di London, boleh visit my blog lama saya dibawah,

Aya Goes to London 2016


Kadang-kadang saya terfikir…

Bilalah agaknya saya dapat membawa keluarga besar dan keluarga kecil (suami dan anak) bercuti ke luar negara?

Sekarang, keadaan memang belum mengizinkan. Komitmen kewangan, tanggungjawab sebagai ibu, kehidupan yang semakin mencabar… semuanya perlu didahulukan.

Dalam hati, saya masih menyimpan impian untuk membawa keluarga melihat dunia.

New Zealand. Jepun. Norway. Faroe Islands. Switzerland.

Banyak lagi negara yang saya ingin lawati bersama mereka.

Namun setakat artikel ini ditulis, impian itu masih belum menjadi kenyataan.

Adakah impian itu akan menjadi realiti suatu hari nanti? Atau hanya akan tinggal sebagai angan-angan?


Tetapi saya selalu ingatkan diri sendiri…

Tidak salah untuk terus bermimpi.

Kerana kadang-kadang, impian itulah yang membuatkan kita terus berusaha dan tidak mudah berputus asa.


Hidup ini ada musimnya.

Dulu, saya dapat ke London kerana kerja.

Hari ini, mungkin saya belum mampu membawa keluarga ke sana.

Siapa tahu, suatu hari nanti saya akan kembali lagi. Kali ini bukan untuk bekerja, tetapi membawa mak, adik, kakak serta suami dan anak.

Mungkin ketika itu, anak saya pula yang akan berkata,

“Mummy… inilah London yang Mummy cerita tu?”

Dan saya hanya akan tersenyum sambil berkata,

“Ya, akhirnya kita sampai juga.” ❤️

Bestnyaaa!!

Doakan semoga impian ini akan menjadi kenyataan sebelum saya dan suami menjadi tua 🫣🫣


0 comments