Lifestyle: Nak Makan Makanan Borneo? Ni Ada Port Baru!

Sebagai orang Borneo yang duduk jauh dari tanah kelahiran, benda paling cepat buat hati jadi sayu adalah… makanan.

Bila teringat rasa masakan kampung seperti mee goreng basah, sup congken, mee kolok dan macam-macam lagi, memang susah nak cari dekat Semenanjung yang betul-betul kena dengan tekak.

Tapi kali ni, kami jumpa satu port baru! Kami dapat jumpa disebabkan kawan-kawan gereja. Saya macam nak simpan rahsia tetapi nak juga share sbb mesti kawan-kawan Borneo sana pun cari makanan macam ni, jadi saya kongsikanlah. Harap-harap tidak selalu kehabisan selepas ini atau sesak hehee

Nama kedai dia Kemurutan Tenom Onsoi dan lokasi dia dekat Medan Selera Putra,Pandan Indah.

Boleh waze saja nama tu atau kalau nak juga guide, boleh tengok video TikTok saya di akhir post ini.


Menu Yang Kami Cuba

Mee Goreng Basah


Orang Sabah dan Sarawak memang tau rasa Mee Goreng Basah ni. Saya paling suka mee ni sebab rasa smokey taste mee dia. Cannot gambarkan macam mana sedap. Boleh tengok video saya lah hehe
@estelle.bwm

Akhirnya setelah bbrp purnama, dapat jg makan mee goreng basah di KL ni 🤣🤣

♬ original sound - estelle.bwm


Sup Congken


Yang ni memang rare nak jumpa. Kuah dia padu, ada rasa yang susah nak describe. Nampak macam plain saja kan, tapi bila hirup panas-panas dan makan dgn nasi, perghhh!! Yang ni memang favorite my husband and my son. Diorg tak tengok tepi kiri dan kanan bila dapat ni hahaha



Kenapa Saya Happy Sangat?

Sebab bukan mudah nak cari makanan Borneo yang betul-betul jaga rasa asal.

Kadang-kadang nama je makanan Borneo, tapi rasa dia dah lari jauh.

Tapi kali ni, memang puas hati. Rasa dia buat saya terdiam sekejap… jenis yang buat kita pandang suami dan senyum sebab sama-sama faham, ini rasa yang kita rindu.


Untuk orang Sabah & Sarawak yang duduk sekitar KL, Selangor, Pandan Indah area… bolehlah cuba singgah.

Kadang kita tak perlukan benda besar untuk rasa bahagia.
Cukup dengan semangkuk sup panas dan mee yang penuh kenangan.

Kalau ada lagi port makanan Borneo sekitar sini, share dengan saya ya. Kita support sama-sama 🤍✨

Jangan lupa follow saya di Tiktok ya,


@estelle.bwm Misi mencari Mee Goreng Basah. Tp jumpa makanan favorite suami & anak juga ❤️❤️ Location: Medan Selera Putra Food Court, Pandan Indah Nama kedai: Kemurutan Onsoi Tenom #borneofood #borneo #borneoworkingmom #meebasah ♬ original sound - estelle.bwm

0 comments