Hampir setiap hari, saya dengar ayat ni dan saya sendiri pun selalu rasa benda yang sama:
“Kenapa masa macam tak pernah cukup?”
Hari belum habis, tapi tenaga dah habis dulu. To-do list masih panjang, walaupun dari pagi kita dah bergerak tanpa henti.
Sebagai working mom, rasa tak cukup masa ni bukan sebab kita malas atau tak pandai urus masa.
Ia berlaku sebab kita cuba hidup dengan cara yang tak sepadan dengan kapasiti sebenar kita.
Kita urus kerja.
Kita urus anak.
Kita urus rumah.
Dan dalam masa yang sama, kita masih harap diri sendiri boleh buat semuanya dengan baik.
Artikel ni bukan tentang cara jadi lebih laju.
Ia tentang sistem ringkas supaya hidup rasa lebih terkawal walaupun masa tetap sama.
Masalah Sebenar Bukan Masa, Tapi Cara Kita Gunakan Tenaga
Dulu saya fikir masalah saya ialah:
“Aku perlukan lebih banyak masa.”
Rupanya bukan. Masalah sebenar ialah terlalu banyak benda dianggap priority, terlalu banyak keputusan kecil setiap hari dan terlalu banyak expectation pada diri sendiri.
Bila semuanya rasa penting,kepala kita sentiasa dalam keadaan “on”. Dan bila kepala penat, masa akan sentiasa rasa tak cukup.
Sistem Pertama: Bezakan ‘Perlu Siap’ dan ‘Boleh Tunggu’
Salah satu perkara yang paling membantu saya ialah berhenti letak semua benda dalam satu kategori.
Sekarang, saya cuma tanya diri dua soalan:
Apa yang memang perlu siap hari ni?
Apa yang boleh tunggu tanpa beri kesan besar?
Tak semua benda perlu diselesaikan hari yang sama. Ada benda yang penting, tapi tak urgent.
Bila kita jelas tentang ni, kita berhenti rasa gagal bila tak sempat buat semuanya.
Sistem Kedua: Hadkan Priority Harian (Bukan Mingguan)
Ramai working mom buat kesilapan ni, kita letak terlalu banyak priority dalam satu hari.
Cuba buat begini, Pilih maksimum 3 priority sahaja sehari.
Bukan 7.
Bukan 10.
Tiga.
Kalau tiga tu siap, hari tu sudah cukup berjaya.
Yang lain boleh ditangguhkan, boleh dijadualkan semula atau mungkin tak perlu buat pun...
Bila priority jelas, masa rasa lebih terkawal walaupun jam tak berubah.
Sistem Ketiga: Urus Tenaga, Bukan Jam
Ini sistem yang banyak ubah cara saya lihat masa.
Daripada tanya:
“Jam berapa aku nak buat semua ni?”
Saya mula tanya:
“Bila tenaga aku paling stabil?”
Sebagai working mom, ada waktu kita fokus dan ada waktu kita cepat letih. Jangan paksa buat kerja berat bila tenaga rendah. Gunakan waktu tenaga tinggi untuk benda yang perlukan fokus.
Bila kita ikut tenaga, masa rasa lebih “cukup” walaupun jumlahnya sama.
Sistem Keempat: Satu Senarai Sahaja
Dulu saya ada:
to-do list kerja
to-do list rumah
to-do list mental (dalam kepala)
Akhirnya saya penat sebelum mula. Sekarang saya buat satu senarai sahaja untuk satu hari.
Tak panjang.
Tak cantik.
Tapi jelas.
Bila semua benda ada di satu tempat,
kepala kita kurang terbeban.
Sistem Kelima: Berhenti Multitasking
Multitasking nampak produktif tapi sebenarnya ia buat kita lebih cepat letih. Sebagai working mom, kita dah cukup buat banyak benda dalam satu hari. Tak perlu buat semuanya serentak.
Buat satu perkara.
Siapkan satu-satu.
Kemudian baru bergerak ke yang lain.
Bila fokus satu benda,
masa terasa lebih panjang dan hasil pun lebih baik.
Sistem Keenam: Ada Ruang ‘Kosong’ Dalam Hari
Ini yang ramai orang tak buat.
Kita susun hari sampai penuh tanpa ruang untuk:
anak tiba-tiba cranky
kerja tambahan
diri sendiri yang letih
Bila ada ruang kosong, kita tak panik bila sesuatu tak ikut rancangan.
Sistem yang baik bukan sistem yang padat tetapi sistem yang ada ruang bernafas.
Bila Sistem Ini Tak Menjadi, Itu Bukan Kegagalan
Ada hari sistem ni langsung tak jalan dan itu normal.
Anak sakit.
Kerja mendadak.
Emosi sendiri tak stabil.
Sistem ni bukan untuk buat kita rasa bersalah.
Ia untuk bantu kita kembali teratur bila kita sudah sedia.
Masa Tak Akan Bertambah, Tapi Hidup Boleh Jadi Lebih Ringan
Sebagai working mom, kita tak perlukan hari yang sempurna, jadual yang ketat dan sistem yang kompleks. Kita perlukan sistem yang ringkas, realistik dan ikut kapasiti diri. Bila kita berhenti paksa diri buat semua benda, masa mungkin masih terhad tetapi hidup rasa lebih terkawal. Dan kadang-kadang, itu sahaja yang kita perlukan.
Kalau artikel ni buat awak rasa “eh ni aku”, save dulu dan cuba satu sistem sahaja minggu ni.
Tak perlu ubah semuanya. Sikit-sikit pun sudah cukup 🤍

0 comments