Being a working parent memang bukan senang. Setiap hari adalah juggling act antara kerja, tanggungjawab rumah, dan masa bersama anak. Kadang kita rasa dah plan elok-elok, tapi realitinya selalu tak seperti yang kita harapkan. Dan bila sampai satu masa, terutama bila kena lambat ambil anak, rasa bersalah tu datang menebal dalam hati. 💔
This week and next week, saya dan husband dua-dua kena on site, suami macam biasa di PJ dan saya pulak di Bangsar atau Shah Alam. Dua-dua kerja jauh dari rumah, naik public transport, dan kadang-kadang drive kereta tetapi setiap hari hadap traffic yang memang tak boleh lari. Kadang bila tengok jadual minggu tu, dah boleh agak, minggu ni confirm penat dan minggu guilty lagi. 😞 Saya sejujurnya tak kisah penat travel tetapi yang saya kisahkan adalah setiap hari lambat ambil anak...
Pernah juga kami cuba selesaikan dengan drive dua kereta. Kononnya, kalau saya bawa sendiri, boleh gerak awal, so balik awal dan ambil anak lebih cepat. Tapi realitinya, tak banyak beza. Even though saya keluar awal dari rumah, tetap juga sangkut jam. Bila dah hampir waktu balik, ada pula evening meetings yang memang dah ditetapkan dari awal, this is beyond my control. Nak tukar ke pagi pun tak sesuai sebab meetings petang ni kebanyakan nak updates pasal kerja...
Kadang dalam hati terfikir, “Kenapa macam ni? Dah cuba bermacam cara, tapi tetap juga lambat.”
Dan setiap kali sampai taska, nampak anak tengah tunggu, terus rasa sebak. Kadang dia nampak saya dari jauh, senyum besar sambil lari datang peluk. Masa tu semua penat hilang, tapi rasa bersalah tetap ada. Rasa bersalah sebab dia tunggu lama, dan rasa bersalah juga dekat teacher yang masih sabar tunggu semua anak dijemput.
Kadang teacher senyum dan cakap, “Tak apa, mommy, saya pun baru siap kerja.” Tapi saya tahu dia pun penat. Saya ucap terima kasih setiap kali, tapi dalam hati tetap rasa tak sedap sebab selalu jadi antara yang paling lambat datang.
Yes, ada hari dapat claim OT tapi jujur, rasa bersalah tu lebih besar daripada rasa lega dapat OT. Duit boleh cari, tapi masa dengan anak tu tak boleh diganti. Tapi dalam semua ni, saya belajar untuk remind diri kita bukan tak sayang, kita cuma tengah cuba balance. Kita kerja keras bukan untuk diri sendiri saja, tapi untuk family juga untuk anak yang kita sayang tu.
Being a working mom memang bukan senang. Kadang orang nampak kita macam kuat, tapi sebenarnya hati kita penuh dengan rasa bersalah yang tak terucap. Tapi saya belajar, kasih sayang kita bukan diukur dengan pukul berapa kita sampai pick up anak, tapi dengan how we show up, every single day.
Kita mungkin lambat sikit, tapi kita tetap datang. Kita tetap peluk dia bila jumpa, tetap tanya dia hari ni okay tak, tetap teman dia sebelum tidur. Itu pun bentuk kasih sayang juga. Saya tahu satu hari nanti, anak saya akan faham mommy and daddy kerja kuat bukan sebab nak jauh, tapi sebab nak bagi hidup yang lebih baik untuk dia. 💛
Apa yang Saya Belajar & Cuba Buat
1. Belajar terima bahawa bukan semua benda kita boleh control.
Kita dah cuba keluar awal, tukar route, drive sendiri tapi kalau jam, tetap jam. Bila sedar tak semua benda dalam kawalan kita, rasa guilty tu perlahan-lahan reda. Fokus pada effort, bukan perfection.
2. Komunikasi dengan teacher dan anak.
Saya selalu explain dengan jujur pada teacher “Maaf teacher, saya cuba datang awal tapi ada meeting yang tak boleh elak.” Kebanyakan teacher faham dan appreciate bila kita acknowledge penat mereka.
Untuk anak pula, saya cakap, “Mommy kerja sikit lagi supaya nanti kita boleh beli mainan or makan sedap sama-sama.” Anak kecil mungkin tak faham sepenuhnya, tapi dia rasa dihargai.
3. Ganti masa dengan quality time.
Walaupun ambil lambat, saya cuba pastikan masa lain tu betul-betul untuk dia. Kadang masa dinner, baca buku sebelum tidur, atau main sama hujung minggu. Tak perlu lama, asalkan hadir sepenuh hati.
4. Bincang dengan boss atau team tentang fleksibiliti.
Kalau ada ruang, boleh cuba bincang untuk elak meeting terlalu lewat. Kadang bila kita explain dengan baik, boss pun akan lebih faham.
5. Practice self-compassion.
Saya selalu remind diri I’m doing my best. Anak tak perlukan ibu yang sempurna, dia perlukan ibu yang hadir dengan kasih sayang.
Refleksi
At the end of the day, tiada siapa yang boleh seimbangkan semua benda 100%. Tapi bila kita buat dengan hati, dengan kasih, dan dengan niat yang baik itu pun sudah cukup.
Saya selalu ingatkan diri, mungkin saya tak dapat jadi mom yang paling awal sampai, tapi saya akan pastikan anak saya rasa dia yang paling disayangi bila saya sampai. 💛
To all working moms and dads yang tengah lalui benda sama please be kind to yourself. You’re not failing; you’re trying. And that’s what love really looks like.

0 comments