Semenjak kami start hantar anak kami ke preschool dari umur 2 tahun, antara rutin tahunan kami sebagai ibu bapa adalah attend Parent Teacher Meeting anak. Saya sebagai working mom memang looking forward to this every year sebab saya nak dengar macam mana pekembangan anak kami dari orang lain yang selalu bersama anak setiap hari. Sebagai working mom, masa memang sangat terhad dalam memerhatikan segala aspek anak sebab selepas kerja, urus rumah, settle anak, kita dah penat. Jadi, apabila school bagi announcement, PTM diadaakan sekian tarikh, saya memang akan memberikan komitment penuh, walaupun anak saya masih di preschool tetapi bagi saya penting sangat PTM ni. PTM adalah antara momen paling penting untuk kita faham perkembangan anak, bukan dari mata kita sebagai ibu bapa, tapi dari sudut pandang guru yang bersama anak setiap hari.
Dalam post ini, saya kongsikan value dari PTM dan apa perkara penting yang kita patut perhatikan supaya sesi ini membantu kita support anak dengan lebih baik.
1. Perangai Anak Mungkin Lain di Sekolah vs Rumah
Kadang kita ingat anak kita pemalu.Risau memikirkan anak macam manalah dia sekolah. Tapi dekat sekolah, dia sebenarnya aktif dan suka memimpin atau di rumah dia manja, tetapi di sekolah dia independent.
PTM membantu kita nampak sisi anak yang kita tak nampak sendiri. Ini penting untuk kita faham perkembangan emosi, sosial dan tingkah laku anak secara lebih menyeluruh.
2. Guru Boleh Nampak Strength & Weakness Dengan Lebih Jelas
Guru jumpa anak kita secara konsisten setiap hari. Mereka bukan sahaja tahu apa anak kita pandai, tapi juga:
apa yang anak perlukan untuk improve
subjek atau skill yang anak struggle
cara pembelajaran yang sesuai (visual, hands-on, auditory)
Ini semua membantu kita support anak bila di rumah tanpa pressure.
3. Social Skills Anak
Semasa PTM tahun ni, kami agak terkejut mendapat tahu, anak kami ada bestfriend di sekolah dan anak kami pandai bersosial dengan semua kawan-kawan, pendek kata, anak kami pandai berkawan serta bawa diri. Saya sebagai ibu, paling risau lah ini sebab ye lah dirumah, dia sorang saja bersama kami dua daddy dia, taklah pandai sangat bersosial. Tetapi di sekolah, anak kami pandai berkongsi, bergilir, bekerjasama, selesa bila bersama ramai orang, pandai handle konflik dengan kawan.
Social skills adalah asas pembangunan emosi yang sangat penting, especially untuk anak kecil. PTM beri kita gambaran sebenar tentang cara anak berinteraksi dengan dunia luar.
4. Early Detection Perkembangan Anak Teacher Selalu Perasan Dulu
Sebagai working mom, kadang-kadang kita pandai terlepas pandang keadaan pekembangan anak especially kalau ada beberapa anak. Memang sepatutnya kita alert dengan pekembangan anak tetapi biasalah kita manusia biasa.Jadi, jika ada speech delay, masalah fokus, difficulity reading, motor skills lemah dan cepat anxious, guru biasanya akan jadi orang pertama yang dapat detect dan berkongsi dengan kita ibubapa. alau ada sebarang perkembangan yang perlu diberi perhatian seperti
Lagi awal kita tahu, lagi cepat kita boleh bantu anak.
5. Kita Boleh Align Cara Didikan Rumah & Sekolah
Kadang kita ajar satu cara, tapi sekolah guna approach lain.Dari PTM hari ni, saya belajar approach yang mana anak kami cepat faham dan saya akan align dengan didikan saya dirumah selepas ini.
Ini buat anak lebih “stabil” dan kurang confused antara rumah dan sekolah.
6. Relationship Dengan Teacher, Sangat Penting
Bila hubungan parents & teacher baik, anak akan rasa lebih secure.Guru pun akan lebih mudah approach kita bila ada update penting.Bagi saya secara peribadi, guru-guru anak saya adalah antara teammate saya dlm motherhood journey saya. Tanpa mereka, anak saya tidak akan mendapat didikan yang baik.
Apa Yang Perlu Diperhatikan Semasa Parent-Teacher Meeting?
Saya dan suami dah pergi 4 PTM sepanjang kami ada anak jadi saya dah ada checklist paling penting yang boleh saya tanya dengan teachers semasa PTM. Tetapi selalunya, teacher akan prepare siap-siap lah.
1. Akademik
reading/writing level
nombor & basic math
cara anak fokus
progress berbanding umur
2. Behaviour
mudah dengar arahan atau susah fokus
cepat tantrum / mudah frustrasi
energy level (hyper? quiet?)
3. Social Skills
ada kawan rapat?
mudah berkawan atau take time?
ada isu share toys?
ada gaduh / kena buli?
4. Emotional Development
anak takut / anxious / overconfident
mudah regulate emotion
mood bila datang sekolah
5. Physical Development
fine motor: pegang pencil, coloring, cutting
gross motor: running, balancing
6. Support Yang Teacher Cadangkan
exercise atau skill untuk practice di rumah
kelas/aktiviti yang sesuai
behaviour tips
routine yang boleh bantu anak
Contoh Soalan Yang Working Mom Boleh Tanya Teacher
“Apa kelebihan anak saya yang teacher nampak?”
“Apa bahagian paling susah untuk dia sekarang?”
“Macam mana dia dengan kawan-kawan?”
“Ada apa-apa yang saya boleh buat di rumah untuk support dia?”
“Ada perubahan behaviour yang teacher perasan sejak akhir-akhir ni?”
Akhir Kata
Parent-Teacher Meeting bukan sekadar sesi formal, tetapi satu peluang besar untuk kita kenal anak kita dengan lebih mendalam.
Sebagai working mom, PTM membantu kita:
lebih faham perkembangan anak
selarikan didikan rumah & sekolah
detect isu awal
support anak dengan cara yang betul
dan paling penting… bagi kita rasa lebih tenang sebagai ibu
Sebab kita tahu:
kita sedang buat yang terbaik untuk anak, walaupun masa kita sangat terhad.
0 comments