#LocalLoveTuesday : Fedrick Ding – Borneo Handbag Yang Mempunyai Cerita

Kalau sebelum ni saya banyak kongsi tentang beg dari jenama tempatan yang popular dan saya tahu mostly brand dari Semenanjung Malaysia kan? Dan kali ni saya nak perkenalkan seorang pereka dari tanah kelahiran Sarawak sendiri iaitu Fedrick Ding. Saya rasa beliau patut dapat lebih perhatian sebab karya beliau bukan sekadar handbag, tapi satu hasil seni yang membawa cerita Borneo.


Uniknya Handbag Fedrick Ding

Fedrick Ding menghasilkan handbag berasaskan rotan dan anyaman tradisional, digabungkan dengan reka bentuk moden. Apa yang buat saya kagum ialah motif yang digunakan banyak diinspirasikan daripada alam semula jadi Borneo dan seni Orang Ulu. Sebagai Orang Ulu juga, saya bangga tengok hasil karya anak tempatan. Apabila kita bawa beg ni, rasa macam bawa sedikit identiti kita ke mana sahaja.



Gabungan Tradisi & Moden

Handbag beliau bukan sekadar cantik untuk bergaya, tetapi juga ada nilai warisan. Saya lihat ada sentuhan craftsmanship moden tapi masih mengekalkan tradisi tempatan. Inilah kombinasi yang jarang kita jumpa, heritage dan fesyen berjalan seiring. Setakat post ini ditulis, saya belum lagi membeli handbag dari Fedrick Ding, tengah kumpul dana hehe tetapi tetap juga saya mau sokong beliau dengan apa yang saya good at.


Kenapa Saya Sokong

Sebagai seorang yang suka tengok local brand berkembang, saya rasa pereka seperti Fedrick Ding perlu diberi spotlight. Beliau mengangkat seni tradisi ke tahap lebih tinggi, dan dalam masa sama membuka ruang kepada kita untuk berfesyen dengan bangga membawa “cerita Borneo”.

Kalau kamu nak tengok koleksi beliau, boleh terus ke Instagram: @fedrickdingofficial

Selain handbag, beliau juga ada membuat kasut. Arghhh semua cantik-cantik tau!

Saya harap dengan perkongsian ini, lebih ramai akan kenal siapa Fedrick Ding dan menghargai handbag unik dari Borneo ini.Jom kita sama-sama support dia!

Credit Photos : Fedrick Ding Facebook

0 comments