Life Story : Life Is Full of Plot Twist

Last year, bulan Oktober… satu plot twist terbesar berlaku dalam hidup saya dan ia betul-betul mengubah arah hidup serta keluarga saya.

Saya masih ingat lagi hari saya terima mesej daripada manager saya. Katanya, kontrak saya di KK tidak akan disambung selepas hujung Mac 2025. Masa tu, saya terdiam. Sebab masa mula-mula saya terima tawaran kerja ni, saya diberitahu kontrak akan diperbaharui setiap tahun, dan kalau ada rezeki, boleh diserap tetap. Tapi siapa sangka, ada plot twist untuk saya.

Bak kata Awie, “Tragedi Oktober”, kan?
Lucunya, saya terinspirasi menulis ni pun sebab tadi masa balik kerja, saya mendengar lagu tu dalam tren. Tapi saya tak nak kenang “tragedi” versi saya ni dengan rasa sedih. Saya nak ingat ia sebagai satu turning point atau dalam bahasa lembutnya, redirection.


Dari Plot Twist ke Redirection

Saya bersyukur sebab Manager saya ditempat kerja saya sekarang memberi peluang kepada saya untuk mendengar talk leadership dengan Major Dr Faiz Khaleed, sesi talk tentang growth mindset. Dari situ, saya belajar banyak belajar dari pengalaman beliau dan salah satunya adalah kadang-kadang apa yang kita anggap sebagai “pengakhiran”, sebenarnya cuma hala tuju baru yang Tuhan nak tunjuk.

Saya pernah rasa, “kenapa saya?” "kenapa ni berlaku dengan saya?" tapi saya berusaha untuk ubah soalan itu kepada “apa yang saya boleh belajar dari semua ni?” Dan di situlah perubahan bermula.


Reset ke Zero

Sebulan selepas kehilangan kerja di KK, saya pula diuji lagi kehilangan ayah tercinta di bulan May. Bagi yang mengikuti blog saya, memang dah familiar sangat dah dengan cerita ini. Kadang-kadang saya rasa berulang-ulang pulak cerita tetapi inilah pengalaman hidup saya.
Masa tu, saya rasa betul-betul kosong. Seolah-olah Tuhan menekan butang reset dalam hidup saya. Tapi bila saya renungkan balik, reset ni bukan hukuman. Ia teguran penuh kasih.

Saya sedar, selama ni saya terlalu bergantung pada kekuatan sendiri, rasa saya kuat, saya mampu, saya tahu semuanya. Tapi sebenarnya, tanpa Tuhan, saya tak ada apa-apa.
Dan bila saya “kosong”, barulah saya betul-betul belajar untuk berserah dan bermula semula dengan panduan Dia.

Hidup Tak Seindah Drama, Tapi Penuh Makna

Kita selalu tengok plot twist dalam drama, yang paling banyak drama plot twist saya tengok adalah Penthouse Kdrama hahaha tapi bila kena batang hidung sendiri, fuhh, memang tak mudah!
Baru-baru ni saya nampak satu video TikTok, seorang wanita berkongsi yang dia sangka tahun 2025 ni tahun kejayaannya. Tapi plot twistnya, dia disahkan kanser dan kini terlantar menerima rawatan. Saya tersentuh sangat. Hidup ni memang penuh dengan kejutan. Kadang manis, kadang pahit, tapi semuanya ada sebab.


Bila Hidup Berubah Arah

Hari ni bila saya pandang semula ke belakang, saya nampak jelas bagaimana setiap plot twist yang pernah saya anggap “malapetaka”, sebenarnya adalah redirection untuk membawa saya lebih dekat kepada Tuhan.
Saya belajar untuk tenang walaupun masa depan kabur, sebab saya tahu selagi Tuhan bersama saya, saya takkan tersesat dan tidak kehilangan harapan.


Untuk Kamu Yang Sedang Diuji

Kalau kamu tengah melalui plot twist dalam hidup, sama ada kehilangan kerja, kehilangan orang tersayang, atau rasa hilang arah, saya nak kamu tahu satu perkara:

Kamu tidak gagal. Kamu sedang dibentuk.

Percayalah, setiap bab yang Tuhan tulis, walaupun nampak sukar sekarang, akan berakhir indah pada waktunya.

Teruskan berjalan, walaupun perlahan.
Terus berharap, walaupun hati penat.
Sebab life is full of plot twist dan setiap satunya ada maknanya. 💛


Question for you:
Kalau kamu pun pernah alami plot twist dalam hidup, apa yang kamu belajar daripadanya? Jom kongsi di ruangan komen di Instagram saya (@borneoworkingmom) dan mungkin kisah kamu boleh jadi inspirasi buat orang lain juga.


0 comments