Cerita Minggu Ini: Bila LRT Rosak & Sekolah Anak Ditutup

Selamat datang ke Series Cerita Minggu Ini. Series mingguan di blog saya di mana saya kongsikan sedikit kisah kehidupan saya sebagai seorang ibu bekerja, isteri, dan wanita yang masih belajar balance semuanya. Setiap minggu, saya akan tulis tentang apa yang berlaku, apa yang saya pelajari, dan harapan kecil untuk minggu seterusnya. Saya berharap setiap kisah ada nilai yang boleh kamu belajar.

Minggu ini penuh dengan kejutan kecil yang menguji kesabaran, tapi juga mengingatkan saya tentang pentingnya kerjasama,sabar dan flexibility dalam pekerjaan.


Sebagai ibu bekerja yang mengunakan pengangkutan awam, saya dah biasa dengan rutin harian yang agak padat. Setiap kali ke ofis(saya bekerja secara hybrid), saya akan prefer naik public transport sebab tak perlu hadapi traffic jam, murah dan semestinya saya bolehlah "exercise" sedikit. Tapi minggu ni lain sedikit. Sekolah anak ditutup sementara sebab kes Influenza A yang meningkat.Jadi, saya dan suami bergilir-gilir jaga anak dalam masa 3 hari. Hari Isnin dan Rabu, saya bekerja dari rumah dan Selasa saya ke ofis dan husband mengambil alih tugas jaga anak di rumah.Inilah realiti teamwork dalam rumahtangga, tak boleh satu orang berkorban utk benda-benda macamni tapi dua-dua kena hadap bersama. Saya bersyukur sebab tempat kerja baru saya bekerja secara hybrid dan saya bersyukur sebab disaat jadual saya bekerja dari ofis tetapi saya perlu bekerja di rumah, saya inform saja dengan boss, dan she is okay for me to tukar-tukarkan jadual. Flexibility macamni yang saya nak dalam pekerjaan saya dan saya berdoa supaya ini akan berterusan.Disebabkan ini,saya rasa selesa dan semangat untuk memberikan yang terbaik dalam pekerjaan saya.

While wfh, petang2 bawa anak main basikal

pemandangan setiap pagiku jika ke ofis

syukur ada coach wanita ni so taklah bersempit2 dengan lelaki 

Tak cukup dengan cabaran sekolah anak kena tutup, di petang Khamis semasa balik kerja, semua balik kerja(peak hours), LRT line yang selalu my husband and I ikut rosak! Balik dalam pukul 5.30pm dan LRT tak bergerak macam biasa. Kami dah risau anak kami di sekolah, lambat lah kena ambil. Selain risaukan anak kami, kami juga risaukan teacher yang terpaksa temankan anak sampai kami ambil anak kami. Saya betul-betul kecewa dengan myrapidKL. Saya rasa dah banyak kali kerosakan tiba-tiba ni berlaku dan kerosakan yang berlaku pun sama saja everytime tapi macam takde mitigation plan. Saya tak faham company besar macam ni takda langsung mitigation plan jika berlaku kerosakan ke apa. Kesianlah semua orang, lagi-lagi yang pregnant, orang tua dan ada juga kanak-kanak hari tu. Saya sakit hati betul dengan kejadian tren rosak ni. Saya tak pasti macam manalah nak salurkan ketidakpuashati i dekat myrapidKL. Saya dah message whatsapp tetapi saya tau takda apa pun feedback dan takda effect pun.... saya memang nak cakap banyak pasal ni sebenarnya sebab disebabkan train rosak, anak i tunggu sampai pkol 9pm dan teacher pun kena tunggu lama sampai family dia tunggu di parking school. I is gerammmm. Jika kamu tau macam mana nak complaint myrapidKL dengan saluran betul, boleh bagitau saya dekat comments. Saya betul-betul nak complaint dengan saluran yang betul yang pasti didengari.Sakit hati aku....eiiii, nak marah tapi kena sabar! tapi kesabaran i dekat myrapidKL dah takda dah. I is cannot forgive this!!! fuhhh... 


Keesokan hari selepas kejadian tren rosak ni, saya dan husband decided untuk drive ke tempat kerja dan parking di salah satu lrt station lah so nnt kalau apa-apa kami boleh terus drive balik dan tidak susah hati menunggu sampai tren okay. Nak ambil grab memang susah, declined and mahal lagi...


Pelajaran minggu ini:
Tak semua hari berjalan lancar, tapi setiap hari ada ruang untuk belajar, sabar, bertenang, dan bekerjasama. Bila hidup tak ikut rancangan, jangan terus rasa gagal. Mungkin Tuhan cuma nak tunjuk betapa kuat dan penyayangnya kita sebenarnya.

Sampai jumpa Sabtu depan dalam Cerita Minggu Ini. Semoga minggu kamu juga dipenuhi sabar, kasih, dan semangat untuk terus melangkah. 

0 comments