Selepas lima bulan lebih saya berehat dari dunia kerja kerana kehilangan kerja(kontrak kerja di KK tidak disambung) pada bulan April lepas, akhirnya saya dapat juga peluang baru. Penantian yang panjang tapi saya percaya, Tuhan sudah rencanakan ini dari awal dan masa penantian adalah masa untuk saya diproses dan dipersiapkan. Sejujurnya, perasaan saya sekarang bercampur-baur, bersyukur, lega, gembira, nervous, dan sedikit takut. Tapi saya percaya Tuhan akan menyertai saya dan akan memimpin saya dalam kerja baru saya ini.
Career comeback ni bukan sekadar tentang “ada kerja semula”, tapi lebih kepada bagaimana saya nak adjust diri, keluarga, dan mindset untuk masuk semula ke dunia kerjaya.Inilah paling lama saya pernah berehat di dunia pekerjaan sebenarnya, saya tidak pernah selama ini berehat. Apapun, saya sangat bersyukur untuk season ini. Tidak ada kerugian yang saya alami semasa season ini juga.
Setelah saya mendapat confirmation yang saya sudah dapat kerja ini, saya terus mempersiapkan diri dari pelbagai segi, saya cuba untuk bersedia sebaiknya dan untuk perkongsian hari ni, saya akan berkongsi apa yang saya prepare selain daripada skill & knowledge ya, sebab kalau saya sudah start prepare skill & knowledge nanti, tidak habis post ini...
1. Mental & Emosi
Saya remind diri bahawa perjalanan ini adalah rezeki baru. Nervous tu normal, tapi saya cuba fokus pada excitement dan peluang yang menanti. Saya juga set niat untuk masuk kerja dengan hati yang terbuka, belajar semula, dan selalu bagi yang terbaik.
2. Anak & Keluarga
Ini bahagian paling penting. Sebelum ni saya bersama anak hampir setiap hari. Sekarang saya kena biasakan dia dengan rutin baru. Saya dah mula:
Hantar ke preschool dari awal September hari tu.Syukur, dia okay juga.
Sediakan jadual harian untuk anak.
Bincang dengan suami tentang pembahagian tugas rumah & urus anak bila saya mula kerja nanti.
3. Persediaan Praktikal
Wardrobe kerja: Saya try pakaian kerja, kebanyakan dah tak muat jadi saya ada beli baru beberapa helai.Maklumlah size bertambah haha
Dokumen: Semua surat, medical check-up, dan HR requirements dah settle.
Daily routine: Saya set alarm lebih awal untuk biasakan diri dengan timing bangun pagi, breakfast, dan get ready.
4. Skill & Work Mode
Lepas hampir 6 bulan off, saya perlu tune-in semula. Saya mula refresh skill yang berkaitan kerja baru, baca artikels, dan catch up dengan trend. Ini buat saya rasa lebih confident untuk step in on Day 1.
5. Self-Care
Saya percaya bila diri rasa baik, kerja pun lebih smooth. Jadi saya pastikan tidur cukup, skincare on, dan ada masa rehat sebelum start hari baru. Career comeback bukan hanya soal kerja, tapi juga soal jaga diri.
Akhir Kata
Saya anggap career comeback ni sebagai bab baru dalam hidup saya. Ini adalah peluang kedua untuk saya bina kerjaya dengan lebih fokus dan matang. Memang ada rasa takut, tapi saya percaya setiap langkah kecil hari ini akan bawa saya ke tempat yang lebih baik.
Untuk moms yang juga akan mula kerja semula selepas break panjang: you got this!
Persediaan mungkin banyak, tapi percayalah, bila hari pertama tu tiba, kita akan tahu kenapa semua ini berbaloi.
0 comments