Hellooo~
Untuk Life Story minggu ni, saya nak fokus kepada satu topik yang maybe agak sensitif atau maybe ada yang kurang suka tetapi saya tidak tahu kenapa hati saya rasa terpanggil untuk menulis dan berkongsi mengenai topik ini minggu ini.
Walaupun nama blog saya ini macam focus kepada working mom kan, tetapi blog ini utk semua moms out there. Tidak kira kamu adalah working mom or suri rumah, semua dialu-alukan untuk membaca blog saya sebab saya kongsikan dua-dua pengalaman sebagai working mom dan juga suri rumah.
Saya pernah melalui pengalaman jadi suri rumah sepenuh masa selama 5 bulan. Masa 5 bulan ini, saya banyak belajar tentang erti pengorbanan seorang isteri dan ibu. Sama ada working mom atau stay at home mom, ada pros and cons dia, balik lagi kepada niat dan keperluan keluarga. Setiap orang ada niat dan keperluan dalam memilih sbg working moms atau suri rumah sepenuh masa.
Kadang-kadang saya rasa sedih apabila para suri rumah menjawab apabila ditanya pekerjaannya, kebanyakkan akan jawab "suri rumah jer" atau "suri rumah saja". Saya sejujurnya kurang suka bila ada suri rumah respond mcmtu. Bagi saya, pekerjaan suri rumah inilah yang antara kerjaya yang paling sukar dilakukan.Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Saya rasa tidak semua orang mampu melakukannya dengan baik.
Disini saya kongsikan pros and cons sebagai pekerjaan suri rumah.
Pro:
Masa sepenuhnya dengan anak-anak.
Rumah lebih terurus.
Hati rasa tenang sebab dapat lihat keluarga depan mata setiap hari.
Cons:
Kadang rasa penat dan kurang dihargai.
Terputus dengan dunia luar.
Paling besar, tiada pendapatan sendiri.
Sepenjang saya menjalani hidup sebagai suri rumah sepenuh masa selama 5 bulan ni, saya mula sedar, walaupun kita jadi suri rumah sepenuh masa, janganlah terlalu bergantung kepada suami. Suami memang ketua keluarga, tapi kita sendiri juga perlu ada persediaan. Hidup ini penuh kejutan tau, kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok.
Dari pengalaman peribadai saya, saya sangat-sangat menggalakkan para suri rumah untuk mula lakukan sesuatu untuk mencari duit untuk diri sendiri dan anak-anak. Bukan mata duitan tau tetapi ini lebih kepada persediaan jika ada apa-apa berlaku. Tak perlu besar, cukup bermula kecil:
Menjadi affliliate di TikTok atau Shopee
Gunakan bakat yang ada seperti baking, menjahit, mengajar.
Ambil peluang kerja digital atau freelance jika ada pengalaman dan expertise.
Simpan sikit-sikit untuk tabungan masa depan.
Duit sendiri bukan soal mahu lawan suami. Duit sendiri adalah tentang keyakinan dan persediaan. Bila ada sesuatu berlaku di luar jangka, sekurang-kurangnya kita ada kekuatan untuk berdiri.Tidak tersungkur dan tidak tahu apa-apa. Saya dah nampak ramai wanita-wanita hebat yang jadi macam ni selepas mereka menjadi suri rumah.
Saya percaya, jadi suri rumah atau wanita bekerja dua-duanya baik, tiada yang salah. Yang penting, kita bijak seimbangkan dan jangan letakkan semua harapan 100% pada orang lain.
Bagi saya, inilah cara sebenar seorang isteri dan ibu menjaga keluarganya, bukan saja dengan kasih sayang, tapi juga dengan kebijaksanaan membuat persediaan.
Jadi, para moms out there, bersedialah dengan bijak untuk menghadapi segala kemungkinan dalam hidup.
Nak tau macam mana nak start buat affiliate di TikTok? Boleh check post dibawah:
0 comments