Life Story: Pengalaman Kereta Rosak di Tengah Jalan – Detik Cemas Bersama Anak

Bulan lepas, saya mengalami satu kejadian yang cukup mendebarkan iaitu kereta kami(kereta yang kami pinjam dari kawanku, Marina) overheat di tengah jalan ketika dalam perjalanan nak ambil suami di tempat kerja. Masa tu saya bersama anak saya, dan memang tak sangka langsung hari yang biasa boleh bertukar jadi cemas begitu.


Detik Cemas Bermula

Kami dalam perjalanan macam biasa, tak ada tanda-tanda pelik pada kereta. Tapi selepas limpas satu tol dan masuk ke dalam jalan terowong, tiba-tiba saya rasa kereta jadi slow dan berat, tiba-tiba kereta perlahan-lahan berhenti. Lepas tu, saya tengok di dashboard, baru saya perasan suhu enjin naik mendadak dan lampu amaran menyala. Tanpa berfikir panjang, saya terus membelok kereta perlahan-lahan ke tepi jalan. Dalam kepala saya, hanya fikir satu benda ,"kereta ni janganlah betul-betul rosak sekarang, macam mana nanti" Tapi malangnya, kereta memang tak boleh gerak lagi.


Syukur Ada Orang Bantu

Masa tu saya mula rasa risau, lebih-lebih lagi sebab saya ada anak kecil bersama. Tapi Tuhan tu baik… kebetulan ada beberapa orang lelaki yang sedang lepak dengan motor mereka di tepi jalan berdekatan. Sebelum ni, saya limpas juga jalan yang sama tetapi tidak ada pun orang lepak atau berhenti disini. Syukur, beberapa orang lelaki datang tanya, kenapa kak? Saya terus bagitau mereka dan mereka cuba bantu tengokkan kereta. Walaupun mereka bukan mekanik, tapi kehadiran mereka sangat menenangkan saya masa tu.


Hubungi Suami dan Cari Bantuan

Saya terus maklumkan suami dan Marina(kawan saya yang owner kereta) tentang situasi dan Marina kawan kami terus cari bantuan towing dan suami terus bergerak dari tempat kerja dia. Syukurlah kawan saya Marina boleh dapatkan bantuan towing dan pada masa sama, lelaki-lelaki yang datang tengokkan kami dua si anak tadi, salah satu daripada diorg terus pergi jalan kaki ke MRT station berdekatan untuk membeli air. Saya betul-betul terharu dengan gesture mereka dan tanpa pertolongan mereka, kami dua si anak akan bergelap di tepi jalan. Syukurlah kereta boleh start dan boleh bergerak ke petrol station berdekatan untuk menunggu bantuan towing. Setelah menunggu, bantuan towing pun datang dan dalam masa yang sama, kawan saya Marina pun datang, terima kasih Unnie! dan suami tidak sempat datang ke petrol station sebab kereta towing dah bawa kami dan kereta ke rumah kami. Saya bersyukur tak ada perkara buruk berlaku dan anak pun tak meragam sepanjang tunggu.


Kerosakan dan Kos

Lepas kereta dibawa ke bengkel, rupanya sistem penyejukan rosak dan menyebabkan enjin overheat. Syukur tak sampai tahap kena tukar enjin, tapi tetap ambil masa dan kos untuk baiki. Ini memang satu wake-up call untuk saya lebih peka dengan keadaan kereta.


Pengajaran yang Saya Dapat

  • Jangan ambil ringan bab penyelenggaraan kereta. Kalau boleh, check air radiator dan minyak hitam secara berkala.

  • Simpan nombor penting dalam telefon seperti nombor suami, towing, bengkel, insurans.

  • Pastikan telefon penuh bateri bila keluar rumah, terutamanya bila bawa anak.

  • Jangan panik, walaupun susah nak tenang bila ada anak kecil bersama. Fikir langkah demi langkah.


Akhir kata

Walaupun ini bukanlah pengalaman yang seronok untuk dikenang, saya tetap bersyukur semuanya selamat dan dipermudahkan. Kadang-kadang, perkara macam ni buat kita lebih kuat dan lebih bersedia di masa depan. Kalau anda pernah lalui situasi serupa, saya faham sangat perasaan tu. Moga kita semua sentiasa dilindungi dalam setiap perjalanan.

0 comments