Kadang-kadang dalam hidup, kita fikir kita kuat. Kita fikir kita boleh tanggung semua perkara seorang diri. Tapi bila ujian datang bertubi-tubi seperti sakit, kehilangan, kecewa, hati yang kita sangka kuat pun boleh jadi rapuh.
Hari ini, saya nekad untuk share sebuah cerita yang paling peribadi dalam hidup saya. Cerita ini penuh dengan air mata, kekecewaan, dan pertanyaan pada Tuhan. Tapi di balik semua itu, saya juga belajar sesuatu yang sangat berharga tentang iman, harapan, dan kasih Tuhan.
Bila Iman Jadi Lemah
Sebenarnya saya agak teragak-agak untuk publish post ini. Biasanya setiap hari Rabu tengahari saya akan kongsi life story, tetapi kali ini saya macam ermmm hit publish ke tak? Saya tanya diri sendiri, perlukah saya kongsikan cerita ini? Ia terlalu raw, terlalu peribadi.
Namun akhirnya saya pilih untuk menekan butang publish… kerana saya percaya, mungkin ada seseorang di luar sana yang sedang melalui musim hidup yang sama, dan saya harap blog post ini akan menguatkan dia & of course menguatkan saya juga.
Saya akui… bahagian paling besar saya struggle dalam hidup ini ialah iman (faith). Padahal saya lahir dan dibesarkan dalam keluarga Kristian yang sangat percaya kepada Tuhan. Dari kecil, ibu bapa saya selalu berpesan:
“Apapun yang kamu mahu lakukan, berdoalah dahulu.”
Nasihat itu sudah sebati dalam hidup saya. Tetapi saya tetap manusia biasa. Ada masa saya leka, terlalu mengandalkan kekuatan sendiri untuk menghadapi hidup.
Kehilangan & Luka yang Dalam
Bulan Mei lepas, semasa acara penghiburan kematian bapa saya, hati saya sangat tersentuh apabila seorang bapa bercerita tentang iman bapa saya ketika kampung kami mula-mula mengenal Kristian. Kata-katanya menikam hati saya.
Saya sedar, hati saya kebelakangan ini telah menjadi keras. Saya tahu sebabnya kerana saya menghadapi terlalu banyak kekecewaan dan kesedihan sejak awal tahun 2025.
- Januari : kesihatan terganggu dari awal tahun
- Februari: saya terpaksa jalani pembedahan remove cyst secara tiba-tiba.
Mac: Semasa saya masih dalam pemulihan dari pembedahan, saya kehilangan pekerjaan yang membawa kami ke Sabah.
April: bapa jatuh sakit tenat, tetapi saya tidak mampu balik kerana masih mencari kerja baru.
Mei: bapa saya pergi untuk selamanya…
Saya rasa kosong. Rasa tak berdaya. Betul-betul tersungkur dengan ujian yang back to back...
Doa yang Hanya Air Mata
Dari luar, saya masih kelihatan “normal”. Saya tetap ke gereja setiap minggu. Tetapi dalam hati, saya kecewa, marah, dan hancur.
Ada masa saya tidak mahu berdoa langsung kerana hati saya keras. Namun Roh Kudus tetap memimpin saya. Doa saya hanya berupa air mata yang mengalir tanpa kata-kata.
Sampai satu ketika, saya menangis di hadapan suami saya dan berkata:
"Saya terlalu kecewa… saya terlalu sedih… saya tidak mampu lagi."
Dia mendoakan saya.Dari sini, saya nekad untuk tidak mengandalkan diri sendiri untuk menghadapi cabaran hidup ini, saya nekad untuk bangkit lagi, memaafkan diri atas segala kesilapan dan mula sayang diri sendiri dengan lebih baik.
Kesedihan dan kekecewaan itu tidak hilang serta-merta. Saya bersyukur, semasa hati saya telah keras, hancur dan remuk berkecai-kecai yang saya tak pasti saya mampu bangkit lagi, di gereja kami mengadakan Kelas Saya Murid Yesus(SMY) dan saya tersenarai sbg facilitator. Time dapat tahu, saya dah fikir-fikir apa alasan untuk saya tolak untuk participate... tetapi syukur, saya ambil keputusan untuk participate dan disebabkan ini, saya belajar kembali dan berusaha bangkit lagi. Proses pemulihan bukanlah overnight process tetapi ia perlahan, penuh dengan jatuh bangun, dan memerlukan kesabaran serta percaya kepada rancangan Tuhan walaupun saya tidak mengerti semuanya.
Saya suka dengar worship songs All by Chandler Moore, tanda saya surrender semua kepada Tuhan.
Firman yang Menguatkan
Sepanjang masa ini, ada satu firman Tuhan yang selalu bermain-main di fikiran dan dalam hati saya. Whenever saya dah start kurang sabar, overthinking, this words keep playing and muncul;
“Be still, and know that I am God.”
Saya mula sedar, walaupun ujian datang berturut-turut, Tuhan tidak pernah meninggalkan saya. Pertolongan-Nya selalu ada.
Kadang-kadang melalui suami yang setia berdiri bersama saya walaupun saya rasa tidak punya apa-apa dan disaat saya menjadi seperti beban. Kadang melalui keluarga dan mertua yang tidak putus-putus berdoa. Kadang melalui sahabat-sahabat baik seperti Maz, Marina, Jue, dan ramai lagi yang tidak jemu menghulurkan tangan.
Saya juga selalu teringat ayat-ayat firman ini:
“Aku sekali-kali tidak akan membiarkan engkau dan Aku sekali-kali tidak akan meninggalkan engkau.” – Ibrani 13:5
“Saudara-saudaraku, anggaplah sebagai suatu kebahagiaan apabila kamu jatuh ke dalam berbagai-bagai pencobaan, sebab kamu tahu bahwa ujian terhadap imanmu itu menghasilkan ketekunan.” – Yakobus 1:2-3
“Janganlah takut, sebab Aku menyertai engkau; janganlah bimbang, sebab Aku ini Allahmu; Aku akan meneguhkan, bahkan akan menolong engkau; Aku akan memegang engkau dengan tangan kanan-Ku yang membawa kemenangan.” – Yesaya 41:10
Musim Sukar Tidak Kekal
Saya percaya, tidak kira siapa kita, apa agama atau kepercayaan kita, semua orang pasti melalui ujian hidup.
Yang penting ialah bagaimana kita tetap kuat dalam iman, berpegang pada harapan, dan percaya bahawa ada cahaya di hujung jalan. Percayalah, musim sukar ini hanya sementara.
Percayalah, kesukaran ini tidak akan kekal selamanya.
Akan tiba masanya kita menoleh ke belakang dengan mata penuh syukur, dan berkata:
“Tuhanlah yang menolongku melewati semua ini.”
Hidup ini bukan tentang betapa kuatnya kita berdiri dengan kekuatan sendiri, tapi tentang bagaimana kita berani bersandar kepada Tuhan ketika kaki kita tidak mampu lagi melangkah.
Saya tidak pasti bagaimana hidup saya jika saya tidak beriman kepada Tuhan Yesus. Sejak dulu, hidup saya dan keluarga hanya bersandar pada Tuhan untuk memimpin jalan, menguatkan ketika lemah, dan memberi harapan ketika segalanya gelap.
Dan satu hal yang ingin saya tinggalkan untuk kamu yang membaca:
Badai hidup tidak akan kekal selamanya.
Akan tiba waktunya kamu juga akan berkata:
“Jika bukan kerana Tuhan, aku tidak akan sampai sejauh ini.”
Love,
Aya of Borneo Working Mom.
Saya Murid Yesus
0 comments