Kalau ditanya apakah antara pencapaian atau kenangan terbaik saya sepanjang tahun 2026, jawapan saya kali ni agak lain...
HAHAHAHA!
Can't you believe that, tahun ini saya saja, saya sudah dua kali berpeluang menari tarian tradisional Orang Ulu(Datun Julut).
Yes, TWO TIMES!
Kalau dulu mungkin saya tidak pernah terfikir perkara ini akan menjadi salah satu highlight dalam kehidupan saya, tetapi apabila melihat kembali gambar-gambar dan video, saya rasa begitu gembira dan bangga.
Bukan sebab saya pandai menari sangat pun. Hahaha!
Tetapi kerana saya berpeluang mengenakan pakaian tradisional Orang Ulu yang cukup indah, menari mengikut irama muzik tradisional dan berkongsi kegembiraan itu bersama-sama dengan orang lain.
Sebagai anak Orang Ulu dari Sarawak yang kini menetap di Semenanjung Malaysia, pengalaman seperti ini membawa makna tersendiri.
Kita mungkin sudah lama meninggalkan kampung halaman. Kita membina kehidupan, bekerja, berkeluarga dan mengejar impian di tempat orang.
Tetapi jauh di sudut hati, identiti dan budaya asal kita tetap menjadi sebahagian daripada diri kita.
And I am proud of that!
Kalau inilah antara highlight tahun 2026 saya, I wouldn't trade it for anything.
Here's to more opportunities to celebrate my Borneo roots! ❤️
0 comments