Sunday Fit : Burgundy For Life


Before I wear this outfit, actually I already prepared another outfit. Saya memang seorang yang suka plan saya punya outfit sebelum hari kejadian/keesokan harinya sebab saya mahu jimat masa dan tak mau buang masa untuk fikir apa mau pakai lagi.
Lagi-lagi dah jadi mak-mak ni, outfit ni lah paling last difikirkan. Keperluan anak semestinya no.1 tetapi saya paling tak suka kalau keluar rumah dalam keadaan yang serabai, lagi-lagi kalau pergi kerja dan pergi ke rumah Tuhan(gereja), saya mesti nak kemas, tak sakit mata memandang dan saya rasa yakin untuk melangkah.
Tak dinafikan, selalu juga saya berpenampilan serabai terutama kalau saya berada dirumah sepanjang hari atau fikiran saya bercelaru or I feel not myself that day.
Jadi mak-mak ni, pilihan outfit saya memang untuk menutup segala lemak-lemak yang menempal di badan hahahaa

Hari ni saya pakai my favorite black blouse and burgundy pleated skirt. Sebenarnya, I tak perasan yang I ada bag burgundy and shoes burgundy hahahaa, memang nampak sangat saya suka color ni kan?







Fit Tips : Blouse, 2XL// Skirt, FS //Shoes, 5


0 comments