“Saya orang Sarawak. Sekarang saya tinggal dan bekerja di Selangor. Boleh ke saya mohon MamaKerja?”
Kalau anda seorang working mom dari Sabah atau Sarawak yang sekarang menetap di Selangor, mungkin soalan ini pernah terlintas di fikiran.
Bila dengar MamaKerja menawarkan bantuan RM1,000 secara one-off, memang ramai ibu bekerja mula tertanya-tanya sama ada mereka layak.
Tapi bila baca syarat dan nampak perkataan “rakyat Selangor” serta “mengundi di Selangor”, terus kita tertanya:
“Eh, saya orang Borneo. Jadi saya tak layak ke?”
Jawapan ringkasnya:
Jangan terus anggap anda tak layak.
Bagi MamaKerja 2026, antara syarat yang dinyatakan adalah pemohon perlu merupakan rakyat Selangor, iaitu lahir di Selangor atau telah bermastautin di Selangor lebih 10 tahun, serta mengundi di Selangor.
Jadi, untuk working mom dari Sabah atau Sarawak, perkara paling penting ialah melihat berapa lama anda sudah menetap di Selangor dan status pendaftaran pengundi anda.
Apa itu MamaKerja 2026?
MamaKerja ialah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu ibu bekerja.
Untuk tahun 2026:
- RM1,000 secara one-off
- Sasaran 10,000 ibu bekerja
- Permohonan dibuka 17 Ogos 2026
- Permohonan melalui aplikasi NINE
- Mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak berumur 6 tahun dan ke bawah
- Pendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawah
Siapa Layak Mohon Bantuan MamaKerja Selangor?
Syarat kelayakan permohonan:
- Wanita bekerja dan mempunyai majikan
- Bukan penerima insentif program ASUH PINTAR atau BINGKAS atau TUNAS
- Berdaftar dengan LHDN atau mempunyai caruman KWSP
- Berpendapatan isi rumah sebanyak RM8,000 dan ke bawah
- Mempunyai anak mempunyai sekurang-kurangnya 1 anak 6 tahun dan ke bawah
- Rakyat Selangor (lahir atau bermastautin melebihi 10 tahun) dan mengundi di Selangor
MAKLUMAN: SYARAT SEBELUM INI TIGA ANAK BERUMUR 12 TAHUN KE BAWAH, TAPI SYARAT TERKINI mempunyai sekurang-kurangnya 1 anak 6 tahun dan ke bawah.
Jadi, Working Mom Dari Borneo Boleh Apply?
Boleh jadi ya.
Menjadi orang Sabah atau Sarawak tidak secara automatik bermaksud anda tidak layak. Perkara penting ialah sama ada anda memenuhi syarat rakyat Selangor yang ditetapkan.
Untuk mereka yang bukan kelahiran Selangor, syarat yang dinyatakan adalah anda perlu bermastautin di Selangor lebih 10 tahun.
Contohnya:
Anda orang Sarawak + sudah menetap di Selangor selama 12 tahun + memenuhi syarat lain → anda patut semak kelayakan MamaKerja.✅
Tetapi:
Anda orang Sarawak + baru menetap di Selangor selama 4 tahun → anda mungkin BELUM memenuhi syarat bermastautin lebih 10 tahun.❌
Jadi, perkara pertama yang perlu anda semak bukan:
“Saya orang Borneo, boleh apply ke?”
Tetapi:
“Berapa lama saya sudah bermastautin di Selangor?”
Bagaimana Dengan Syarat Mengundi di Selangor?
Ini satu lagi syarat yang perlu diberi perhatian iaity mengundi di Selangor.
Jadi kalau anda orang Sarawak atau Sabah yang sudah menetap di Selangor lebih 10 tahun tetapi masih berdaftar sebagai pengundi di negeri asal, jangan terus assume anda tidak layak atau terus tukar tempat mengundi tanpa memahami keseluruhan syarat.
Tempoh bermastautin dan tempat mengundi ialah dua perkara yang berbeza. Tukar tempat mengundi juga tidak menggantikan syarat 10 tahun bermastautin.
Sebab itu, kalau anda sedang mempertimbangkan untuk memohon MamaKerja, semak dahulu syarat rasmi yang berkuat kuasa ketika permohonan dibuka.
Quick Check Untuk Working Mom Borneo
Cuba semak diri anda:
☐ Saya berasal dari Sabah/Sarawak
☐ Saya sekarang menetap di Selangor
☐ Saya sudah bermastautin di Selangor lebih 10 tahun
☐ Saya bekerja dan mempunyai majikan
☐ Pendapatan isi rumah saya RM8,000 dan ke bawah
☐ Saya mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak berumur 6 tahun dan ke bawah
☐ Saya mempunyai rekod LHDN atau caruman KWSP
☐ Saya bukan penerima ASUH PINTAR, BINGKAS atau TUNAS
☐ Saya mengundi di Selangor
Kalau anda memenuhi syarat-syarat ini, boleh cuba membuat permohonan MamaKerja apabila dibuka pada 17 Ogos 2026.
Untuk Kita Yang Datang Dari Borneo
Saya rasa persoalan ini penting sebab ramai antara kita datang ke Semenanjung untuk bekerja. Kita mungkin asalnya datang dengan niat:
“Kerja beberapa tahun saja.”
Tetapi beberapa tahun kemudian, kita masih di sini.
Kerjaya berkembang.
Kita berkahwin.
Ada anak.
Anak membesar di sini.
Dan akhirnya Selangor menjadi sebahagian daripada kehidupan kita.
Jadi kalau anda seorang working mom dari Sabah atau Sarawak yang sudah lama menetap di Selangor, jangan terus anggap bantuan negeri ini bukan untuk anda hanya kerana anda bukan kelahiran Selangor.
Semak kelayakan anda satu per satu.
Kesimpulan
Jadi, boleh ke working mom dari Borneo mohon MamaKerja Selangor?
Boleh jadi boleh, jika memenuhi syarat yang ditetapkan.
Untuk MamaKerja 2026, status sebagai orang Sabah atau Sarawak bukan satu-satunya penentu. Bagi bukan kelahiran Selangor, perkara penting yang perlu diperhatikan ialah tempoh bermastautin di Selangor lebih 10 tahun, selain syarat mengundi di Selangor dan syarat-syarat lain.
Jadi jangan terus fikir:
“Saya orang Borneo, confirm tak layak.”
Semak dahulu. Mungkin anda sebenarnya memang memenuhi syarat. Dan kalau anda layak, apply saja. Tak salah untuk kita sebagai working mom mencari dan menggunakan bantuan yang memang disediakan untuk kita.
Nota: Maklumat ini berdasarkan syarat MamaKerja 2026 yang tersedia setakat 10 Ogos 2026. Syarat dan dokumen boleh tertakluk kepada perubahan atau pengesahan semasa permohonan dibuka. Sila semak saluran rasmi MamaKerja/Kerajaan Negeri Selangor sebelum membuat permohonan.
Source: https://ewarta.my/mamakerja-bantuan-ibu-bekerja-selangor-rm1000/

0 comments