Perjalanan Borneo Working Mom: Dari Artikel Pertama Hingga 10,000++ Monthly Views


Sempena saya telah mencapai milestone 10,000++  page views bulan ini, saya nak kongsikan cerita mengenai blog saya. Saya percaya setiap blog ada ceritanya. (Ada orang lagi ke tulis dlm blog mcm sy? 🤣🤣)

Walaupun sekarang blog bukanlah pilihan utama orang nak bersosial di alam maya tetapi saya masih suka menulis dalam blog sbb saya rasa hati senang dan segala fikiranku menjadi ringan.

Kali ini, saya nak bercerita bagaimana Borneo Working Mom bermula dengan satu artikel dan berkembang sedikit demi sedikit sehingga mencapai 10,000 monthly views malah lebih dari itu! Saya telah mencapai 31,000 page views this month. Lebih dari yang saya target ☺️


Jika ini kali pertama anda singgah ke Borneo Working Mom, selamat datang! 

Nama saya Estelle Paya Roni, tetapi ramai yang mengenali saya sebagai Aya.

Saya berasal dari Sarawak, berkahwin dengan orang Sabah, dan kini menetap di Semenanjung Malaysia. Saya seorang working mom di KL dan suka menulis pengalaman sebagai Borneo working Mom di Malaysia dalam blog dan substack.

Ramai yang bertanya kepada saya,

"Kenapa nama blog ini Borneo Working Mom?"

Jawapannya senang saja, kerana saya orang Borneo dan kehidupan saya sebagai working mom. Dua perkataan ini paling dekat di hati saya.

Bagaimana Semuanya Bermula?

Semuanya bermula pada 29 Februari 2024, dimana saya telah resigned dari tempat kerja dan sedang menunggu offer letter utk pekerjaan baru saya di Borneo(Sabah). 

Time saya menunggu tu, tercetuslah idea utk buat blog yang saya nak dedikasikan kehidupan saya sebagai working mom di Borneo nanti. Itu tujuan awal sebenarnya. Tapi dalam masa yang sama, saya pun terfikir kalau tak jadi dapat kerja di Borneo pun saya masih akan guna nama yang sama tetapi tujuan dia, saya nak kongsikan kehidupan saya sbg orang Borneo di Semenanjung Malaysia. So, boleh guna kalau saya berada dimana-manalah.

Sepanjang saya menulis blog ini, ramai rakan-rakan working mom comments sama ada di social media saya yang penulisan saya memberi semangat baru kepada mereka dan dari situ saya rasa tidak sia-sia saya meluangkan masa untuk menulis disini. Saya gembira saya memberi impak yang baik kepada kehidupan orang lain.

Saya juga tidak menyangka suatu hari nanti blog ini akan mencapai 10,000 monthly views.Walaupun saya memang target milestone ni tapi tiap kali tengok monthly statistic, ada juga rasa patah semangat tpi saya terus memilih untuk teruskan menulis saja walaupun saya tak tau orang baca ke idok? hahah

Saya cuma mahu mempunyai satu ruang untuk menulis, dimana satu ruang yang boleh saya panggil "rumah" di internet. Boleh dikatakan, blog ni merupakan my safe space dimana saya boleh menulis apa saja yang saya ingin sampaikan. Disinilah saya berkongsi cerita, pengalaman dan pembelajaran sepanjang menjalani kehidupan sebagai seorang wanita bekerjaya.


Kenapa Saya Memilih Nama "Borneo Working Mom"?

Saya dilahirkan dan dibesarkan di Sarawak. Walaupun kini tinggal di Semenanjung Malaysia, Borneo sentiasa menjadi sebahagian daripada diri saya.

Budaya.

Makanan.

Bahasa.

Cara hidup.

Semuanya membentuk siapa saya hari ini.

Saya juga percaya masih banyak kisah dari Sabah dan Sarawak yang belum diketengahkan. Nantikan ya ☺️

Melalui blog ini, saya ingin memperkenalkan keunikan Borneo kepada lebih ramai pembaca, sambil berkongsi realiti kehidupan seorang ibu yang bekerja sepenuh masa.

Itulah sebabnya lahirnya nama Borneo Working Mom.


Apa Yang Anda Akan Temui Di Blog Ini?

Sepanjang dua tahun ini, Borneo Working Mom berkembang menjadi lebih daripada sekadar blog peribadi. Di sini, saya berkongsi pelbagai topik berdasarkan pengalaman sebenar.

Kehidupan Sebagai Working Mom

Mengimbangi kerjaya, keluarga dan masa untuk diri sendiri bukan sesuatu yang mudah. Saya berkongsi pengalaman sebenar, cabaran dan perkara yang saya pelajari sepanjang perjalanan ini.


Kerjaya & Dunia Pekerjaan

Dengan pengalaman lebih sedekad dalam bidang IT, saya suka berkongsi cerita tentang kerjaya, pembelajaran baharu dan kehidupan di tempat kerja.

Bukan untuk mengajar.

Tetapi untuk berkongsi pengalaman yang mungkin boleh membantu orang lain.


Parenting

Membesarkan anak saya Karl adalah antara pengalaman paling bermakna dalam hidup saya.Blog ini menjadi tempat saya menyimpan kenangan, berkongsi pengalaman sebagai ibu dan meraikan setiap fasa membesarkan anak.

Suatu hari nanti, saya berharap Karl juga dapat membaca kisah-kisah ini.


Makanan Malaysia

Saya suka mencuba makanan baharu.Terutamanya makanan dari Sabah, Sarawak dan tempat-tempat menarik di Malaysia.Kalau anda mencari cadangan tempat makan atau makanan Borneo, mungkin anda akan menemui sesuatu di sini.


Lifestyle & Produk Pilihan

Saya bukan beauty influencer. Tetapi apabila saya benar-benar menyukai sesuatu produk, saya suka berkongsi pengalaman menggunakannya.

Daripada kasut kerja yang selesa sehinggalah kepada lipstick yang menjadi "go-to" setiap hari, saya hanya berkongsi produk yang saya sendiri gunakan.


10,000 ++ Monthly Views... Tetapi Itu Bukan Cerita Sebenarnya

Apabila melihat statistik blog semakin meningkat, sudah tentu saya gembira.

Tetapi jika saya jujur...

Angka itu bukan perkara yang paling membanggakan.

Apa yang lebih bermakna ialah apabila seseorang meninggalkan komen,

"Artikel/blog post ini membantu saya atau memberi saya kekuatan utk melangkah kembali."

Atau apabila seorang pembaca berkongsi bahawa mereka boleh memahami apa yang saya lalui. Bagi saya, itulah sebab saya masih terus menulis.


Apa Yang Saya Pelajari Sepanjang Membina Blog Ini

Kalau ada tiga perkara yang paling saya pelajari, inilah jawapannya.

❤️ Menulis dengan jujur dari hati akan selalu memberi impak yang positif kepada kehidupan orang lain, tak perlu menulis dgn sempurna tp scr ikhlas dah cukup.

❤️ Konsisten sangat-sangat penting! Tak kira apa juga mood atau tengok mcm takda apa2, teruskan buat! Kalau betul-betul suka buat tu, mesti juga konsistent.

❤️ Apabila kita menulis untuk membantu orang lain, pembaca akan datang dengan sendiri.

Saya masih belajar.

Masih memperbaiki cara penulisan.

Masih mencuba idea-idea baharu.

Tetapi saya suka menikmati setiap proses itu.


Terima Kasih Kerana Menjadi Sebahagian Daripada Perjalanan Ini

Saya benar-benar bersyukur.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Terima kasih kerana berkongsi artikel-artikel saya.

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan Borneo Working Mom.

Saya berharap blog ini akan terus menjadi ruang yang memberi inspirasi, berkongsi pengalaman dan mengingatkan kita bahawa kehidupan sebagai seorang working mom mungkin mencabar, tetapi ia juga penuh dengan cerita yang indah. 

Doakan saya benar-benar menjadi seorang penulis yang berjaya suatu hari nanti ya ❤️☺️


Celebrating Little Joys

Apabila saya melihat kembali perjalanan ini, saya sedar bahawa kebahagiaan bukan hanya terletak pada angka. Ia terletak pada setiap artikel yang berjaya disiapkan selepas waktu kerja, pada setiap komen yang ditinggalkan oleh pembaca, pada setiap mesej yang mengatakan,

"Saya suka membaca blog awak."

Dan mungkin...

Itulah sebab sebenar saya masih menulis sehingga hari ini.

Satu artikel.

Satu cerita.

Satu langkah pada satu masa.

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. 

Jumpa lagi dalam artikel seterusnya.❤️ 

0 comments