Cara Kecil Menghargai Diri Sendiri: Pakai Lotion Kesukaan

Hari tu kan, ada seorang anak gadis lalu/limpas saya, punya wangi dan lepas tu, saya macam tersedar macam lama sudah tak wangi-wangi begitu hahhaa

Sejak menjadi seorang isteri dan ibu, saya sedar kita selalu meletakkan keperluan orang lain di hadapan, takda masa dah nak wangi-wangi. Yang penting anak wangi, semua keperluan rumah dah diuruskan,  terus ke tempat kerja sebab ada lagi kerja perlu diselesaikan dan macam-macam urusan lagi lah. Tanpa sedar, kita terlupa untuk menjaga diri sendiri.

Bagi saya, menghargai diri sendiri tidak semestinya bermaksud pergi bercuti atau membeli barang yang mahal. Kadang-kadang, perkara yang paling kecil pun sudah cukup untuk membuat hati rasa lebih tenang.

Salah satu rutin kecil yang saya suka ialah memakai lotion kegemaran setiap pagi dan malam sebelum tidur.


Saya ada kongsikan lotion yang saya selalu pakai dalam video TikTok di bawah.

@estelle.bwm

Cari lotion sedap bau? Ni dia

♬ original sound - estelle.bwm


Saya memang suka menggunakan lotion daripada Bath & Body Works ni. Selain membantu melembapkan kulit, baunya membuatkan saya rasa lebih segar dan bersemangat untuk memulakan dan menutup hari. Tapi kan, bukan saya mau kamu beli lotion ni juga, ikut kemampuan dan preference kamu sendiri ya. Yang penting kamu suka bau dia dan menyebabkan kamu rasa bersemangat.

Selalunya, saya memang akan angkut lotion ni kemana-mana, sebenarnya saya ada 3 hahahaaa. Ketika sedang sibuk di pejabat, saya suka hidu bau lotion pada tangan sendiri. Automatik saya akan tersenyum kecil. Bunyinya mungkin remeh, tetapi saat-saat kecil seperti ini benar-benar boleh menceriakan hari.

Bagi saya, menjaga diri bukan tentang menunjuk kepada orang lain. Ia adalah cara kita mengingatkan diri bahawa kita juga penting.

Kalau hari ini anda rasa penat atau terlalu sibuk, cuba luangkan beberapa minit untuk diri sendiri. Pakai lotion yang anda suka, nikmati baunya, dan mulakan hari dengan hati yang lebih ceria.

Kadang-kadang, kebahagiaan datang daripada perkara yang paling sederhana.

Apa pula perkara kecil yang anda lakukan untuk menghargai diri sendiri? 

Kongsikan di ruangan komen. Saya pasti setiap daripada kita ada cara yang tersendiri.

0 comments