Walaupun saya bukan Melayu dan bukan Muslim, setiap kali musim Raya tiba saya selalu rasa excited melihat wanita-wanita memakai baju kurung yang cantik. Dari segi potongan, warna, hingga kain yang flowy, semuanya nampak sangat elegan.
Bagi saya, baju kurung adalah antara pakaian tradisional paling anggun di Malaysia.
Baju Kurung Buat Wanita Nampak Sangat Feminin
Apa yang saya paling suka tentang baju kurung ialah ia membuat seorang wanita nampak sangat lembut dan feminin.
Potongannya sopan tetapi masih nampak cantik apabila dipakai. Bila berjalan, kainnya jatuh dengan sangat graceful. Kadang-kadang baju kurung yang simple pun sudah cukup membuat seseorang wanita nampak classy.
Tidak perlu pakaian yang terlalu fancy untuk nampak cantik. Baju kurung yang simple pun boleh memberi aura yang sangat elegan.
Menghargai Keindahan Budaya Malaysia
Walaupun saya bukan bangsa Melayu, tetapi saya sangat menghargai kecantikan baju kurung dan sebagai rakyat Malaysia, saya mahu menghargai budaya Malaysia memakai baju kurung.
Malaysia adalah negara yang sangat kaya dengan budaya. Kita ada pelbagai pakaian tradisional yang sangat cantik seperti baju kurung, cheongsam, sari dan pakaian tradisional dari Sabah dan Sarawak.
Memakai baju kurung bagi saya bukan bermaksud mengambil budaya orang lain tetapi lebih kepada menghargai keindahan budaya tersebut.
Malah sekarang ramai wanita dari pelbagai kaum di Malaysia yang selesa memakai baju kurung kerana ia sopan, selesa dan sesuai untuk pelbagai majlis.
Excited Menunggu Baju Kurung Baru
Baru-baru ini saya ada membeli dua baju kurung yang sangat cantik.Macam biasa saya beli di TikTok sebab murah kan hehee
Sejujurnya saya rasa sangat excited menunggu parcel sampai. Walaupun nampak macam perkara kecil, tetapi perasaan menunggu baju yang kita suka memang boleh buat kita rasa happy.
Kadang-kadang perkara kecil seperti ini boleh memberi sedikit kegembiraan dalam kehidupan kita sebagai wanita.
Saya suka perasaan feminin bila memakai baju kurung. Ia membuat saya rasa lebih confident dan lebih menghargai diri sendiri.
Baju Kurung Pilihan Saya
Kalau anda juga sedang mencari baju kurung yang simple tetapi nampak feminin, saya kongsikan baju kurung yang saya beli di sini:
Saya memang tidak sabar menunggu parcel sampai dan cuba baju ini nanti! Nantikan tauuu... saya akan kongsikan! Harap-harap sampai sebelum Hari Raya so boleh pakai semasa Raya nanti,so boleh menikmati vibes Hari Raya nanti hehe


0 comments