Bila kita seorang working mom, kita bukan hanya bawa laptop ke pejabat, kita bukan hanya ke office untuk bekerja semata-mata tetapi kita juga bawa emosi, tanggungjawab dan doa seorang ibu bersama-sama.
Di tempat kerja, ada pelbagai dynamics. Sepanjang lebih 10 tahun saya di dunia pekerjaan, saya dah nampak dan rasa pelbagai dynamics ini. Setiap hari ada saja perbezaan pendapat. Tekanan dari pelbagai arah setiap masa dan seperti tak akan habis, macam dunia nak kiamat dah!
Kadang-kadang kita berada di tengah situasi yang memerlukan kita memilih reaksi dengan bijak. Sebagai working mom, saya belajar satu perkara penting, tenaga emosi itu sangat berharga.Kalau di pejabat kita terlalu menyerap semua emosi, terlalu cuba menyenangkan semua orang, terlalu ingin menjadi penyeimbang keadaan, apa yang tinggal untuk anak-anak di rumah?
Working mom tak mampu untuk terlibat dalam setiap drama. Jadi, kita perlu memilih di mana kita mahu letakkan fokus dan ketenangan.
Bukan semua perkara perlu dibalas.
Bukan semua cerita perlu diambil tahu.
Bukan semua konflik perlu kita pikul.
Kerana apabila pulang ke rumah, anak-anak tak perlukan ibu yang penat emosi. Mereka perlukan ibu yang hadir dengan hati yang masih penuh. Menjaga profesionalisme itu penting. Tapi menjaga kestabilan emosi diri juga satu tanggungjawab.
Kadang-kadang, menjadi tenang itu lebih kuat daripada menjadi betul.
Sebagai working mom, tenaga kita terhad. Jadi penting untuk tahu bagaimana mengurus suasana kerja tanpa menjejaskan emosi dan keluarga di rumah.
Berikut beberapa perkara yang boleh dijadikan peringatan:
1. Fokus Pada Peranan, Bukan Politik
Datang bekerja untuk melaksanakan tanggungjawab. Tak semua perbincangan memerlukan penglibatan emosi.
2. Jangan Cepat Menyerap Tekanan Orang Lain
Kita boleh empati tanpa mengambil alih beban. Dengar secukupnya, respon secara profesional, dan lepaskan.
3. Elakkan Jadi Penghubung Cerita
Jika ada isu antara pihak, galakkan mereka berbincang secara terus. Kekalkan komunikasi berfakta, bukan beremosi.
4. Pilih Bila Perlu Bersuara
Tidak semua perkara perlu diperbetulkan serta-merta. Nilai keadaan: adakah ia memberi kesan kepada kerja atau sekadar perbezaan pendapat?
5. Jaga Tenaga Emosi Untuk Rumah
Anak-anak dan keluarga memerlukan versi terbaik diri kita. Jangan biarkan tekanan tempat kerja mengurangkan kehadiran kita di rumah.
6. Profesionalisme Itu Kekuatan
Bersikap neutral bukan bermaksud tiada pendirian. Ia bermaksud kita tahu menjaga batas dan integriti.
Working mom bukan hanya mengurus masa, tapi juga mengurus emosi.
Pilih ketenangan. Pilih profesionalisme. Pilih apa yang benar-benar penting.
Saya berharap post kali ini membantu working mom diluar sana termasuk saya dalam menjalani kehidupan lebih tenang di tempat kerja. Jika kamu rasa bermanfaat, jangan lupa share dengan working mom yang lain ya.
See you on next post!

0 comments