28 February 2026 genap 2 tahun saya mula Borneo Working Mom.
Honestly, bila tengok balik… I didn’t start this blog sebab confident pun. I started because I needed a space.
Sebelum ni saya ada blog lain iaitu keriitleto dan niche dia semua zaman-zaman saya muda dulu dan saya nak blog yang niche dia fokus kepada working mom. Time brainstorm nama blog, saya nak ada identiti saya sebagai wanita Borneo dan apa yang saya lakukan dan dari situ tercetuslah nama Borneo Working Mom. Saya focus bangunkan blog ini selepas saya resigned dari tempat kerja lama di KL dan keinginan nak balik bekerja di Borneo tu membuak-buak and I keep praying for it. While waiting next direction from God, I jadikan blog tempat untuk manifest Borneo Working Mom akan menjadi platform dimana saya akan share kehidupan saya sebagai working mom di Borneo nanti or kalau rancangan Tuhan kami masih disini, saya boleh share juga bagaimana kehidupan sebagai Borneo Working Mom di KL. So, saya fikir it will be win-win situation.
Yes, betul Tuhan bagi peluang bagi saya menjadi Borneo Working Mom betul-betul dekat Borneo selama setahun dan sekarang saya jadi Borneo Working Mom in KL so I got both...hehe
For me, Borneo Working Mom adalah,
Space untuk luahkan rasa.
Space untuk process kehidupan sebagai working mom.
Space untuk ingatkan diri sendiri, I am more than just kerja, more than just wife, more than just mama.
Masa mula dulu, saya tak tahu siapa akan baca.
Tak tahu ada orang relate atau tidak.
Tapi saya tahu satu benda, semua posts saya published menguatkan saya sendiri, bagi value kepada sendiri dan saya percaya, di luar sana ada working mom seperti saya pun dapat benda sama. Walaupun saya tak nampak tapi and that was enough.
Kenapa Saya Masih Konsisten?
Sejujurnya, ada banyak kali rasa nak stop. Sebab saya rasa kadang-kadang saya tak berapa jelas apakah end game of this? Apa akhir daripada keep tulis dalam blog, orang dah tak berapa suka baca panjang-panjang, mostly orang pn suka video singkat, cara orang consume apa dalam internet ni dah berubah dan saya juga penat dengan kerja, penat dengan office dynamic, penat dengan mom guilt dan macam-macam lagi.
Tapi, apabila saya fikir balik, kenapa saya start Borneo Working Mom ni?
Apa purpose saya? Apa mission? Apa visi?
Selepas saya jelas dengan apa purpose, mission dan visi saya untuk working mom dan saya nampak positif impact terhadap saya sendiri dan some working moms yang PM, comments serta give feedback kepada saya, saya tahu apa yang saya lakukan sekarang memberi impak positif dan inilah yang saya mahukan dan inilah end game saya untuk blog saya ni.
Saya tak tulis sebab nak viral.
Saya tak tulis sebab nak nampak perfect.
Saya tulis sebab ini real life.
Saya tulis tentang struggle jadi working mom, saya bukan tulis bukan untuk complaints atau share negatif vibes tapi saya mahu diri sendiri serta working moms out there sedar bahawa semua ini adalah normal dan kamu tidak sendirian.
Apa Yang Bezakan Borneo Working Mom?
Blog saya bukan sekadar mom blog.
Bukan sekadar lifestyle blog.
Bukan sekadar cerita corporate.
It’s personal.
Semuanya tentang,
Seorang wanita Borneo yang cuba survive corporate life.
Seorang mama yang admit dia tak selalu kuat.
Seorang isteri yang masih belajar.
Seorang perempuan yang redefine what success means.
Bagi saya, success bukan hanya jawatan atau gaji.
Bagi saya kejayaan sekarang adalah,
Masih bertahan bila rasa nak give up.
Masih jaga keluarga walaupun penat.
Masih jadi diri sendiri walaupun jauh dari kampung halaman.
Apa Yang 2 Tahun Ni Ajar Saya
Consistency beats perfection.
Tak semua post cantik. Tak semua ayat power. But I showed up, every single day!Story kita mungkin biasa, tapi tetap ada nilai.
Working mom life nampak simple dan biasa saja tapi dalamnya penuh pengorbanan dan ramai orang diluar sana boleh belajar dari story kita.Growth itu slow.
Bila baca balik post lama, saya nampak beza. Dulu lebih takut. Sekarang saya rasa lebih tenang.Jangan quit setiap kali rasa penat.
Kadang yang kita perlukan cuma rehat, bukan berhenti.Ada banyak kali rasa nak give up tapi bila fikir panjang sedikit dan fikir masa tenang, saya rasa tidak berbaloi untuk give up! Saya mesti memberi impact positive kepada para working mom out there there...Representation matters.
Wanita Borneo yang bekerja di Semenanjung, kita ada cerita sendiri. Dan cerita itu layak dikongsi.
Untuk Yang Membaca Diam-Diam
Kalau awak silent reader, terima kasih 🤍
Kalau awak wanita Borneo yang sedang bina hidup jauh dari rumah, this space is for you.
Kalau awak working mom yang selalu rasa bersalah tapi tetap cuba yang terbaik, I see you.
Blog ni mungkin bermula dengan saya tapi sekarang ia tentang kita.
2 tahun kemudian…
Saya masih di sini.
Masih menulis.
Masih belajar.
Masih bertumbuh.
Masuk tahun ke-3, saya akan terus kongsi yang real, yang jujur, yang relatable.
Thank you for staying 🤍
Aya of Borneo Working Mom
0 comments