Dalam dua minggu lagi, kita akan meninggalkan tahun 2025.
Bila saya renungkan kembali tahun 2025, sejujurnya tahun ini bagi saya bermula dengan a very rough start . Awal tahun, saya berada dalam kesakitan. Pada mulanya, saya ingat ia hanyalah sakit pundi kencing akibat menahan kencing sepanjang perjalanan travel kami dari Sabah ke Sarawak dan kembali semula ke Sabah. Tetapi saya tidak tahu ketika itu, rupanya ia adalah bom jangka dalam kesihatan saya.
Pada malam tahun baru, sakit itu menjadi sangat teruk sehingga saya langsung tidak mampu bergerak. I couldn’t move at all. I just baring saja, menahan sakit. Saya tidak merayakan tahun baru 2025 dengan baik...
Saya masih ingat dengan jelas, bapa saya berkali-kali menelefon pada malam tahun baru itu. I really wanted to answer his call, tetapi saya tidak mahu bapa melihat saya dalam keadaan begitu. Akhirnya, saya terpaksa ignore panggilannya dan hanya menghantar mesej.
I never knew that would be the last time my dad would say “Happy New Year” to me. 😭😭
Bila difikirkan sekarang, hati saya memang sangat sedih.
Bagi saya, tahun 2025 adalah tahun di mana Tuhan betul-betul membasuh hidup saya. Saya melangkah ke tahun 2025 dengan penuh keraguan dan kebimbangan, sebab saya dimaklumkan oleh manager bahawa kontrak kerja saya tidak akan diperbaharui selepas 31 Mac 2025.Ini akan memberi impak besar dalam hidup saya dan keluarga. Ini akan menentukan sama ada kami akan terus tinggal di Borneo ataupun tidak.
Setiap hari saya berdoa untuk mujizat. I really believed that God would do His miracle and allow us to stay in Borneo.
But God didn’t answer my prayer the way I expected.
Life became even worse.
Pada bulan Februari, saya terpaksa menjalani emergency surgery untuk membuang cyst. Saya diberikan medical leave(MC) selama satu bulan, dari 16 Februari hingga 16 Mac. Namun, saya tidak mengambil cuti penuh kerana saya masih berharap dengan menunjukkan komitmen terhadap kerja, mungkin mereka akan mengubah keputusan dan memperbaharui kontrak saya seperti yang pernah dijanjikan sebelum ini. Dalam masa yang sama, saya juga perlu bekerja untuk supaya saya boleh membayar semua komitmen kewangan seperti biasa.
Jadi, saya hanya MC sehingga hujung Februari dan menguatkan diri untuk kembali bekerja pada bulan Mac. Itu adalah antara keputusan paling berat dalam hidup saya.Syukur saya bekerja secara hybrid jadi tidaklah begitu membebankan saya untuk pergi bekerja di office.
Dalam tempoh ini, iman saya betul-betul diuji. Saya memohon banyak pekerjaan dan menghadiri beberapa interview kerana sudah tiada langsung tanda-tanda kontrak saya akan diperbaharui. Namun malangnya, kebanyakan permohonan berakhir dengan ghosting, dan saya tidak menerima sebarang tawaran walaupun selepas kontrak saya tamat.
Saya sangat sedih, tetapi saya tetap cuba sedaya upaya untuk bertahan dalam iman. Saya percaya Tuhan pasti ada jalan dan Tuhan pasti akan membuatkan kami kekal di Sabah kerana Dialah yang membawa kami ke sini. That was our prayer every night.
Kemudian datang April 2025.
Saya menjadi jobless.
Saya menjadi stay-at-home mom tanpa kerelaanku, dengan terlalu banyak keraguan dan kebimbangan dalam kepala. Pada masa ini, saya mula rasa iman saya semakin goyah. Dari luar, saya mungkin kelihatan baik-baik sahaja, tetapi di dalam, hati saya sudah menjadi keras. I was losing my faith sebab semua pekerjaan yang saya applied di Sabah, kebanyakan ghosting dan juga tidak boleh lepas nak memberi gaji yang saya expected.
Selepas hari jadi suami saya, kami akhirnya membuat keputusan untuk pulang ke rumah kami di Kajang dan kembali bekerja di Semenanjung dan kebetulan kami memang sudah beli flight ticket ke KL sebab anak kami ada yearly checkup di Hospital KL, kami tidak pindahkan appointment ini ke Sabah. Ini adalah keputusan paling sukar yang saya buat sepanjang tahun ini. Saya berasa sangat kecewa dan marah kepada Tuhan selama beberapa minggu. Saya sempat menjauhkan diri daripada-Nya.
Saya tidak mahu berdoa, tetapi dalam kesakitan emosi yang saya alami, saya tetap perlu bercakap dengan Tuhan. Setiap kali saya cuba berdoa, saya hanya menangis tanpa kata. Ada masa saya rasa Tuhan diam, dan saya sangat struggle untuk teruskan hidup.
Kemudian, datang berita yang paling menyakitkan.
Adik saya menelefon dan memberitahu bahawa bapa tidak sihat. Sebagai perantau, ini adalah berita yang sangat-sangat menakutkan dan ini menjadi sangat-sangat menyedihkan kerana saya tiada pekerjaan disaat ini dan nak balik kampung mesti kena beli flight ticket.Saya betul-betul buntu disaat ini, suami dah menanggung semua dan saya tahu dia juga tidak mampu membeli flight ticket utk saya balik time ni. Syukur ada kawan baik saya,Maznee yang membantu! Saya akan ingat ini sampai bila-bila. Dia nilah kawan saya yang sudi menghulurkan tangan disaat saya betul-betul jatuh.
Sebelum adik saya bagitau bapa saya tidak sihat, saya selalu bervideo call dengan dia. Saya sedaya upaya cuba menyembunyikan kesedihan dan kebimbangan saya selepas kehilangan pekerjaan tetapi hati bapa sangat kuat, bapa saya mengetahui saya dalam keadaan macam mana. Pada satu ketika, saya akhirnya rebah dan jujur kepadanya, saya bagitau dia, hidup saya sangat sukar ketika ini, saya rasa seperti kehilangan segalanya, dan iman saya juga goyah.
Bapa berkata, jika dia masih sihat, dia pasti akan membantu saya. Sekurang-kurangnya saya tidak akan terlalu risau dan hidup saya tidak akan sesukar ini. Kata-kata itu benar-benar menghancurkan saya dari dalam.Saya bagitau dia, saya ada suami yang bertanggungjawab untuk keluarga kami dan bapa tidak perlu risau dengan saya. Tetapi, saya tahu, hati bapa mana yang tahan apabila mendengar anaknya dalam keadaan tidak baik-baik saja.Saya cuma minta dia, tolong doakan saya supaya kuat menghadapi cabaran hidup ini dan bapa terus sihat.
Disaat ini, saya menangis sekuat-kuatnya. Saya menangis di hadapan anak saya kerana saya tidak mampu menahannya lagi. Anak saya hanya duduk di sisi, memeluk saya dengan tangan kecilnya. Saya tidak pernah membayangkan akan melalui kesukaran sebesar ini bersama anak saya. Hati saya benar-benar hancur.
Saya benar-benar rasa hilang harapan.
Kami akhirnya berpindah ke Kajang, ke rumah kami. Ketika itu, saya masih belum bekerja dan aktif mencari pekerjaan. Bayaran rumah tertunggak hampir dua bulan, begitu juga bil-bil lain. Saya rasa seperti tiada tempat untuk pergi dan tiada siapa lagi yang boleh membantu saya.
Namun, pada saat paling gelap itu, Tuhan menghantar orang-orang untuk membantu saya.
Sahabat saya Marina dan Maznee serta keluarga saya, terutamanya mak dan adik saya Elek, menghulurkan tangan disaat saya rasa tiada harapan langsung. Bantuan sahabat dan keluarga ini memberi saya kekuatan dan semangat untuk terus berjuang.
Kemudian datang bulan Mei. Saya sangka dengan masuknya bulan baru, saya akan mendapat tawaran kerja dan ada sinar baru dalam hidup ini.
Namun tidak.
Ujian belum berakhir. Ujian bulan Mei benar-benar menjatuhkan saya ke lowest point dalam hidup saya.Saya betul-betul tersungkur....
Bapa saya meninggal dunia.
Bapa pergi meninggalkan kami sekeluarga dan ketika saya masih berada dalam keadaan struggle. Apabila adik meminta saya pulang ke kampung untuk melihat bapa, saya sudah dapat merasakan itu mungkin kali terakhir saya dapat melihat dan menyentuh bapa. Namun saya tetap berdoa bersungguh-sungguh agar Tuhan melakukan mujizat. Namun, akhirnya, saya terpaksa akur dengan rancangan Tuhan. Apabila bapa saya meninggal, saya rasa dunia saya berhenti seketika.Saya betul-betul kecewa dan sedih... Saya menangis seharian... Sepanjang hidup saya, inilah moment yang saya ingat paling sedih dalam hidup. Saya ingat moment saya kecewa dalam percintaan dulu lah paling sedih tetapi inilah paling sedih saya rasakan. Menangis seharian sehingga menjadi sakit. Syukur husband saya sampai the next day.
Saya tidak pernah sangka bapa saya akan meninggal disaat saya begitu struggle dalam hidup ini. Saya tahu kematian itu adalah pasti dan sebelum ni, saya selalu mengingatkan diri supaya tidak terlalu sedih, saya akan kuat menghadapi kematian salah satu orang tua saya tetapi di hari kejadian, kesedihannya yang teramat dan terdalam, kesedihan yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Disaat kekecewaan dan kesedihan yang teramat ini, hanya Tuhan saya harapan saya. Saya meluahkan segala-galanya kepada Tuhan dan suami juga banyak menguatkan saya. Suami saya mendoakan dan menenangkan saya disaat saya sejujurnya rasa tak sanggup untuk terus melangkah dalam hidup ini tetapi saya ada keluarga kecil yang mengharapkan saya bangkit kembali.
Jadi, saya cuba bangkit perlahan-lahan...
Untuk urusan rumah, saya menghubungi pihak bank dan berunding untuk menurunkan bayaran bulanan selepas kehilangan pekerjaan. Saya sangat bersyukur kerana permohonan itu diluluskan.
Kemudian datang bulan Jun.
Bekas Test Lead/Supervisor saya di TNB menghantar DM kepada saya di Instagram dan memberitahu bahawa ada kekosongan dalam team dia. Dia bertanya sama ada saya mahu mencuba. Oleh kerana saya memang aktif mencari kerja ketika itu, saya mengambil peluang tersebut. Syukur kepada Tuhan, interview berjalan lancar dan saya diterima bekerja, walaupun perlu menunggu sedikit masa. Saya okay dengan itu.
Dalam tempoh menunggu tersebut, saya mula memperbaharui hubungan saya dengan Tuhan dan embrace the moment. Pada masa yang sama, saya mencuba semula untuk memohon bantuan Perkeso(EIS) selepas pernah ditolak sebelum ini. Kali ini, permohonan saya diluluskan dan saya menerima bayaran selama lima bulan.
Bila saya menoleh ke belakang hari ini, satu perkara yang saya sangat pasti, Tuhan sentiasa bersama saya. Hidup saya pada tahun 2025 penuh dengan tribulation, tetapi penyertaan Tuhan sangat luar biasa. Tanpa pertolongan-Nya, saya mungkin tidak mampu bangkit semula dan mengumpul kekuatan untuk meneruskan hidup.
Pelajaran terbesar yang saya pelajari ialah hidup ini penuh cabaran, tetapi semuanya sementara. Jangan berputus asa. Teruskan melangkah dan terus berdoa. Apabila iman terasa semakin pudar, tetaplah berdoa. Tidak tahu apa yang hendak diucapkan juga tidak mengapa, Tuhan tetap mendengar.
Saya tidak tahu sampai bila saya akan hidup, tetapi saya mahu hidup saya memberi impak yang baik kepada orang lain. Saya mahu dikenang sebagai seorang sahabat yang baik, seorang yang penuh iman dan hidup melalui tindakan. Saya bukan manusia yang sempurna, saya juga mempunyai kelemahan, tetapi saya mahu cuba menjadi lebih baik setiap hari, memberi yang terbaik dalam apa sahaja yang saya lakukan dan kekal setia, tidak kira ke mana hidup ini membawa saya.
Saya mahu hidup dengan hati Yesus sebagai DNA dan legasi hidup saya. 🤍

0 comments