Pernah dengar PERKESO?
Pernah dengar skim EIS?
Semua pekerja di Malaysia ni harus tahu mengenai PERKESO sebab setiap bulan mesti ada potongan dalam gaji dan saya rasa ramai dah pekerja di Malaysia tahu tentang skim EIS (Employment Insurance System) di bawah PERKESO iaitu bantuan kewangan sementara bagi mereka yang hilang pekerjaan. Saya ada share mengenai EIS, boleh baca post dibawah:
Cara Apply EIS PERKESO (Elaun Insurans Pekerjaan) – Panduan Lengkap Berdasarkan Pengalaman Saya
Tapi, tak ramai yang tahu bahawa ada satu lagi manfaat menarik yang ramai terlepas pandang iaitu Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA).
Sebagai seorang working mom yang kehilangan pekerjaan April 2025, saya ada pengalaman bagaimana mendapatkan elaun EBSA. Saya pun baru tahu mengenai elaun ini selepas saya memohon EIS dan pegawai PERKESO memaklumkan saya juga layak untuk memohon EBSA kerana saya mendapat pekerjaan baru semasa saya dalam skim EIS lagi.
Dalam post saya kali ni, saya akan kongsikan secara details mengenai EBSA dan bagaimana memohonnya berdasarkan pengalaman saya. Jadi, teruskan membaca dan jangan lupa kongsikan kepada keluarga dan kawan-kawan yang memerlukan.
Apa Itu Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)?
EBSA ialah bayaran tambahan untuk penerima EIS yang berjaya dapat kerja baru lebih awal, sebelum tempoh tuntutan EIS mereka tamat.
Tujuan elaun ni adalah untuk menggalakkan penerima EIS kembali bekerja secepat mungkin dan sebagai ganjaran, mereka akan menerima bayaran tambahan daripada PERKESO.
Macam kes saya, saya menerima EIS bermula bulan Ogos 2025 dan saya mendapat pekerjaan baru di bulan September 2025, jadi saya masih penerima EIS semasa saya mendapat pekerjaan baru. Disebabkan itu, saya juga layak untuk memohon EBSA ni.
Berdasarkan pengalaman saya, EBSA ini boleh dipohon selepas 7 hari mendapat pekerjaan baru dan dipohon selepas memohon EMP 2. Yang ni kena hati-hati tau! Saya hari tu, terapply EBSA sebelum EMP 2, saya dah tak ikut proses yang betul jadi tak boleh proceed bayaran EMP 2 saya. Jadi, kena menunggu pengawai Perkeso reject pemohonan EBSA saya dulu, baru saya apply EMP 2 dan selepas itu, baru apply EBSA. Kedengaran rumit kan tetapi senang je sebenarnya.
Ringkasannya:
EMP 1 >>> Mendapat pekerjaan baru >>> EMP 2 >>> EBSA
Note:
EMP 1 --> Auto masuk akaun bank.
EMP 2 --> Dipohon secara manual mengikut steps yang telah diberikan dan mesti kena selepas 30 hari EMP 1.
EBSA --> Dipohon selepas mendapat pekerjaan semasa masih mendapat elaun EIS dan dipohon selepas EMP 2.
✅ Syarat Kelayakan EBSA
Untuk layak dapat Elaun Bekerja Semula Awal, anda perlu:
Sedang menerima Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) di bawah EIS.
Berjaya mendapat kerja baru sebelum tempoh tuntutan tamat.
Maklumkan kepada PERKESO tentang pekerjaan baru anda.
Tidak menolak tawaran kerja yang sesuai semasa dalam tempoh program penempatan semula kerja (jika ada).
Berapa Jumlah Elaun?
Jumlah EBSA yang anda akan terima ialah 25% daripada baki Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) yang belum dibayar.
Contohnya, kalau baki EMP anda RM2,000, anda akan dapat RM500 sebagai ganjaran Elaun Bekerja Semula Awal. (Semua tertakluk kepada semakan dan syarat semasa PERKESO ya!)
Kenapa EBSA Ni Penting?
1. Motivasi untuk bangun semula : Apabila tahu ada ganjaran kalau cepat dapat kerja, semangat kita pun meningkat!
2. Tambahan kewangan : Walaupun kecil, elaun ni boleh bantu tampung perbelanjaan bila mula kerja baru.
3. Bukti kerajaan sokong pekerja : Sistem EIS bukan sekadar bantu masa susah, tapi bantu kita bangkit semula.
Cara Mohon EBSA
Penutup
Jadi kalau anda atau kawan anda sedang terima EIS dan baru dapat kerja semula, jangan lupa maklumkan kepada PERKESO untuk tuntut Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)!
Rezeki dah datang cepat, elaun pun datang sekali. Win-win kan?
Jika kamu ada pertanyaan mengenai EIS atau EBSA ni, boleh comment di Instagram saya(@borneoworkingmom) atau boleh comments dibawah juga.
Saya harap post ini membantu anda.

0 comments