#LocalLoveTuesday : Sometimes Asian Designer Mandu Bag

Saya mula kenal jenama Sometimes Asian Designer sejak beberapa tahun lepas, masa tu mereka baru naik. Saya ada 3 bags from Sometimes Asian Designer ni yang saya simpan dengan baik. Saya suka bags from Sometimes Asian Designer sebab first impression saya memang positif, design yang simple tapi nampak classy.

Salah satu kenangan manis dengan jenama ni adalah semasa saya nak berhenti kerja di Sony dulu, kawan baik saya, Fatinah, hadiahkan saya sebuah beg Sometimes sebagai farewell gift. Sampai sekarang saya masih simpan, bukan saja sebab kualiti beg tu tahan lama, tapi juga kerana nilainya yang sentimental.

Baru-baru ni saya suka pula tengok Mandu Bag, salah satu koleksi popular dari Sometimes. Saya first tengok dalam TikTok dan saya terus rasa jatuh cinta! Dari segi rupa, Mandu Bag ni ada gaya clean dan minimalist yang memang timeless. Material dia lembut tapi tahan lasak, jadi tak risau cepat lusuh.

Saya suka sangat dengan saiznya – just nice. Muat wallet, phone, kunci, makeup kecil, dan masih ada ruang untuk barang tambahan tanpa rasa bulky. Yang paling penting, beg ni versatile. Nak pakai ke office boleh, nak guna masa weekend outing pun sesuai.

Apa yang buat saya suka Mandu Bag:

  • Design minimal tapi tetap elegan

  • Material berkualiti, rasa premium

  • Saiz praktikal, muat essentials

  • Versatile: sesuai untuk kerja, jalan-jalan atau dinner

Bagi saya, Mandu Bag ni melengkapkan lagi koleksi Sometimes saya. Ia bukan sekadar beg, tapi juga satu pelaburan untuk gaya yang timeless.


Tips:

Jika kamu suka Mandu Handbag ni, boleh tengok LIVE Sometimes Asian Designer setiap hari dan dapat harga yang affordable.

Saya ada buat video TikTok sharing about this beautiful handbag, boleh tengok dibawah ya


@estellepayaroni Return our books that we borrow from library last month. Bag from @Sometime By Asian Designers ♬ original sound - estellepayaroni

0 comments