Life Story: 6 Bulan Tinggalkan KK: Dari Rindu Jadi Pengajaran Hidup


Pejam celik, pejam celik… dah 6 bulan kami tinggalkan Kota Kinabalu (KK). Cepat betul masa berlalu. Sebenarnya, saya dah lama duduk di Semenanjung ni, sejak 2007 saya menjejak kaki disini. 2007 sampai 2011 study, 2011 sampai 2024 bekerja. Di tahun 2024, saya mendapat peluaang pekerjaan di KK, Sabah dan ingatkan balik for good dah tapi rezeki bekerja disana hanyalah setahun saja. Setahun duduk sana memang lain rasanya, macam adventure baru dalam hidup.


Hidup Setahun di KK

KK bagi saya banyak memori indah. Pemandangan laut, Gunung Kinabalu yang megah, makanan yang sedap (seafood murah, sedap dan segar), orang-orangnya yang ramah dan dekat dengan keluarga sebelah suami. Saya rasa selesa dan dalam masa sama, saya juga mempelajari macam mana kehidupan orang Sabah sebenarnya. Walaupun saya berkahwin dengan orang Sabah tetapi saya masih lagi belum kenal Sabah sepenuhnya. Dengan peluang ini, saya terus belajar dan memahami macam mana kehidupan orang-orang Sabah.

Setahun di KK khususnya memberi saya pengalaman tersendiri macam mana bekerja bersama orang-orang Borneo yang sama macam saya. Pengalaman yang pasti saya tidak akan lupakan sampai selama-lamanya.

Rezeki untuk terus bekerja di Sabah tidaklah panjang. Sedih memang sedih tetapi kehidupan masih diteruskan dan tidak payah sedih-sedih mengenangkan semua yang tidak berlaku seperti yang diinginkan.


April 2025: Balik Semula ke Kajang

Bila kontrak kerja saya tak disambung April lepas, saya rasa memang dah sampai masa balik semula ke Semenanjung. Jujur, hati saya memang nak balik sini juga. Sebab sudah ada rumah disini, semuanya familiar dan saya nak anak saya juga mendapat peluang lebih baik dari saya. Jika dilihat dari perspektif keluarga, sedih jugalah nak meninggalkan keluarga besar sebelah suami dan juga mak saya belum sempat datang tengok tempat kami di KK pun, sudah pindah balik Semenanjung. Semasa kemas barang dan tinggalkan rumah kat KK tu… perghh, berat juga hati. Macam tinggalkan satu bab penting dalam hidup.


6 Bulan Kemudian, Apa Saya Rasa?

Sekarang, dah setengah tahun berlalu. Perasaan saya bercampur-baur:

  • Rindu – Makanan Sabah, suasana santai, dan orang-orangnya. Kadang tu, rindu dia datang tiba-tiba.

  • Lega – Balik sini rasa lebih dekat dengan segala kemudahan, lebih familiar. Semua benda senang nak cari, tak perlu adjust banyak.

  • Semangat baru – Walaupun kerja tak sama macam dulu, saya anggap ni peluang baru. Masa untuk bina semula plan hidup, fokus pada keluarga, dan teruskan misi Borneo Working Mom saya.


Belajar Terima Perubahan

Apa yang saya sedar lepas semua ni, hidup ini memang penuh dengan plot twist(kejutan). KK akan selalu ada tempat istimewa dalam hati saya, tapi sekarang saya nak fokus pada apa yang ada di depan mata. Rumah sebenar tu bukan semata tempat, tapi di mana hati kita boleh rasa tenang.


Buat Anda yang Tengah Lalui Perubahan

Kalau anda yang baca ni pun tengah lalui fasa perubahan, pindah tempat, tukar kerja, atau apa saja, percayalah, rasa serba tak kena tu normal. Ambil masa untuk sesuaikan diri. Rindu tu pasti ada, tapi jangan lupa tengok peluang baru yang mungkin terbuka depan mata. Kadang-kadang, perubahan yang kita tak rancang tu lah sebenarnya jalan untuk kita jadi lebih kuat.


Jadi, itu lah sedikit luahan hati lepas 6 bulan tinggalkan KK. Rindu tetap ada, tapi saya percaya setiap perjalanan ada hikmahnya. Kalau anda pun pernah lalui situasi yang sama, kongsilah di komen, saya nak dengar juga pengalaman anda.

0 comments