Kalau sebut Bario Highlands di Sarawak, ramai akan teringat pada beras Bario, garam bukit atau suasana kampung di tanah tinggi yang tenang dan sejuk. Tapi ada satu lagi khazanah Bario yang tak boleh dilupakan iaitu Nanas Bario.
My First Time Makan Nanas Bario
Saya sendiri baru pertama kali merasa nanas Bario ni bulan lepas(oopss! malu i as Sarawakian nak sebut ni hehe). Amy, cousin saya yang bekerja di Bario datang KL dan bawakan ole-ole nanas bario, garam bukit, lada putih dan keropok ubi untuk saya. Nanas Bario ni dari luar nampak kecil dan sederhana saja, macam nanas yang biasa kita tengok tapi bila dibelah… fuh, terus telan air liur!
Bila saya gigit, memang betul kata orang, nanas ni sangat manis, juicy dan langsung tak tajam di lidah. Terus jatuh cinta pada gigitan pertama.
Kenapa Nanas Bario ni unik?
Nanas Bario ditanam di tanah tinggi lebih 1,000 meter atas paras laut, dengan suhu dingin dan tanah yang subur. Proses pertumbuhannya lebih perlahan berbanding nanas biasa, tapi hasilnya jauh lebih premium. Maklumat ni saya dapatkan daripada pembacaan saya ya, betulkan kalau salah.
Sumber rezeki komuniti Bario
Selain jadi daya tarikan pelancong, nanas ini juga menjadi sumber pendapatan penting kepada komuniti tempatan. Ramai penduduk kampung yang menanam dan menjual terus kepada pelawat. Jadi bila kita beli, bukan saja kita bawa pulang buah yang lazat, tapi juga menyokong ekonomi tempatan.
Cara terbaik menikmatinya
-
Dimakan begitu saja, terus selepas dikupas.
-
Dijadikan jus segar. Memang menyegarkan dalam udara sejuk Bario.
-
Kalau rajin, boleh dibuat jem atau dimasukkan ke dalam salad buah.
Kenapa must-try bila ke Bario
Trip ke Bario memang tak akan lengkap tanpa rasa sendiri manisnya Nanas Bario. Ia bukan sekadar buah, tapi pengalaman rasa yang membawa kita dekat dengan keunikan Bario.
Jadi kalau ada peluang jejak kaki ke Bario Highlands, pastikan anda beli dan cuba sendiri Bario Pineapples. Trust me, once you try, you’ll never forget the sweetness!
Now, I put Bario on my travel wishlist! Bilalah ini akan terjadi ya...heheee
0 comments