Mesti pernah baca kan satu ayat ni, hidup ini ibarat roda. Kadang kita dibawah, kadang kita diatas.
Ya, betul. Hidup ini tidak selamanya indah. Ada masa kita diuji dengan perkara yang tidak pernah kita sangka.Saya paling suka baca Pengkothbah dlm Firman Tuhan/Bible kerana semuanya menceritakan tentang kehidupan kita sebagai manusia di dunia ini.
Tahun berganti tahun, cabaran hidup memang sentiasa ada dan ada musim-musim kehidupan. Tetapi, pada tahun ini, saya rasa tahun paling sukar selama saya hidup. Saya kehilangan pekerjaan pada April 2025, saya rasa kecewa, sempat lost dan tertanya-tanya apa langkah seterusnya. Belum sempat saya rasa nak bangkit dari kekecewaan, bapa saya pula pergi untuk selama-lamanya. Waktu itu, saya rasa dunia saya terasa begitu gelap.Saya selalu ingat saya akan kuat menghadapi kenyataan macam ini, maksud saya kematian sebab kematian kita memang pasti, cuma tidak pasti bila saja.
Dalam saya bersedih dan kecewa, saya sejujurnya tersungkur tetapi saya tidak mahu tersungkur lama-lama, saya selalu berkata kepada diri sendiri, saya ada Tuhan bersertaku jadi saya harus bangkit untuk hidup bersama Tuhan dan menikmati berkat-berkat yang dia sediakan kpd saya dan keluarga. Tidak cukup dgn ini, saya bersemangat untuk bangkit kerana saya dah berkeluarga especially ada anak yang masih kecil yang masa depannya saya perlu bentuk dan bekerja keras untuk dia supaya segala mimpi-mimpi dia jadi kenyataan.
Dari segi iman, ada ups and downs tetapi saya tetap percaya Tuhan sedang bekerja di belakang tabir.Saya percaya Tuhan sedang memproses saya untuk menjadi insan yang lebih baik, lebih kuat serta wiser untuk menghadapi hidup ini. Saya percaya setiap kesedihan Tuhan pasti memberi pengajaran dan setiap penantian pasti ada jawapan.
Dalam 5 bulan saya diproses, saya just go for it dan bersedia untuk Tuhan memproses saya ke arah lebih baik. Dan, satu demi satu cahaya mula muncul. Anak kami mula bersekolah bulan ini. Pada 8 September, saya kembali bekerja semula. Dan hari ini, kami menerima kereta baharu, selepas beberapa bulan kami meminjam kereta seorang sahabat baik saya, Marina. Saya akan menceritakan specifically pasal ini di post bulan depan.
Bila saya reflect back on what's happening, semua ini berlaku tepat pada waktunya, bukan terlalu awal, bukan juga terlalu lewat.
Bila saya renung kembali perjalanan ini, saya belajar sesuatu: musim sukar tidak datang untuk menghancurkan kita, tetapi untuk membentuk kita menjadi lebih kuat. Dan selepas hujan yang panjang, Tuhan pasti hadiahkan pelangi.
Setelah semua yang berlaku, saya belajar untuk lebih berserah penuh kepada Tuhan. Saya mahu terus melangkah dalam hidup ini dengan berjalan bersama-Nya, kerana hanya bersama Tuhanlah saya mampu melalui semua musim duka mahupun bahagia.
✨ Kepada semua ibu bekerja atau siapa-siapa di luar sana, ingatlah, kita mungkin jatuh, kita mungkin lelah, tetapi jangan pernah berhenti berharap. Perjalanan kita mungkin berliku, tetapi setiap langkah kecil membawa kita lebih dekat kepada masa depan yang indah. Waktu anda juga akan tiba. 💪
0 comments