Borneo Food Recipe : Avocado Smoothie Sabah- Sedap, Creamy & Mudah Dibuat di Rumah

Kalau sebut tentang buah avocado, ramai orang akan teringat guacamole atau salad sihat. Saya dulu pun ingat avocado ni tak mungkin boleh ditanam di Malaysia dan hanya perlu import saja. Tapi kalau anda datang ke Sabah, saya begitu excited ada avocado Sabah Malaysia. Saya suka makan avocado dalam salad, makan macam tu saja dan di Sabah hari tu, saya cuba satu versi yang baru dan tidak boleh dilepaskan iaitu avocado smoothie Sabah. Ada je avocado smoothie sebelum ni tetapi biasa saya tidak akan cuba sebab macam tak kena selera. Tetapi, kali ni, sekali cuba saya jatuh cinta dengan kelembutan dan keenakan rasanya.


Avocado Homemade Dengan Avocado Mertua

Salah satu keistimewaan kami rasakan semasa tinggal di Sabah hari tu adalah keluarga mertua saya sendiri ada tanam dan jual avocado. Saya sendiri tengok avocado depan mata, saya tidak pernah tahu macam mana pokok avocado sebelum ini tetapi sejak tengok di kebun mertua saya, woww...satu experience yang tidak boleh dilupakan. 

Setiap kali musim avocaod, biasanya bulan March - April kalau tidak silap, memang kami tidak pernah beli avocado dah. Mesti keluarga mertua bekalkan kami dengan avocado segar apabila kami balik ke KK dan saya akan bawa utk kawan-kawan sekerja dan selalunya saya akan buat avocado smoothie sendiri di rumah.

Seronok sebenarnya bila buat sendiri sebab boleh control manisnya, letak lebih susu kalau nak rasa lemak, atau biarkan pure tanpa gula untuk rasa asli.


Apa Istimewanya Avocado Sabah?

Avocado di Sabah terkenal kerana saiznya yang besar dan isinya yang tebal. Teksturnya sangat lembut dan kaya, jadi bila diblend menjadi smoothie, tak perlu banyak tambahan pun dah cukup sedap.

Kalau anda ke daerah Tenom, Ranau atau Keningau, anda akan nampak banyak orang jual avocado Sabah kerana kawasan ini memang subur untuk tanaman tersebut.


Smoothie Buatan Sendiri vs Kedai

Saya akui, minum avocado smoothie di kafe atau gerai memang ada feel tersendiri. Tapi bila buat sendiri di rumah, rasanya lebih puas. Bahan-bahan semua segar, kos pun lebih murah, dan paling penting boleh dinikmati bila-bila masa.

Hanya perlukan blender, susu (atau susu pekat), sedikit ais, dan avocado Sabah yang masak ranum dan siaplah segelas minuman creamy yang mengenyangkan.


Resepi Ringkas Avocado Smoothie Homemade

Kalau anda nak cuba sendiri di rumah, ini resepi paling mudah yang saya selalu buat:

Bahan-bahan:

  • 1 biji avocado Sabah (masak ranum, buang biji dan kulit)

  • ½ cawan susu segar / susu pekat manis (ikut citarasa)

  • ½ cawan ais kiub

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan dalam blender.

  2. Kisar sehingga halus dan creamy.

  3. Siap untuk dinikmati!

Kalau nak versi lebih sihat, boleh ganti susu pekat manis dengan susu rendah lemak atau susu oat. 






Penutup

Bagi saya, avocado smoothie Sabah bukan sekadar minuman – ia adalah rasa “homemade happiness” yang penuh kenangan. Kalau anda ke Sabah, bolehlah cuba di kafe atau gerai. Tapi kalau ada rezeki dapat avocado segar terus dari kebun, buatlah sendiri di rumah. Anda akan faham kenapa saya kata, rasanya lain macam dan susah nak dilupakan.



0 comments