Persediaan Bijak: SARA RM100 One-Off Mulai 31 Ogos – Semak Kelayakan & Cara Tebus MyKad

Image : Soyacincau.com

Pada tahun ini Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan menyampaikan bantuan one-off sebanyak RM100 kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, bermula 31 Ogos hingga 31 Disember 2025

Ini adalah satu peluang yang boleh digunakan dengan bijak untuk sedikit-ringankan beban kos harian kita.

Apabila PM announce pasal ni, dalam kepala saya hanyalah nak beli keperluan rumah especially beras hahhaa


Apa Itu SARA? Ringkasan Penting

  • SARA adalah inisiatif bantuan bersasar dalam Belanjawan 2025, lanjutan daripada program STR yang disalurkan secara cashless melalui MyKad dan MyKasih
  • Mulai Januari 2025, penerima golongan tertentu (miskin, miskin tegar, isi rumah, negara bujang, warga emas tiada pasangan) terima bantuan bulanan RM100–RM200 bergantung kategori
  • Dan terbaru, RM100 one-off akan diagihkan ke semua warganegara 18 tahun ke atas bermula 31 Ogos hingga 31 Disember 2025


Persediaan Sebelum 31 Ogos

  1. Semak kelayakan anda

  2. Pastikan MyKad sedia digunakan

    • Bantuan akan dikredit ke akaun yang dijana melalui MyKad.

  3. Kenali kedai runcit atau pasar raya terdekat

    • Senarai kedai yang menerima SARA boleh semak di portal MyKasih. Tandakan kedai berhampiran supaya sedia membeli selepas wang dikredit. Boleh check disini https://manfaat.mof.gov.my/

  4. Rancang pembelanjaan keperluan asas

    • Senaraikan barangan penting seperti beras, mi segera, minyak masak, produk kebersihan, alat tulis sekolah – semua dalam kategori yang dibenarkan SARA. Check details di sini https://manfaat.mof.gov.my/

  5. Anggaran perbelanjaan sebaik-baiknya

    • Disebabkan jumlah bantuan hanya RM100, utamakan barangan paling mendesak seperti beras, minyak masak, gula, garam 

  6. Cek baki selepas pembelian


Panduan Ringkasan

Image Credit: BERNAMA

Tips Tambahan

  • Kongsi informasi ini dengan ahli keluarga atau jiran lain, ramai yang masih terkial-kial dengan sistem bantuan ini.

  • Jika penerima lain dari rumah yang sama juga layak, gunakan pendekatan bergilir supaya manfaat bantuan menyeluruh.

  • Jika kurang pasti atau ada masalah semakan, jangan malu hubungi LHDN atau MyKasih terus https://manfaat.mof.gov.my/


Akhir Kata

Mulai 31 Ogos ini, manfaat SARA one-off RM100 tiba, jom kita buat persediaan bijak! Semak kelayakan, rancang pembelian, dan pastikan bantuan digunakan untuk keperluan asas yang beri impak maksima kepada keluarga.

Jangan risau, manfaat ini boleh digunakan dari 31 Ogos 2025 - 31 Disember 2025!


Source : https://manfaat.mof.gov.my/

0 comments