Untuk Borneo Food Recipe untuk minggu ni, saya nak kongsikan satu resepi kesukaan orang Borneo iaitu sayur cangkuk manis goreng telur. Maybe orang Semenanjung pun tau makan sayur ni tapi maybe nama sayur ni mungkin berbeza. Selain masak dengan telur, saya selalu nampak orang masak sayur cangkuk manis ini bersama labu kuning dan ini adalah favorite saya. Kalau sudah ada labu kuning, memang saya tidak akan tolak, saya sangat-sangat suka!
Tapi untuk minggu ni, saya nak kongsikan macam mana saya masak sayur cangkuk manis goreng telur.
Sedikit Info
Sedikit perkongsian mengenai sayur cangkuk manis ini untuk info kita semua.
Sayur cangkuk manis ini juga dikenali sebagai sayur manis,ma ni cai atau cekur manis.Ia dikenali dengan rasanya yang manis dan berkhasiat terutama di bahagian pucuknya.Pucuk cangkuk manis boleh dimakan selepas direbus atau digoreng
Bahan-bahan:
Sayur cangkuk manis - saya guna satu ikat
Bawang putih
Penyedap rasa
Cara-cara memasaknya:
1. Tumiskan bawang putih
2. Masukkan telur dan kacau
3. Masukkan sayur cangkuk manis yang telah dibasuh
4. Kacau dan letak penyedap rasa/garam & ajinamoto
5. Siap!
Saya paling suka makan sayur ni dengan nasi panas-panas, uiii sedapnyaaa.
Selamat mencuba!
0 comments