Ajarkan Anak Tangani Situasi Kecemasan

Sebagai ibu bapa, kita selalu berharap tiada perkara buruk berlaku kepada kita dan anak-anak kita. Tapi hakikatnya, dunia ini sometimes tidak seperti yang kita harapkan. Ada saja cabaran yang kita akan hadapi.

Saya sendiri pernah mengalami satu insiden kecil tetapi cukup untuk membuka mata saya iaitu saya pernah terkunci dalam bilik air, dan hanya anak saya yang berada di luar.

Mujurlah sebelum itu, saya sudah mengajar anak saya cara menghadapi situasi kecemasan. Jadi,insiden kecil ini adalah latihan praktikal untuk saya dan anak saya.


Situasi Cemas Tak Dijangka

Hari itu saya terkunci di bilik air kerana tombol pintu rosak tiba-tiba rosak. Suami tiada di rumah sebab kejadian berlaku semasa hari bekerja. First, saya rasa panik sebab saya terkunci di dalam dan anak saya masih kecil dan berada sendirian di luar. 

Jadi, first apa saya buat adalah saya tarik nafas dalam-dalam, bertenang, dan kemudian saya panggil anak saya dan bagitau dia, saya terkunci di dalam bilik air tapi bagitau dia jangan panik, stay calm dan saya mula arahkan anak saya dari dalam tandas:

“Ambil telefon Mummy.”

“Buka dan looking for green app(WhatsApp) dan cari number daddy dan press the call icon”

“Tell Daddy, Mummy terkunci dalam tandas.”

Dan anak saya lakukan dengan baik. Dia ikuti semua arahan dengan tenang, dan my husband called the security guard to help. Situasi itu mungkin kelihatan kecil bagi sesetengah orang, tapi bagi saya, ia satu pengajaran yang besar iaitu anak kecil pun mampu bertindak dengan betul jika diajarkan cara yang betul.


Kenapa Penting Ajar Anak Hadapi Kecemasan

Sebagai ibu bapa, kita tak mampu lindungi anak 24 jam sehari. Tapi kita boleh bekalkan mereka ilmu dan latihan untuk melindungi diri mereka sendiri.

Berikut beberapa perkara yang boleh kita ajarkan:

Ajar anak nombor penting

Ajarkan anak untuk hafal atau kenal nombor telefon ibu, ayah, atau ahli keluarga lain. Kalau belum boleh hafal, tulis dan tampal di tempat mudah dilihat.


Tunjukkan cara guna telefon

Tunjukkan cara buka telefon, buat panggilan, dan apa yang perlu disebut semasa kecemasan.


Latihan lakonan kecemasan

Sesekali buat latihan lakonan contohnya, “Kalau rumah tiba-tiba gelap, apa kamu buat?” atau “Kalau nampak api, ke mana kamu lari?”


Latih mereka untuk tidak panik

Kerap beri kata-kata seperti: “Apa-apa pun jadi, jangan panik. Tarik nafas, fikir, dan buat apa yang kita dah latih.”


Anak Kecil Juga Ada Potensi Besar

Jangan anggap anak kita ‘masih kecil’ dan tak faham apa-apa. Dengan cara penyampaian yang sesuai, mereka boleh faham dan ingat lebih baik daripada yang kita sangka.

Sebagai ibu bapa, saya percaya, lebih awal kita ajar, lebih besar peluang mereka selamat dan berdaya tahan.


Sediakan Mereka Sebelum Perlu

Kita tak akan tahu bila saat kecemasan berlaku. Tapi kita boleh pastikan anak kita tidak kosong ilmu bila ia berlaku.

Saya bersyukur insiden hari itu berakhir dengan selamat. Dan saya lebih yakin sekarang bukan kerana saya ibu yang sempurna, tetapi kerana saya buat satu perkara yang betul: mengajar anak saya sebelum sesuatu berlaku.

0 comments