Dulu masa belum kahwin, nak jumpa pun boleh excited satu hari.
“Esok kita date?”
Terus fikir nak pakai apa, nak pergi mana, makan apa. Kalau dapat jumpa dua jam pun rasa macam cukup untuk recharge seminggu.
Lepas kahwin, dating masih ada.
Cuma bentuknya… lain. 😂
Sekarang bila nak keluar berdua, soalan pertama bukan lagi “Nak pergi mana?”
Tapi:
“Anak dengan siapa?”
Dan soalan kedua:
“Pukul berapa kena balik?”
Bila dah ada anak, bercinta bukan lagi sekadar dinner cantik-cantik atau tengok movie berdua. Kadang-kadang bercinta itu maksudnya suami tolong mandikan anak supaya kita boleh mandi dengan tenang. Atau isteri buatkan kopi untuk suami walaupun diri sendiri pun sebenarnya dah penat.
Kadang-kadang bercinta itu cuma duduk sebelah-sebelah di sofa selepas anak tidur, masing-masing scroll phone, tapi masih rasa seronok sebab akhirnya dapat duduk bersama.
Bila dah ada anak , hubungan pun berubah
Saya rasa ramai orang tak bersedia untuk perubahan ini.
Sebelum ada anak, pasangan adalah antara keutamaan utama kita. Selepas ada anak, tiba-tiba ada manusia kecil yang perlukan perhatian hampir 24 jam.
Tidur berubah.
Routine berubah.
Weekend berubah.
Masa berdua pun berubah.
Dan yang paling ketara, tenaga kita berubah. Ada hari kita bukan tak sayang pasangan.
Kita cuma terlalu penat.
Kadang-kadang nak berbual pun rasa macam satu lagi tugasan dalam to-do list.
“Sayang, nanti kita borak ya.”
Lepas tu tertidur.😂
Bercinta selepas kahwin tak semestinya grand
Saya semakin percaya yang romance selepas kahwin tak perlu sentiasa besar atau fancy.
Tak semestinya kena staycation.
Tak semestinya candlelight dinner.
Tak semestinya bunga setiap minggu.
Kadang-kadang romance itu adalah:
“Awak tidur dulu, biar saya settlekan anak.”
Atau:
“Pergilah keluar dengan kawan-kawan. Saya jaga anak.”
Atau bila kita nampak pasangan dah penat, kita diam-diam buatkan air.
Benda-benda kecil macam ni nampak biasa.
Tapi sebenarnya itulah cara kita cakap,
“Saya masih nampak awak.”
Sebab bila dah lama berkahwin, kita mudah sangat nampak pasangan sebagai “ayah kepada anak saya” atau “ibu kepada anak saya”.
Sampai terlupa bahawa sebelum mereka jadi ibu dan ayah, mereka adalah pasangan kita.
Jangan tunggu ada masa lapang
Ini mungkin bahagian yang paling susah. Sebab kalau tunggu masa lapang untuk bercinta semula, mungkin sampai anak dah besar pun kita masih menunggu. 😂
Dengan anak kecil, masa lapang memang jarang datang sendiri.
Kadang-kadang kita kena cipta masa itu.
Tak perlu lama.
30 minit minum kopi bersama.
Drive pergi beli barang berdua.
Makan supper selepas anak tidur.
Tengok satu episod cerita bersama.
Atau sekadar duduk dan berbual tanpa bercakap tentang bil elektrik, kerja sekolah anak atau apa nak masak esok.
Sebab hubungan suami isteri juga perlukan ruang untuk bernafas.
Dan ya… kehidupan intim pun berubah
Ini topik yang mungkin orang jarang cakap secara terbuka.
Selepas berkahwin dan ada anak, kehidupan intim suami isteri memang boleh berubah.
Bukan semestinya sebab dah tak sayang.
Kadang-kadang sebab badan penat.
Mental load tinggi.
Anak masih kecil.
Privacy hampir tiada.
Mood pun tak semestinya datang ikut jadual. 😅
Jadi saya rasa penting untuk pasangan belajar bercakap tentang perkara ini tanpa rasa malu atau menyalahkan satu sama lain.
Bercinta bukan sekadar tentang hubungan fizikal.
Ia bermula daripada rasa dihargai, rasa selamat, rasa disayangi dan rasa dekat dengan pasangan.
Bila connection itu ada, perkara lain biasanya lebih mudah untuk dibina bersama.
Kita bukan couple yang sama macam dulu
Dan mungkin itu sebenarnya bukan sesuatu yang perlu kita sedihkan.
Kita sudah berubah.
Dulu kita mungkin pasangan yang suka keluar dating sampai tengah malam.
Sekarang kita mungkin pasangan yang excited bila anak tidur pukul 9 malam.
Dulu kita boleh spontan naik kereta dan pergi mana-mana.
Sekarang nak keluar rumah pun kena pack macam nak pergi camping. 😂
Tapi dalam semua perubahan itu, kita masih boleh pilih untuk jatuh cinta dengan orang yang sama dalam versi kehidupan kita yang baru.
Mungkin cinta selepas kahwin dan ada anak tidak lagi se-“exciting” seperti zaman bercinta.
Tetapi ia boleh jadi lebih dalam.
Lebih matang.
Lebih penuh dengan pengorbanan.
Dan lebih bermakna.
Sebab sekarang kita bukan hanya memilih untuk mencintai pasangan kita ketika semuanya mudah.
Kita belajar mencintai mereka ketika masing-masing penat, rumah bersepah, anak menangis, kerja banyak dan hidup terasa kelam-kabut.
Dan mungkin…
itulah sebenarnya erti bercinta selepas kahwin.
Bukan mencari semula cinta yang dulu.
Tetapi belajar mencintai satu sama lain dalam kehidupan yang sudah berubah.
.jpeg)
.jpeg)
0 comments