Kadang-kadang benda paling simple yang suami kita buat boleh buat kita rasa sangat disayangi.
Ada satu benda yang suami saya simple lakukan yang membuatkan saya happy iaitu alihkan kereta di public parking ke area yang dekat so senang dan cepat saya balik rumah.
Ya.
Alihkan kereta saja. Hahaha.
Tapi its make me feel soooo loved. 💓
Ceritanya Macam Ni…
Saya dan suami setiap kali pergi kerja akan parking di LRT station yang berdekatan dengan area ofis suami. Disebabkan kami travel jauh dari Kajang, jadi selalunya kami tak dapat parking spot yang dekat, jadi terpaksalah parking jauhhh nunnn hujung sanaaaaa. Apabila balik petang, jauhlah berjalan! dengan nak cepat tapi langkah taklah selaju mana dan saya pulak takut anjing hahaha memang setiap kali nak balik, fikir macam-macam. Mana tak nya, saya pernah kena kejar anjing di parking ni tau! Dah lah saya memang sejak azali takut anjing hahaha
Apabila suami setiap kali pergi alihkan kereta sebelum saya balik kerja, memang menyebabkan saya happy sangat! hahaaa, selain mudah dan cepat untuk saya, kurangkan anxiety nak hadap anjing hahahaa
Simple kan?
Mungkin bagi dia, benda itu biasa saja. Tapi masa saya turun dari office dan nampak kereta kami dengan mudah, saya terus rasa happy. Sebelum saya sampai di LRT station tempat kami parking, suami saya akan message "Dear dah alihkan kereta, naik tangga, ambil kiri 5 langkah or 10 langkah ke kanan"
Dalam hati saya terus fikir,
“Awww… so sweetttt, tqq sayangkuu”
Hahaha.
I know. It's just a car.
It's just a parking spot.
Tapi bagi saya, saya rasa hidup saya dipermudahkan, saya rasa dihargai dan semestinya I feel soooo loved.
Sebab Dia Fikir Tentang Saya
Saya rasa bukan tentang alihkan kereta itu sebenarnya. Tapi saya tahu dia fikir tentang saya.
Dia tahu saya akan balik kerja, dia tahu saya perlu cari kereta dan dia tahu saya takut anjing...hahaa
Dan sebelum saya sampai, dia sudah buat satu perkara kecil supaya hidup saya jadi sedikit lebih mudah.
No flowers, no expensive gifts, no grand romantic gesture.
Cuma alihkan kereta. Tapi hati saya happy sangat. Hahaha.
Mungkin sebab sekarang saya semakin sedar, bila sudah lama berkahwin, cara kita melihat kasih sayang juga berubah.
Dulu mungkin kita fikir romantic itu bunga, hadiah, surprise birthday atau candlelight dinner. Semua itu masih sweet, of course. Saya pun suka kalau dapat hadiah. Hahaha.
Tapi sekarang?
Suami tolong buat sesuatu yang memudahkan hidup saya pun boleh buat saya rasa sangat dihargai.
Kasih Sayang Dalam Perkara Kecil
Sejak kejadian alihkan kereta itu, saya terfikir…
Berapa banyak perkara kecil yang suami saya sudah buat untuk saya, tapi mungkin saya tidak perasan sebab terlalu sibuk?
Kadang-kadang kita terlalu fokus dengan perkara yang pasangan kita tidak buat.
Tidak beli bunga.
Tidak plan surprise.
Tidak romantic macam dalam drama.
Sampai mungkin kita terlupa untuk melihat perkara kecil yang mereka buat setiap hari. Mungkin kasih sayang itu ada dalam secawan air yang dia ambilkan.
Dalam lauk yang dia panaskan.
Dalam pertanyaan simple, “Sudah makan?”
Dalam dia tolong buat sesuatu tanpa kita minta.
Atau dalam kes saya…
Dalam sebuah kereta yang dialihkan supaya isterinya tidak perlu susah mencari selepas balik kerja. Hahaha.
Mungkin Kita Cuma Perlu Lebih Perasan
Saya bukan mahu kata kita perlu celebrate setiap kali suami alihkan kereta ya. Hahaha. Tapi kejadian simple ini mengingatkan saya untuk lebih notice.
Untuk lebih melihat dan untuk lebih menghargai.
Sebab kadang-kadang kita menunggu perkara besar untuk rasa disayangi, sedangkan kasih sayang itu mungkin sudah ada dalam kehidupan seharian kita.
Dalam perkara-perkara kecil, dalam tindakan yang simple dan dalam sesuatu yang mungkin orang lain tidak faham kenapa kita begitu happy.
Hari ini, mungkin cuba fikir satu perkara kecil yang pasangan kita pernah buat untuk kita. Sesuatu yang simple, sesuatu yang mungkin dia sendiri sudah lupa tapi buat kita rasa dihargai.
Bagi saya, hari ini…
Love looks like my husband moving our car so his wife can easily find it after work.
Cuma alihkan kereta.
Tapi I feel soooo loved. 🥹🤍
Sekian nukilan seorang working mom yang mudah tersentuh hahaha
Terima kasih kerana membaca sampai akhir dan jomlah kita menghargai benda-benda kecil dan simple dalam hidup ini supaya apabila kita mendapatkan benda-benda besar dalam hidup, kita akan lebih menghargainya.
Love,
Aya 💝

0 comments